Sistem Ekonomi Islam Belum Wujud!

S63000451. Hujah-hujah saudara Wan Fayshal (Rausyan Fikir) dalam DisKon ECONS petang tadi nyata menguatkan lagi pandangan saya mengenai status kewujudan sistem ekonomi Islam. Katanya, memang benar sistem ekonomi Islam belum wujud!

2. Beliau berhujah bahawa pada era kegemilangan Islam dahulu, umpamanya zaman Uthmaniyyah, ekonomi negara-negara Islam memang diuruskan secara islamik kerana Islam pada ketika itu memerintah. Wujudnya institusi Waqaf, Baitul Mal, Masjid dan Souk (pasar) sebagai elemen dalam mengabsahkan bahawa ekonomi diuruskan secara Islamik. Namun, jika dibandingkan dengan era kontemporari, Islam belum memiliki sesuatu himpunan peraturan dan teori yang komprehensif dan syumul untuk membentuk sebuah sistem ekonomi Islam.

3. Beliau juga mengaitkan bahawa umat Islam dikaburkan dengan sistem kewangan Islam yang hanya tempelan kepada sistem kewangan konvensional. Seolah-olah sistem ekonomi Islam hanyalah pada sistem kewangan Islam semata-mata. Kita, umat Islam lebih gemar membicarakan tentang sistem kewangan kerana ia dilihat sebagai pasaran yang agak mudah untuk ‘mengandungkan’ duit.

4. Kita akan tersentak apabila wang yang dikandungkan mengalami ‘keguguran’. Waktu itu barulah kita terkapai-kapai mencari sistem ekonomi Islam yang sebenar. Itulah yang berlaku dalam krisis ‘ Gadaian Subprima US’ beberapa bulan lalu.

5. Saya bersetuju dengan hujah-hujah saudara Fayshal. Saya juga tertarik dengan beberapa pandangan dan persoalan yang ditimbulkan oleh beberapa orang peserta.

6. Pada masa ini, kita masih menganggap bahawa sistem ekonomi Islam telahpun wujud. Kononnya, ia hanya menunggu masa untuk dilaksanakan oleh kerajaan. Bagi sesetengah individu yang menyokong parti Islam PAS, mereka hanya menunggu PAS menang besar dalam pilihanraya maka sistem ekonomi Islam akan dilaksanakan. Wah, semudah itu!

7. Saya tidak berniat memperlekehkan parti Islam itu, namun saya belum yakin PAS mampu menghasilkan blueprint lengkap mengenai sistem ekonomi Islam. Jangankan sistem ekonomi, model Negara Islam yang dilaungkan sekian lama pun belum wujud. Yang ada hanyalah himpunan dalil-dalil tentang perlunya didirikan sebuah negara Islam.

8. Dan yang lebih parah adalah sikap masyarakat kebanyakan seperti kita.

9. Sudah tahu parti Islam tidak mampu (dan parti Melayu pula tidak mahu), di mana peranan para profesor di universiti yang berfikrah Islam?, para mahasiswa Islam yang berkobar-kobar semangat anak mudanya?, para usahawan Muslim yang masih lena dengan buaian kejayaan HPA?, atau para profesional yang kononnya lebih arif tentang sistem pemerintahan, ataupun para ulama’ yang kononnya paling layak dalam meneraju kepimpinan. Apa peranan kita? Adakah masih mahu menunggu sistem itu turun dari langit?

9. Semua persoalan ini membuatkan kepala saya menjadi agak serabut.

10. Jangankan puak Kapitalis, Komunis totok yang sedang terhuyung hayang pun akan terus berani mentertawakan ‘kebijaksanaan’ kita ini.

* Saya terpaksa menukar perkataan ‘tak wujud’ kepada ‘belum wujud’ atas sebab-sebab tertentu.

13 thoughts on “Sistem Ekonomi Islam Belum Wujud!

  1. aku rase, konsep asasnye adalah menolak segala bentuk ekonomi dan sistem jual-beli yang mengandungi unsur2 riba…riba inilah yang bagi pandangan aku, bukan sekadar bayar double @ bunga, tapi ia adalah sebuah kezaliman dalam ekonomi..ape sahaja yang zalim, mungkin pada pandangan aku, adalah riba…

    sebab pandang alam islam bukan hanya dalam aspek ekonomi, ia adalah sebuah sistem kehidupan, dan tidak ada satu2nye sistem yang absolute, contohnye dalam hal pemerintahan, selepas wafat nabi, sahabat menggunakan sistem bai’ah, kemudian bertukar kepada monarchy..so??

    kapitalis dan komunis, 2 ideologi yang melihat permasalahan umat @ dunia hanya mampu diselesaikan melalui ekonomi…inilah yang merosakkan pemikiran umjat yang bagi aku, segala2nye adalah duit dan wang…

    1. setuju dgn pandangan AMR,
      secara mudahnya, sistem ekonomi Islam adalah sistem yang langsung tidak menzalimi sesiapapun termasuk buruh, alam sekitar, orang asing, peniaga, petani, kucing, sungai dan isinya serta isi-isi alam yg lain.

      persoalannya, bagaimana mahu diekstrakkan peraturan2 yg tidak menzalimi alam itu?

      ia terlalu rumit dan banyak yg perlu dibahaskan..dan yg pasti, ia tak mampu diselesaikan dalam tempoh yg singkat..

  2. Salam.

    Komen kat bawah ni saya copy paste dari komen sahabat saya kat bLog saya.

    pasal isu ekonomi ni, ust ana kata;

    “Ana rasa mslh wacana ekonomi Islam ialah dominasi org2 syariah yg agresif utk aplikasi mekanisme transaksi mua’amalat fikah tanpa bantuan rijal usuluddin yg kena jelaskan kesediaan akidah dan worl-view usuluddin yg lebih substantif dlm mempengaruhi orientasi instrumen2 mu’amalat tu (mudarabah dsb). Falsafah2 ekonomi Islam dah ada banyak tapi berterabur dan tak diolah mengikut ‘buku bertemu ruas’ dgn prinsip sekular.

    Cth: kita ta`yinkan sub-topik

    1) Ekonomi kapitalisme- utamakan apa yg manusia mahu, bukan apa yg manusia perlu. Komunis dan sosialisme- utamakan apa yg manusia perlu dan matikan apa yag manusia mahu. Islam imbangkan dua2.

    2) Ekonomi sekular- isu sebenar ialah bhwa harta terhad sedangkan kemahuan tak terhad, so persaingan jadi tabiat ekonomi. Islam- isu sebenar, harta dan rezeki dah cukup Allah bagi, so isunya, keadilan dlm pengagihan kekayaan, so ta`awun dan keuntungan bersama jadi tabiatnya.

    3) Komunis dan sosialis anggap agam sbg khayalan,manakala pragmatis, kapitalis dan protestantisme anggap agama sbgi alatan. Dua2 tak jujur dlm berinteraksi dgn agama.

    4) utk imbangkan antara kebebasan dan keinginan individu dengan keadilan dan kepentingan umum, Islam kategorikan daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat dpd nas untuk diurus dan diolah dlm membangunkan masyarakat dan negara tapi komunis dan kapitalis tak ada panduan sakral utk gariskan pentahapan ukuran untk stabilkan antra kebebasan individu dan kepentingan umum tu.”

    ana setuju dgn pandangan ust ana ni sebab ana dah blja masa form 4 perbandingan di antara sistem ekonomi kapitalis, perancangan pusat/sosialis, dan Islam -benda ni je la pun yang diperbincangkan. (cuma masa form 4 tu scr surface dan simple aje la)

    JIK kena main peranan la. Kalau masih belum menjadi agenda di peringkat kampus masing2, cari rakan2 dan ‘agenda’kannya. Banyak keje yang belum selesai.

    p/s: Maybe econs boleh keluarkan satu bentuk PLAN TINDAKAN pulak lepas ni. Orang parti mungkin sudah terfikir tetapi sebab banyak sangat perkara nak dikejar, jadi apa yang sepatutnya dilakukan terbiar macam tu saja. Kalau PAS gagal, kerajaan kelanTan tak akan amalkan konsep welfare state. Sebab itu, untuk perlaksanaan sistem yang sebegini besar perlu ada peringkat demi peringkat. Apa yang penting, orang-orang yang pakar dalam bidang berkaitan perlu bertindak dengan segera.

    1. salam

      ECONS menyambut saranan saudari Syud dengan nyiru yg tertadah mengganti telapak tangan yg kecil.

      Pelan tindakan yg sedang dirancang masih dalam proses.Namun kerangkanya jelas.

      Moga dapat bersama-sama kami dalam langkahan abad yg masih kecil.

  3. Assalamualaikum,

    Semoga wacana sebegini rupa akan terus dilaksanakan pada masa mendatang.

    Saya juga bersetuju bahawa sistem kewangan Islam adalah hanya sebahagian kecil dari ‘framework’ sistem ekonomi ISlam (sekiranya ada). Ia tidak melambangkan keseluruhan sistem ekonomi.

    1. penambahan perkataan terakhir di ayat terakhir…’sistem ekonomi Islam’…perkataan Islam tertinggal..
      wallahu alam..

    1. salam
      terima kasih maklumkan..
      wah, teman-teman di HT rupanya jauh lebih ke hadapan bila bicara ttg isu ini..

  4. Salam,

    Terima kasih kerana mengomentari komentar saya.

    Saya berpendapat sebagai seorang muslim dan juga siswa ekonomi, sdr Hasbie tidak seharusnya melepaskan peluang untuk mengkaji kitab yang saya cadangkan itu.

    Saya juga beranggapan sebagai seorang yang mempunyai latar-belakang pengajian ekonomi adalah tidak terlalu sukar untuk sdr Hasbie memahami perbahasan sistem ekonomi yang disodorkan oleh kitab tersebut, terutama di bab-bab awal kitab tersebut.

    Selamat membaca dan membuka dimensi pemikiran politik ekonomi saudara.

    Wasalam.šŸ™‚

    1. InsyaAllah
      ana sedang berusaha utk habiskan kitab itu dlm mggu ini..menarik sekali kupasannya..

      sempat juga muat turun beberapa kitab yg lain..thanx again, ya akhi

  5. salam…

    Harap dapat baca kitab2 karangan ulama’ moden mengenai muamalat dan iqtisod dalam islam…
    mungkin anda akan jumpa sesuatu yg anda jahil tentangnya..

    insyaAllah…

  6. Slm’alaik…

    Subhanallah, sgt b’manfaat ebook tsbt fikrul..
    Klw bnr AnNabhani sndiri yg tulis, maka fikrah beliau yg m’hasilkn kitab tsbt telah b’nilai lbih 50 tahun..!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s