Adakah ISA Hak Istimewa Orang Melayu?

“Hidup ISA! Pertahankan Hak Istimewa Orang Melayu!

1. Saya terkedu membaca kenyataan di atas. Rupa-rupanya ada pihak yang menganggap bahawa Internal Security Act (ISA) adalah salah satu Hak Istimewa Orang Melayu.

2. Kenyataan di atas adalah dua premis yang berbeza. Namun apabila ia disekutukan dalam laungan-laungan bersemangat dan di kain-kain pemidang yang direntang, sudah tentu ia membawa perkaitan makna yang akrab.

3. Benarkah ISA adalah salah satu Hak Istimewa Orang Melayu?

4. Selama saya hidup, ini adalah kali pertama saya bertemu dengan satu kenyataan yang sangat aneh dan memualkan sebegini. Lebih malang, ia datang dari kelompok Melayu yang mengaku perjuangkan nasib anak bangsa.

5. Sejak bila ISA boleh dianggap Hak Istimewa Orang Melayu? Haprak sangatkah bangsa saya sehingga perlukan akta drakonian sebagai benteng untuk pertahankan nasib bangsa? Lemah sangatkah Melayu hingga perlu bergantung harap kepada akta zalim yang punyai track record bergaya dalam menzalimi rakyat Malaysia?

6. Adakah ini selari dengan pendirian PERKASA, PEKIDA, Pewaris atau mana-mana NGO yang mengaku bela nasib Melayu? Adakah kelompok pro- ISA yang akan turut berdemonstrasi pada 1 Ogos nanti didorong oleh rasa tanggungjawab untuk mempertahankan salah satu ‘Hak Istimewa Orang Melayu’ ini?

7. Apa komen Dato’ Him dan rakan-rakannya?

10 thoughts on “Adakah ISA Hak Istimewa Orang Melayu?

    1. Sori,
      saya lupa kat website mana..tapi tu mmg slogan gerombolan pendokong ISA..

      “1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu.”

      nnt 1 ogos abg sebol tgk la kain rentang dan laungan2 pendemo pro ISA..mesti ada lg nnt..haha

  1. dato Him hanya manusia picisan di pinggir politik malaysia…usah bicara soal dato Him…dia x layak dan x patut diingati dlm sejarah politik kelantan

  2. salam. betapa kemelut politik kini dan usaha setengah pihak yg sengaja mengaburkan fakta.
    hak istimewa orang melayu memang ada dalam perlembagaan sebab itu ada jus soli kewarganegaraan diberi kpd kaum pendatang dulu era sblm merdeka.
    sedarlah melayu takkan ke mana yang muliakan melayu ialah iman dan Islam.fikirlah…

  3. Salam hasbie mude.Lepasla jugok post aku sekali sekale.Buwi org bace sket.Pakat2 tolon org kite…hehe..

    TERBONGKAR!! Ketahui dalam senyap cara untuk meledakkan akaun bank anda dengan limpahan wang segera automatik!! Bagaimana orang malas boleh menjadi kaya dengan formula ini!! Bagaimana anda boleh memiliki sistem formula luar biasa yang menjana RM753,855 dalam masa 12 Bulan!!! Klik link di bawah dengan segera untuk maklumat lanjut!!!

    http://www.ecommercemastery.com/provider8/idevaffiliate.php?id=6286

  4. Yes21SA mengungkapkan kata cinta kepada ISA..
    seharusnya Yes2ISA diberi peluang untuk ditahan di bawah ISA untuk menunjukkan kecintaan beliau kepada ISA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s