Ayuh Perkasakan Boikot!

image002

1. Fenomena boikot di kalangan umat Islam di Malaysia masih ibarat ‘hangat-hangat tahi ayam’.

2. Boikot mungkin masih diragui keberkesanannya. Fakta dan data yang nyata terang harus dicermati bagi meyakinkan kita keberkesanan boikot.

3. Penduduk Malaysia yang berjumlah seramai 27 juta orang adalah terdiri daripada 15.2 juta umat Islam. Jumlah ini walaupun kecil berbanding di Pakistan dan Indonesia namun pariti kuasa beli (puchasing power parity) penduduk kita adalah jauh lebih tinggi berbanding mereka. Pasti boikot umat Islam Malaysia mampu menumbangkan mana-mana firma yang berkaitan/menyokong Israel jika kita mahu.

4. Persoalannya, adakah kita benar-benar MAHU berbuat demikian?

5. Sudah lupakah kita pada ucapan Dr Yusof Qardhawi bahawa seringgit yang kita bayar untuk mereka* sama seperti sebutir peluru yang kita sumbangkan kepada Yahudi Zionis Laknatullah untuk menembak dan membunuh saudara-mara kita di Palestin.

6. NGO ECONS merancang untuk menggerakkan Kempen Konsisten Boikot sepanjang Ramadhan ini.

7. Ayuh Boikot!

*Mereka yang dimaksudkan adalah firma-firma yang menyumbangkan dana dan sebarang material kepada gerakan Zionis Yahudi.

5 thoughts on “Ayuh Perkasakan Boikot!

  1. Salam
    Saya menyokong kempen ini. Selaras dengan kempen kerajaan. Tetapi disini saya mahu melahirkan satu persoalan, disebalik kekejaman israel ini membunuh umat islam, maka kerajaan telah mengutuk israel dalam parlimen dan senada dgn barisan pembangkang. Tetapi yang menyedihkan pada hari perlimen mengutuk kekejaman israel ini, dimalam harinya terpancarlah iklan produk baru KFC. dimana nilai dan manteliti parlimen malaysia? Adakah hanya membebel tetapi tindakan tidak diambil.Maka dengan ini , untuk lebih menjayakan lagi kempen yang amat bagus ini, saya menyarankan agar ECON mengadakan kempen seminggu tanpa KFC. Saya cukup percaya perkara ini akan mendapat sambutan masyarakat. Sediakan banner-banner dan nyatakan tempoh kempen seminggu tanpa KFC. Semoga diambil perhatian

    1. Salam..
      wan, setuju dgn saudara.
      cuma kita kena kaji betul2 company mana yg betul2 sumbang dana pada Zionis..

      Kita fokus pada yg list yg atas tu dulu..then baru boikot company yg ada kaitan ‘bau bau bacang’.

      status kaitan KFC dgn Zionis masih belum dibuktikan.kalau ada maklumat , maklumkan ae..sy pun masih cari.hehe~

  2. salam
    masa isu palestin hangat dulu boikot barangan israel.. mcd lah.. kfc lah.. aduhai.. tgk skrg org tak hirau pun.. kata Dr Ruzman dlm berita harian hari tu.. boikot di Malaysia tidak akan bertahan lama dan hanya bermusim.. boikot tidak berkesan buat Malaysia kerana kesedaran itu kurang.. bg kawe, media perdana main peranan penting dlm membuatkan sesuatu boikotisme itu gagal..

    1. salam
      setuju dgn pndgn hasmora.
      media bersikap acuh tak acuh..
      yea la..kompeni2 mcm McD, KitKat dll mmg beriklan dgn mereka..

      so, tak hairan la kalo media pun tak akan boikot..
      bmbg kantung mereka terburai..huhu~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s