Penangan Sajak Allahyarham Rendra

Ws_rendraSemalam WS Rendra atau Wahyu Sulaeman Rendra menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 73 tahun. Rendra bukan hanya dikenali sebagai penyair, pelakon teater dan sasterawan yang masyhur, namun juga seorang aktivis masyarakat dan hak asasi manusia yang cemerlang.

Perkenalan saya dengan Rendra melalui puisi-puisinya seawal darjah 5 lagi. Kebetulan buku kompilasi sajak-sajak beliau ada terdapat di rumah saya. Saya pernah membacanya – kononnya memiliki minat yang mendalam terhadap sastera.

Satu kenangan lucu yang saya sukar lupakan adalah pada suatu pagi di Tingkatan 2 Neptun, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK). Kami telah diminta untuk menyiapkan dua buah sajak.

Berbekalkan sedikit memori pada sajak Rendra yang bertajuk “Bersatulah Pelacur-Pelacur Kota Jakarta”, saya mengarang sajak saya sendiri yang bertajuk “Pelacur Sial Kota Jakarta” – karya ciplak namun sarat dengan bahasa yang agak keras dan ke’pelacur’an. Satu lagi adalah sajak yang bertajuk “Pemimpinku” – luahan kritikan saya kepada para pemimpin negara yang korup. Pada waktu itu, pengaruh Reformasi puak-puak penyokong Anwar Ibrahim masih kuat dalam diri saya.

Apabila sajak-sajak itu siap dikarang, guru bahasa Melayu saya, Cikgu Balakrishnan Nadarajah terkejut besar. Katanya, bahasa yang saya gunakan terlalu kasar dan melampau.

Sebenarnya, bahasa saya biasa saja. Cuma kerana kritikan saya kepada pemimpin negara itu yang menyebabkan beliau marah (lebih-lebih lagi saya menampal gambar Dr Mahathir pada puisi itu) . Saya tahu, Cikgu Bala memang orang kuat kerajaan MIC – Barisan Nasional. Namun, saya tetap menghormatinya. Lagipun, beliau melucukan.

Saya dibawa ke pejabat Guru Penolong Kanan HEM, Ustaz Wan Akashah (sekarang selebriti TV9 yang terkenal). Sesudah mengadu kepada PK HEM, Cikgu Bala meninggalkan saya di bilik itu untuk didenda.

Enta tulis apa Hasbie? Bak Ustaz tengok.” saya hanya tersipu-sipu. Cuak juga. “Oh.. lain kali jangan tulis lagu ni. Bahaya ni sebab kritik pemimpin negara ni. Ada gambaq Dr Mahathir lagi ni Ujar Ustaz Wan tersenyum.

Tak pa la..pi la balik kelas. Enta nak berpuisi pun tulis kat buku lain la..Hehe..“.

Saya beredar dengan senang hati. Akhirnya, karya saya itu diiktiraf jua.

Al Fatihah buat Rendra.

2 thoughts on “Penangan Sajak Allahyarham Rendra

  1. Salam akhi,

    Tak nak kongsi ke puisi anta tu kat sini?

    Al fatihah juga untuk Allahyarham Rendra.

    Si burung merak itu telah pergi
    menyungsung jalan yang akan juga kita lalui!

    Ayuh, mari kita siapkan diri
    menunggu panggilan pulang
    dari Illahi Rabb yang Tinggi tempat kembali
    yang ketika bila ianya datang
    entah, ku tak pasti!

    Wasalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s