Isu Pemecatan Dr Chua Soi Lek

Abd.-Rahim-Tambichik1. Timbalan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dipecat malam tadi. Alasan Majlis Presiden MCA adalah kerana skandal seks Dr Chua pada tahun 2007 dulu telah memalukan parti itu.

2. Saya sokong sepenuhnya walaupun tindakan itu terlalu lewat. Moraliti pemimpin perlu dilihat mustahak dalam menentukan ketinggian imej dan maruah parti mahupun negara. Soal moraliti pemimpin seharusnya dilihat sama atau lebih penting daripada soal kompetensi, akauntabiliti dan ketelusan seseorang pemimpin.

3. Saya masih menunggu tindakan bersesuaian juga diambil pada YB Eli dan beberapa lagi yang nyata mencemarkan imej Pakatan Rakyat.

4. Barisan Nasional juga perlu malu kerana masih tiada tindakan terhadap beberapa pemimpinnya yang nyata terang tidak bermoral. Lebih malang apabila ada pemimpinnya yang kantoi itu, masih dilantik menjadi senator dan jawatan penting parti dan kerajaan yang lain.

5. Dalam soal ini, saya mungkin dianggap Ortodoks dan terlalu Konservatif. Namun saya masih percaya bahawa pemimpin dan ahli politik memainkan peranan penting dalam menjaga moral dan akhlak rakyat. Peranan mereka dalam soal ini lebih berkesan berbanding artis atau mana-mana individu lain. Mereka adalah Qudwah (contoh teladan) kepada masyarakat. Lebih-lebih lagi kondisi di Malaysia yang masih meletakkan politik sebagai bidang paling diminati. Setiap derap langkah ahli politik diperhati.

6. Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional sewajarnya malu dengan Pemuda UMNO pimpinan (pemangku) Nazri Aziz awal 90-an yang tegas dalam isu skandal seks Tan Sri Rahim Tamby Chik. Nazri Aziz berani berbeza pandangan dengan Presidennya Dr Mahathir dalam soal itu kerana beliau jelas mahu Rahim dihukum. Nazri teruk dikecam dan dipandang derhaka kepada pucuk pimpinan.

7. Orang ramai mungkin mempertikaikan Nazri dalam banyak perkara. Namun dalam tindakan itu, dia wajar dipuji.

8. Moral dan akhlak mungkin tidak terlibat secara terus dalam mempengaruhi perkembangan atau penguncupan ekonomi sesebuah negara.

9. Namun, matlamat pemerintah (dibaca ahli politik) bukan hanya untuk memakmurkan ekonomi.

10. Pemerintah juga berperanan dalam memastikan kemuliaan akhlak rakyatnya. Apa guna pembangunan material yang rancak jika pembangunan insannya hancur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s