Wujudkah Dasar Affirmatif di Dalam Islam?

1. Salah satu persoalan ekonomi yang masih jarang dibincangkan secara terbuka adalah mengenai kewujudan dasar affirmatif menurut Islam.

2. Di Malaysia, dasar affirmatif kelihatan condong kepada bangsa Melayu kerana wujudnya hak istimewa sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Persoalannya, wujudkan dasar affirmatif dalam Islam? Wujudkah juga hak istimewa menurut Islam?

3. Sewaktu zaman pemerintahan Khalifah Umar Al Khattab, Islam telah berjaya menawan Parsi iaitu pada tahun 635 Masihi.

4. Antara senario biasa yang berlaku pada ketika itu adalah penjualan tanah-tanah penduduk peribumi Parsi kepada hartawan Arab yang kaya-raya. Secara relatifnya, penduduk Parsi lebih miskin berbanding dengan imigran Arab yang datang ke Parsi. Oleh itu, mereka mendapat kekayaan segera apabila berjaya menjualkan tanah kepada hartawan Arab.

5. Senario itu kurang disenangi oleh Syaidina Umar. Syaidina Umar berpandangan bahawa penjualan itu lama-kelamaan akan menghakis kebajikan dan hak penduduk asal Parsi.

6. Beliau telah menggubal dasar bagi mengawal penjualan tanah tersebut bertujuan untuk melindungi hak dan kebajikan kaum peribumi Parsi. Tindakan beliau itu telah dijustifikasikan sebagai membela hak istimewa istimewa kaum peribumi dan juga melaksanakan dasar affirmatif yang condong kepada sesuatu kaum.

7. Apa pandangan anda?

8. Apa buku dan bahan bacaan yang boleh dicadangkan berkaitan topik yang menarik ini?

2 thoughts on “Wujudkah Dasar Affirmatif di Dalam Islam?

  1. Apa yang Saidina Umar r.a. buat untuk tidak menggalakkan penjualan tanah tersebut?

    Saya perlu tahu itu sebelum boleh mengulas.

    Untuk saya ia bukan dasar affirmatif tapi saya mungkin perlu menilai semula berdasarkan tindakan Saidina Umar r.a. dan maklum balas daripada tindakannya.

    1. Salam
      tak silap saya, syaidina umar menggubal dasar yg langsung tidak membenarkan penjualan tanah tersebut kepada imigran Arab.saya masih mencari bacaan sirah yang boleh menerangkan secara lengkap dan jelas kisah tersebut.

      mungkin teman-teman pembaca yg arif boleh mencadangkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s