Polis ‘Diraja’ Malaysia?

7097440108_protester_isa_slideshow_7

1. Gambar ini dirakamkan dalam perhimpunan membantah ISA, semalam. Seorang Ahli Parlimen Malaysia, Dr Hatta Ramli ditarik oleh polis sehingga bajunya koyak rabak.

2. Kalaulah ahli Legislatif yang dipilih secara sah oleh rakyat ini boleh diperlakukan sedemikian rupa, kita rakyat bawahan bagaimana? Tentu lebih teruk.

3. Inilah taraf polis kita, Polis ‘Diraja’ Malaysia. Saya cadangkan agar gelaran ‘Diraja’ yang dianugerahkan oleh Yang Di Pertuan Agong pada 24 Julai 1958 itu ditarik balik. Sesuai digunakan istilah Angkatan Polis Malaysia (AMP). Nama ini lebih menggerunkan, sesuai dengan mereka.

4. Hak untuk berhimpun dan bersuara dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan. Penafian hak ini yang dibuat oleh penyalahgunaan budi bicara polis dalam Akta Polis 1967 (Seksyen 27) adalah suatu bentuk pencabulan perlembagaan yang parah. Di mana semangat perlembagaan yang diikrarkan luhur?

2 thoughts on “Polis ‘Diraja’ Malaysia?

  1. Ada dua lagi cadangan untuk nama baru polis

    1) Angkatan Polis Malaysia untuk BN (AMPU)
    2) Polis Raja Di Malaysia (PRDM)

    ada lagi?~

  2. sdr,

    bukankah isu sebenarnya di sini ialah perhimpunan haram?

    polis sebenarnya kan sudah cadang benar perhimpunan di stadium?

    jadi jangan salahkan polis, sendiri pergi perhimpunan haram pastu bawa anak-anak. ni apa libatkan budak2?

    tetapi lah kan. kenapa agaknya GMI berkeras juga mahu di tempat awam?

    pada saya mudah. “aura” PRU-12 sudah hampir pupus. buktinya satu perhimpunan yang barangkali kita lihat dulu iaitu Himpunan Memprotes Kenaikan Harga Minyak” di Stadium Malawati. Berapa kerat yang hadir?

    Maka nyatalah tujuan melaksanakan protes ditempat awam hanyalah bagi memudahkan suasana tampak “menjadi ramai”. Boleh lah ambil gmbr orang awan yang terperangkap sekali dan dijalanan, kalau pandai mengambil gambar, memang nampak “sungguh-sungguh ramai” sungguh photogenik!šŸ˜›

    kalau di stadium seperti tempohari, nak tipu macamana lagi? dah memang sikit.

    cuba demo dalam stadium saja, buktikan betul2 ramai jumlah penyokong. kemudian hantar 2-3 kereta pergi serah memorandum. senang. tak kecoh. polis pun tak payah pening.

    tapi ada berani? takkkk…. sebab memang tak ramai puuun….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s