Graduan Ekonomi Universiti Malaya

1. Alhamdulillah, semalam saya diizinkan oleh Allah untuk bergraduasi tepat pada masanya – 3 tahun pengajian. Saya juga bersyukur kerana diizinkan-Nya untuk hadir ke Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya semalam walaupun kesihatan agak kurang memberangsangkan. Saya bimbang juga, takut-takut pitam sebelum sempat menerima skrol di pentas.

2. Setelah bertungkus-lumus selama 3 tahun di UM, setahun di KMKN, 5 tahun di SMAPK, 3 tahun di SKKN dan 3 tahun di SKDM – akhirnya ilmu saya diiktiraf dengan pengurniaan Ijazah Sarjana  Muda Ekonomi Universiti Malaya.

3. Impian untuk bergelar graduan Ekonomi telah berputik seawal di tingkatan 2. Namun, angan-angan itu saya halakan ke UKM ataupun UIA. UM terlalu jauh dari angan-angan. Kata senior-senior saya, persaingan di UM terlalu mencabar.

4. Sebelum melangkah ke SMAPK pada tahun 2000, Abang sulung saya, Abang Jaladi pernah membawa saya meninjau-ninjau UKM. Katanya ” Sudah datang belajar di Kajang, mesti kena make sure dapat masuk Universiti”. Cabaran itu telah saya telan dengan rasa yang payah. Bukan mudah mahu bergelar pelajar universiti. Apatah lagi universiti tersohor seperti UKM.

5. Sesudah menerima keputusan SPM, hati saya hampir sepenuhnya untuk ke UIAM. Pada waktu itu, pelajar SMAPK memang ramai tertumpu ke UIAM. Saya tidak terkecuali. Surat tawaran untuk ke Matrikulasi KPM iaitu ke KMKN telah saya lipat dan bakulsampahkan. Tekad ke UIAM kononnya. Namun apabila Istikharah saya membawa makna yang agak kontradik dengan niat asal, saya akhirnya memilih untuk merantau jauh ke Kuala Nerang Kedah. Alhamdulillah, jalan yang Allah tunjukkan itu membawa begitu banyak nikmat dan rahmat yang tidak mampu digambarkan.

6. Sesungguhnya perjuangan menuntut ilmu bukanlah sesuatu yang mudah. Ia payah penuh dengan onak ranjau. Saya berterima kasih kepada semua yang banyak membantu saya selama ini. Antaranya:

  • Bonda saya Puan Kelthom Mohd Amin yang tidak jemu-jemu melayan karenah anaknya ini. Juga Ayahanda Muda Abdullah yang telah kembali kerahmatullah pada usia saya 1o tahun.
  • Adik-beradik yang sangat supportive. Semua yang banyak memberikan dorongan, nasihat dan semangat di masa susah dan senang – Kak Nor, Kak Dah, Kak Ha, Abang Di, Saifu (Allahyarham), Din, Kero, Kak Tie, Ro, Kay, YaMie, MieYu, abang-abang dan kakak ipar.
  • Saudara-mara.
  • Para guru dan pensyarah yang komited mendidik.
  • Sahabat,teman-teman rapat, kawan-kawan dan semua kenalan.
  • PMIUM dan IKRAM
  • SKDM
  • SKKN
  • SMAPK
  • KMKN
  • Universiti Malaya
  • ECONS Malaysia

7. Doakan semoga ilmu yang saya miliki mampu diterjemahkan kepada himpunan budi dan jasa yang pahalanya berkekalan. Terima kasih semua!
publish konvo hasbie

30 thoughts on “Graduan Ekonomi Universiti Malaya

  1. Salam dan tahniah akhi!

    Semoga dayung yang baru diperoleh memampukan anta mengemudikan perahu di lautan kehidupan ini dengan jaya!

    Wasalam.🙂

  2. Salam Adinda,
    Tahniah atas kejayaan ke Puncak Menara Jaya UM!
    Kami bangga dengan ketekunanmu mendaki dengan tanpa mengira penat dan lelah!
    Teruskan usaha untuk mendaki ke puncak yang lebih tinggi.

    Taniah juga Untuk Pak Uda dari Dzul, Ammar, Ijah & M’yam.

    1. Salam abg di
      terima kasih byk atas dorongan slame ni
      insyaAllah mudah-mudahan..

      trima kasih juga pada dzul,ammar,ijah n maryam..hehe~

  3. Salam tahniah buat Ustaz Hasbie..

    Ana pun sebenarnya tak nak masuk UM..
    Ana nak sambung blajar dkt UUM..
    Nak sangat belajar ekonomi..
    Tapi dpt masuk UM plak..
    Dlm bdg pengajian Melayu plak tu..
    Tp ana yakin dgn suratan Ilahi..
    Kerana sbelum ana buat pilihan course,
    ana dah istikharah byk dah..
    Sbb tu la ana msuk UM juga..
    Wlaupun sbenarnya ana rasa lgsung x ada pluang nk masuk ke situ..Hehe.. (^_^)

    1. Salam
      terima kasih dan tahniah kembali kerana berpeluang blaja di UM..sebenarnya ana bukan tak nak blaja kat um, cuma rasa mcm payah nk dapat..bila da dpt mmg syukur byk2.

      Teringin jgk utk blaja di bidang pgajian Melayu..minat utk mgkaji ttg bangsa sendri.

      apapun selamat meneruskan perjuangan!

  4. salam , tahniah abg hasbie ….smoga berjaya dlm kehidupan dunia dan akhirat ,saya doakan ….terima kasih atas tuhjuk ajar kpd saya selama ini….sukri hashim..fac eko , thun 2

  5. salam
    terima kasih atas doa,ingatan dan ucapan..insyaAllah mudah-mudahan.

    moga dapat terus maju ke hadapan.Abg tggu bila shuk nk start blogging..hehe~

  6. salam…
    saya sekadar ingin mendapat pandangan dari saudara…
    saya merupakan lepasan stpm…
    alhamdulillah, keputusan yg saya dapat cukup memuaskan hati saya…
    saya bercadang untuk menyambung pelajaran dalam bidang ekonomi…
    saya ingin bertanya, universiti apakah yg paling baik untuk saya menyambung pengajian saya ini…
    ada yang berpandangan, bahawa ukm paling bagus kerana sudah ramai melahirkan tokoh ekonomi….
    dan ada yang berpandangan bahawa um la universiti yang bagus untuk kos ekonomi ini…
    saya berharap, saudara dapat memberikan pandangan kepada kekeliruan saya ini…

  7. Assalamualaikum, nak tanya..di um, untuk bahagian ekonomi atau development studies..agak2 pensyarah mana yang ok?maksudnya senang nak berurusan,kalo nak jumpa senang n smua..sy ingat nak sambung further study di um dalam research..mungkin dalam ekonomi atau development studies

  8. salam saya nak tnya..apa kerja yang abang buat lepas grade kos ekonomi..sebab saya pon berminat nak masuk kos ekonomi kat um dan dah apply..saya lepasa stpm 2012…dapat 3.92…ekonomi stpm dapat A- Je. dan muet band 3.pastu abang major apa ni…wassalam

  9. Salam saudara. Saya lepasan SPM 2014 dan ingin melanjutkan pengajian di UM dalam jurusan ekonomi. Saya masih belum pasti apa syarat dan kelayakannya. Perlukah saya ambil asasi ekonomi terdahulu di UIA ataupun mana-mana diploma di UM? Sekian, terima kasih.

    1. Salam.
      Kalau tak silap saya.
      Kemasukan ke UM dalam bidang ekonomi perlukan sama ada result Matrikulasi (CGPA atas 3.60 kalau tak silap saya) ataupun result STPM.

      1. Salam abg, saya lepasan matrikulasi.. result alhamdulillaj puas hati.. saya dapat UM, kos ekonomi.. boleh takk share pengalaman study abg dlm bidang ekonomi dgn lebih lanjut.. dan saya nk tahu, graduan ekonomi blh bekerja sbg apa selain lect.. mohon perkongsian..

  10. Askum., saya xlama lgi akn lnjutkan pelajaran ke univ, ada dua pilihan, samaada TESL atau pun ekonomi, … cma nak thu, pembelajaran ekonomi mcm mne?.. agak mencbar ke,..,mcm mne ke.., #pencerahan ples

  11. Askum. Sya pljr lepasan stpm dan amik jurusan ekonomi ..dan mghdpi kekeliruan antra untuk futher in TESL or economics.., cma nk tny bgaimna pembeljran ekonomi kt univ,,? Agk mencbar ke..,ke mcm mn? #pencerahan ples

  12. Salam akhi degree eko Kat um tiga tahun sahaja ya oh ya apa cabang pekerjaan ekonomi ni . inshaAllah esok saya interview untuk degree ekonomi di um. Ada tips ke atau Apa apa. Syukran

  13. tahniah. bagaimana pengalaman belajar dalam bidang ekonomi ni ? adakah sangat susah untuk dibawa dan memerlukan teknik penghafalan yang tinggi ?

    1. Tidak terlalu sukar. Perlukan kefahaman yg baik selain latih tubi khususnya melibatkan subjek yang ada banyak formula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s