Penilaian Separuh Sesi MPMUM, Satu Saranan

logo-mpmum1. Ramai sedang ghairah membuat penilaian terhadap kepimpinan Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak. Secara pukalnya saya mengesani ada pujian positif walaupun hasil polisi era Datuk Sri Najib masih meragukan.

2. Walaubagaimanapun, saya hanya memilih untuk membuat penilaian terhadap Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) selama separuh sesi memimpin. Ia lebih kena dan sesuai bagi seorang mantan ahli MPMUM seperti saya. Mahu mengulas tentang DS Najib mungkin boleh, namun kredibiliti saya belum melayakkan.

3. Penilaian tentang MPMUM ini berkemungkinan kurang tepat. Namun, saya berharap apa yang baik boleh diambil pengajarannya dan yang tidak benar boleh diperbetulkan.

4. Semenjak memimpin selama hampir lima bulan, diakui bahawa MPMUM di bawah pimpinan saudara Mohd Ridzuan Mohammad menghadapi pelbagai kekangan dan unsur-unsur sabotaj oleh beberapa pihak seperti segelintir pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA), pentadbiran beberapa buah kolej kediaman serta segelintir barisan pimpinan Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK). Hubungan YDP MPMUM dengan TNC HEPA, Dr Azarae Idris pun ibarat suam-suam kuku sahaja. Perkara ini tidaklah menghairankan kerana MPMUM sedang dipimpin oleh golongan mahasiswa yang dilabelkan sebagai pro-Pakatan Rakyat manakala Dr Azarae (Pak Rae) pula adalah ahli UMNO tegar, sebagaimana TNC-TNC HEPA UM yang sebelum ini.

konvensyen MPP 2009 75. Walaubagaimanapun, dengan mandat dan kuasa yang diperuntukkan, MPMUM masih mampu bergerak dan bertindak sebagai badan induk mahasiswa di Universiti Malaya. Sebagai jurucakap rasmi bagi mahasiswa UM, penghubung antara mahasiswa dan pentadbiran UM, serta pemimpin utama dalam kalangan seluruh mahasiswa UM.

6. Pada kali ini, saudara Ridzuan dan kawan-kawannya dilihat lebih memilih pendekatan engagement dengan semua peringkat. Walaupun ada sedikit unsur konfrontasi namun ia terhad kepada beberapa individu yang tidak ‘makan saman’ sahaja. Hubungan erat dengan Naib Canselor Datuk Ghauth Jasmon, TNC Akademik  Datuk Amin Jalaluddin, Timbalan Menteri KPT Dato’ Saifudin Abdullah dan lain-lain individu penting universiti dan KPT adalah perkara yang baik. Ia banyak memudahkan urusan.

7. Namun engagement tidak menafikan perlunya pendekatan tegas yang harus ditunjukkan kepada beberapa individu yang keras kepala. Segelintir individu yang sedang menyorok di sebalik bangunan HEP dan kolej-kolej kediaman. Juga kepada beberapa pimpinan JTK dan segelintir ahli MPMUM sendiri yang masih tidak matang dan hingusan. Mereka yang tidak boleh diajar secara beradab haruslah dilayan dengan cara yang bersesuaian dengan tahap mentaliti mereka. Mudah-mudahan mereka insaf dan kembali ke pangkal perjuangan.

8. Apapun, yang paling utama adalah MPMUM mesti dilihat terkehadapan dalam mendepani sebarang isu. Mantap bagaimana pun pengurusan, jika soal ini diketepikan maka MPMUM akan dilihat tidak berperanan dan kelihatan lemah. Tidak perlu terlalu idealistik untuk mendepani semua isu-isu nasional, sebaliknya utamakan isu kampus yang memerlukan MPMUM bertindak sebagai suara mahasiswa yang lantang. Paling mutakhir MPMUM dilihat diam seribu bahasa apabila isu ‘Rosmah Puaka’ timbul dan melibatkan dua orang mahasiswa UM.

9. MPMUM memiliki dua laman web. Satu kendalian sepenuhnya MPMUM dan satu lagi tajaan pihak universiti. Kedua-duanya menarik namun tidak dikemaskini. Mahasiswa sebenarnya mahu tahu apa yang sedang MPMUM buat dalam membela mereka, bukan sekadar ucapan-ucapan YDP mahupun halatuju HELWA semata-mata. Sebolehnya, laman web MPMUM perlu menjadi laman web utama mahasiswa UM mengatasi UM-Today ataupun Mahasiswakini. Oleh itu, ia perlu dikemaskini secara harian dengan kandungan yang bermanfaat kepada masyarakat kampus.

10. Saya tidak pasti samada MPMUM bergerak mengikut Visi dan Misi yang ditetapkan ataupun secara pragmatik semata-mata. Jika berorientasikan Misi dan Visi yang ditetapkan, saya masih melihat banyak kelompongan. Sebagai contoh dalam soal keintelektualan. Apakah usaha signifikan yang sedang dijalankan MPMUM? MPMUM pada kali ini dipimpin oleh seorang Yang DiPertua (YDP) yang kuat membaca. Saya mengenali saudara Ridzuan Mohammad secara dekat sebagai seorang yang ghairah membeli dan membaca buku. Beliau kuat merujuk sebarang ilmu walaupun sangat asing dengan jurusan pengajian beliau. Buku yang beliau beli dalam tempoh setahun ini pun sudah hampir mencecah 400 buah dan pastinya menyesakkan bilik. (Selalu juga saya melihat beliau tertidur di sebalik runtuhan buku-buku miliknya). Saya yakin beberapa pimpinan MPMUM juga turut sama kuat membaca.

11. Tabiat membaca ini seharusnya dikongsi bersama seluruh masyarakat kampus. Ciptalah gelombang. Sebagai badan induk, MPMUM boleh memudahkan (facilitate) persatuan-persatuan lain dalam menganjurkan program-program ilmiah. Kita tahu bahawa HEP telah dan sedang  menetapkan begitu banyak peraturan dan syarat yang menyusahkan. Pengalaman saya mengarahkan SIDANA ’09 memang membogelkan sikap sebenar HEP kepada program-program pelajar. Polisi mereka tidak banyak membantu, sebaliknya banyak membantutkan.

12. Maka diharapkan dengan kuasa dan akses yang ada pada MPMUM, program yang dianjurkan persatuan-persatuan boleh dipermudahkan. Saya difahamkan pada masa ini ada persatuan tertentu yang dibekukan program-programnya oleh HEP. Maka, di mana peranan MPMUM? Masyarakat mahasiswa mahukan MPMUM yang kuat supaya kebajikan mereka dapat dibela dan suara mereka dapat didengari. Oleh itu, MPMUM mestilah sentiasa diperkuatkan.

11. Perkara paling asas dalam memperkuatkan MPMUM adalah sinergi. Apakah itu sinergi?

12. Sinergy (synergy) berasal dari perkataan Greek syn-ergos, yang bermaksud kerja bersama. Ia adalah terma yang digunakan untuk menerangkan keadaan entiti-entiti yang berbeza namun boleh berkerjasama dalam mengapai matlamat yang diinginkan. Dalam dunia korporat, ia kerap dikaitkan dengan penggabungan firma-firma bagi menjadi firma yang lebih besar ataupun kerjasama firma-firma besar bagi mencapai sesuatu sasaran yang payah digapai.

13. Dalam konteks MPMUM, sinergi adalah kerjasama atau gabung jalin peranan yang dimainkan oleh entiti-entiti atau individu-individu berbeza bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Paling asas adalah kerjasama dalaman di kalangan 41 ahli MPMUM yang terdiri daripada 19 orang ahli yang menang menerusi tiket Pro Mahasiswa (Pro M), 20 orang ahli menerusi tiket Penggerak Mahasiswa (Gerak) dan 2 orang ahli menerusi tiket bebas. Ada perkara yang kita boleh berbeza pandangan, namun persefahaman amat penting dalam soal-soal asas khususnya ke arah mencapai matlamat yang telah dipersetujui.

14. Apabila MPMUM sendiri sudah kuat dan padu, barulah sinergi dengan entiti luar MPMUM berupaya diusahakan. Sinergi dengan mantan pimpinan MPMUM, pimpinan JTK kolej kediaman, pimpinan-pimpinan persatuan, para penyarah, pentadbiran kolej kediaman, pentadbiran universiti dan semua yang berkaitan. Nasihat, kerjasama, kritikan dan bantuan adalah perkara yang sangat diperlukan.

15. Mencipta sinergi dalam kepimpinan bukanlah perkara mudah, namun ia bukan mustahil. Peranan sebenar YDP MPMUM selaku nakhoda MPMUM adalah mengusahakan bagaimana untuk menghasilkan sinergi ini di sebalik ribuan manusia yang pelbagai ragam dan kekuatan. Ia sangat sukar.

16. Ada yang berkeras dengan caranya, ada yang tidak gemar dengan peribadi individu tertentu, ada jenis manusia yang kuat prejudis, ada yang tidak matang, ada yang punyai agenda tersembunyi, ada yang suka melihat orang lain gagal, ada yang hanya pandai berkomentar, ada yang gilakan publisti, dan ada segala macam lagi  ragam dan kelemahan.

17. Namun di sebalik kelemahan itu masing-masing punyai kekuatan. Barangkali individu yang suka prejudis punyai kelebihan dalam menjalankan program mega, atau individu yang pandai berkomentar sememangnya komentarnya bernas dan boleh diguna pakai, ataupun yang gilakan publisiti mungkin mahir untuk dilantik sebagai penyelaras biro publisiti bagi MPMUM. Apapun masing-masing punyai kelebihan. Saya tidak boleh menerima hakikat jika ada mahasiswa Universiti Malaya useless walaupun seorang. Jika adapun, ia mungkin boleh dibilang dengan sebelah jari tangan.

18. Dalam perjuangan yang panjang ini, masing-masing perlu jujur pada diri sendiri.

19. Dalam usia Uniperdana yang matang ini, pemikiran kita juga seharusnya turut sama matang. Biarlah kita berbeza dalam beberapa perkara, namun dalam banyak perkara kita mestilah bersama. Bukan masanya lagi untuk bicara tentang perbezaan yang sedikit. Ini adalah masa untuk menikmati persamaan yang banyak menimbun. Tempoh berada di kampus tidaklah lama. Ia seharusnya digunakan dengan lakaran kejayaan yang ikhlas. Binalah sinergi.

20. Ayuh usahakan sesuatu supaya pada suatu masa nanti kita mampu berbangga untuk dikenali sebagai warga Universiti Malaya pada zaman kita!

3 thoughts on “Penilaian Separuh Sesi MPMUM, Satu Saranan

  1. salam..
    stuju gak la dgn saranan hasbi..aku tengok pun mmg mpm skrg lembik..mcm takde telur..

    puak pro m dulu kempen gempak, buat kerja ceroi.ridzuan slow sgt la.. penggerak pulak bodoh, lg ceroi..langsung takde yg mnonjol..taun lepas, even hasbi, hilman n shahir n geng diorg ada sikit je lm kabinet ..tp aku rasa doorang mnonjol gak r..wat keja..

    yg skrg, saper gerak mnonjol?? bodoh..barua hep..buat malu aku je jd pyokong korg.

  2. salam..
    saya tersilap dengan jumlah buku yg dibeli saudara ridzuan dlm tempoh setahun..bkn 800, sekitar 400-500 sahaja setahun.

    pembetulan telah dibuat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s