Siapa Lagi Selepas Chua Jui Meng?

Chua+Jui+Meng1. Perkembangan politik nasional pada masa ini dirasakan semakin panas. Terbaru kes kematian misteri Setiausaha Politik (Setpol) seorang exco kerajaan Negeri Selangor. Beliau ditemui mati sehari selepas ditahan SPRM untuk siasatan sebuah kes rasuah.

2. Pihak Polis masih menyiasat dan diharapkan agar hasil siasatan itu nanti akan didedahkan secepat mungkin bagi mengelakkan khabar angin dan prasangka yang berleluasa.

3. Di samping isu itu, satu lagi berita nyata turut menggemparkan. Bekas Naib Presiden MCA yang juga bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng mengumumkan menyertai PKR setelah meletakkan jawatannya selaku Ketua MCA Bahagian Bakri, semalam.

4. Dr Chua bukanlah calang-calang pemimpin. Ketakutan kepada pengaruh beliau menyebabkan Dr. Chua kerapkali disabotaj rakan-rakan sendiri, baik dalam MCA atau Barisan Nasional. Sebelum Pilihanraya Umum 2004, karier politik beliau telah cuba dimusnahkan kerana Dr. Chua dikatakan pro Anwar Ibrahim. Saban hari masalah mutu kesihatan awam dimainkan di dada akhbar untuk memburukan imej beliau selaku menteri bertanggungjawab. Semenjak 2004 juga, beliau dinafikan daripada bertanding dalam pilihanraya walaupun berstatus pimpinan kanan dalam MCA. Walaupun beliau tewas dua kali dalam perebutan jawatan Presiden MCA, namun pengaruh beliau dalam MCA masih tidak kurang hebatnya.

5. Sudah tentu penghijrahannya diikuti oleh ribuan penyokongnya yang setia.zaid

6. Sebelum ini, Datuk Zaid Ibrahim telah meyertai PKR. Penghijrahan bekas Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu merangkap bekas Menteri di JPM (Undang-Undang) itu turut memberi tamparan buat Barisan Nasional.

7. Sebelum itu juga, orang kuat UMNO pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman juga turut sama mengumumkan penghijrahan menyertai PKR. Begitu juga dengan bekas Pengerusi GERAKAN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr Tan Kee Wong dan bekas Timbalan Ketua wanita MCA Datin Paduka Tan Yee Kew.

8. Walaupun penghijrahan mereka ada dikaitkan dengan masalah dalaman parti yang gagal diselesaikan, namun tindakan mereka sudah tentu memberikan impak yang signifikan kepada Barisan Nasional. Moral Datuk Sri Mohd Najib sebagai pengerusi Barisan Nasional sudah tentu semakin tercalar.

9. Selepas ini, dijangka beberapa pemimpin utama dari Barisan Nasional yang lain  juga turut sama akan mengisytiharkan penghijrahan mereka.

10. Pasti banyak mata sedang tertumpu kepada Datuk S. Subramaniam, Dr Chua Soi Lek, Tengku Razaleigh Hamzah dan Arif Shah Omar Shah.  Apapun, kita tunggu dan lihat siapa pula selepas ini.

One thought on “Siapa Lagi Selepas Chua Jui Meng?

  1. Sejak PRU12 lanskap politik negara dihiasi dengan berbagai perkara. Pilihan raya kecil dan pertukaran parti seseorang dilihat semakin merancakkan situasi politik negara. Apa pun berlaku itulah lumrah politik. Hari ini jadi kawan. Esok… lusa pula menjadi lawan. Bertarung dalam gelanggang politik tidak sama dengan pertarungan-pertarungan yang lain. Landasan kuasa politik perlu dijadikan platform untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s