Mengampu Tahap Kronik

1_malaysia1. Saya tidak pasti mengapa perkara ini masih wujud di dalam masyarakat Malaysia kita yang semakin bertambah ramai golongan cerdik pandainya.

2. Setiap kali Perdana Menteri baru mengumumkan gagasan atau slogan yang baru, ianya akan disambut dengan begitu ghairah dan taat setia tanpa berbelah bahagi.

3. Teringat sewaktu Pak Lah mengumumkan Islam Hadhari seawal beliau mengambil-alih kepimpinan negara 5 tahun lalu, konsep itu disambut dan dilaungkan dengan begitu rancak sekali. Semua perkara mahu di’Hadhari’kan. MPMUM (badan pelajar utama UM) sesi 2004 hingga 2007 juga pernah mewujudkan Biro Kerohanian dan Islam Hadhari. Paling melucukan, ada menu-menu di hotel dan restoren ternama yang meletakkan nama Hadhari pada masakan mereka. Maka wujudlah nama-nama seperti Nasi Beriani Hadhari, Siakap Stim Hadhari dan Jus Tembikai Hadhari. Institusi lain juga tidak terkecuali.

4. Pada kali ini, Datuk Sri Najib mengitar semula satu konsep yang dinamakan 1Malaysia. Seperti biasa syarikat-syarikat korporat, institusi-institusi pendidikan tinggi, sekolah, jabatan-jabatan kerajaan, kedai-kedai makan, restoran dan sebagainya berlumba-lumba menyekutukan mereka dengan 1Malaysia. Tidak salah untuk menyokong gagasan atau slogan pimpinan kerajaan jika ia difikirkan betul dan sesuai. Namun biarlah sokong kerana faham bukan sokong kerana mahukan perhatian.

5. Seperti biasa, gagasan PM yang terdahulu iaitu Islam Hadhari sudah dilupakan. Ustaz dan penceramah yang dahulu paling aktif bercakap tentang Islam Hadhari, pada hari ini sudah lupa prinsip Islam Hadhari yang pertama. Paling malang, orang ramai yang dahulunya menyokong kuat gagasan itu sudah tidak lagi berminat untuk bercakap tentang Islam Hadhari.

6. Saya yakin apabila PM baru nanti mengambil alih, 1Malaysia juga akan menjadi bahan yang layak disimpan di ‘Muzium Slogan’. Fenomena sokong bermusim ini boleh adalah antara contoh budaya ampu yang wujud dalam masyarakat kita.

7. Mengapa perkara ini berlaku?

8. Masyarakat yang malas berfikir akan memilih jalan-jalan pintas untuk mencapai sesuatu hajat. Ahli perniagaan yang mahukan projek, ahli akademik yang mahukan pengiktirafan dan populariti, pekerja yang mahukan kenaikan gaji dan pangkat, mahasiswa yang mahu kepentingan diri dijaga, dan semua golongan terdedah dengan budaya ini. Mengampu adalah salah satu jalan pintas yang sangat tidak bermaruah. Ia adalah suatu kesalahan yang berat bagi mana-mana individu yang mengaku bertamadun.

9. Seorang pengampu akan menurunkan tahap produktiviti negara baik secara kualitatif mahupun kuantitatif. Apabila persaingan tidak lagi berasaskan meritokrasi tetapi dipandu oleh keupayaan untuk berdampingan dengan pemilik kuasa, maka negara sebenarnya sedang bergerak ke arah malapetaka dan kehancuran. Pada suatu jangka masa yang panjang, kita sedang membina masyarakat kita yang semakin rendah nilainya.

10. Kita tidak dapat menahan apatah lagi menghukum orang-orang yang melakukan kesalahan mengampu. Kita tidak mampu mengesan siapa, bila dan di mana jenayah mengampu itu dilakukan. Kita hanya mampu berdoa dan berpesan-pesan agar masyarakat kita tidak membudayakan ampu.

11. Apa yang kita mampu harapkan juga adalah setiap orang daripada kita agar berlaku jujur pada diri sendiri. Samada memilih untuk menjadi masyarakat yang mulia ataupun rela dipandang hina.

14 thoughts on “Mengampu Tahap Kronik

  1. geli hati dengar pembaca berita rtm sebut ‘salam 1 malaysia’..apa mknanya? dh jd bhn lawak jenaka slogan yg sangat besar mknanya ni..

  2. 50 tahun hidup dalam budaya mengampu dan pengipas pemimpin…kadang dalam tak sedar, institusi raja yang wujud memang berperanan sebagai ketua negara sebelum penjajah datang Tanah Melayu dan menjaga agama Islam dan berkaitan dengannya…tapi dalam tak sedar, org melayu nih, sejak daripada itu jugalah, budaya mengampu nih hidup…sampai la sekarang…

    memang tak dinafikan, jadi pemimpin, sah2 keliling-kelalang pemimpin tuh pengampu, tapi institusi raja yang terus kekal tanpa perlawan, menghidupkan dan menyuburkan budaya pengampu…tapi bile sistem Demokrasi wujud, maka kuranglah budaya mengampu, sebab kali menang, akan datang mungkin kalah…tapi UMNO be end, tak pernah kalah 50 tahun, seronok la pak-pak ampu, angguk2, geling2 nih, mengampu…

    just pandangan…

    1. hahaha..
      teringin nk kaji ttg budaya masyarakat melayu zaman lampau..

      tak silap bendahara yg ganti tun perak kuat mengampu..sbb tu kerajaan mudah runtuh..nk pasti betul tidak..nnt nk baca balik.

  3. satu malaysia merupakan satu dasar yang bagus

    org membantah, memerli, dan mengatakan segala yang buruk ttg dasar ini, adalah lahir dari najib

    isu altantuya, rosmah, dan najib belum reda dan padam

    org memandang apa2 tindakan yang dilakukan oleh badan pelajar, atau syarikat di malaysia men “satu malaysiakan” smua produk atau dasar mereka, sbg membodek

    tp secara dasarnya, rtm memperkenalkan salam satu malaysia…itu adalah tugas kementerian penerangan..kita tidak boleh menyalahkan kementerian ini. tugas utama RTM untuk menerangkan dasar2 kerajaan bukan mengampu..laporan berita mmg dah sah2 mengampu. kesimpulannya memperkenalkan dasar satu malaysia kerajaan najib adalah tugas RTM yang berjaya. “rakyat diutamakan, pencapaikan didahulukan”

    kalau pakatan rakyat memerintah..apa dasar yang mahu diperkenalkan PR…dasar itu juga akan diterangkan oleh RTM.

    pokoknya cara utk menerangkannya supaya nmpk lebih intelektual. menda yg sama akan berlaku penyokong BN masa tu akan menuduh kementerian penerangan dan agensi lain juga membodek

    pada masa itu bagaimana PR mahu mengarahkan agensi2 yang lain dari sekolah ke universiti. syarikat kerajaan ke swasta, mahu mengaplikasi dasar baru yang diperkenalkan kerajaan PR…harap2 masa itu hasbie juga boleh mengatakan di dalam blognya lagi bahwa “mengampu tahap kronik episod 2”

    sekarang punya isu dan akan dtg saya tetap memnadang itu adalah kempen utk memperkenalkan dasar ini pada smua…kerajaan sekarang mungkin mahu rakyat bersatu padu..:-)

    tapi apabila UITM memperkenalkan subjek pemikiran mahathir selepas pemergian tun sbg PM, ini mmg bodek

    ikhlas…

    1. Haha..
      ada yg ok tapi yg jelas melampau tu mmg kes ampu la kan..haha..

      1 malaysia ni slogan jerk..tak jelas pun dia punya konsep..tak macam wawasan 2020 yg ada rangka dan blueprint lengkap..

      malangnya org mcm da lupa dgn wawasan 2020 walaupun tempohnya tinggal 11 tahun saja lg..hmmm..

  4. Slm’alaik..

    Terbaca dlm Suara Keadilan baru2 ni..

    1 Malaysia ialah idea One Israel yg ditiru drp Perdana Menteri Israel era lewat 1980-an…

    Wallahu’alam..

    1. salam.
      mmg betul pun..
      tapi kalo rasa benda tu baik, tak kisah pun nk tiru..
      cuma nmpak pemimpin kita tandus idea la..

      hehe~

  5. Salam

    Saya sebenarnya rasa peliklah kenapa perlukan slogan 1 malaysia. Adakah selama 50 tahun lebih kita merdeka masih tidak 1 malaysia. Adakah acuan pemimpin pemerintah sebelum ini tidak dapat menyatupadukan rakyat malaysia?. Mengapa islam hadhari yang dibanggakan itu dilupuskan begitu sahaja dalam era najib? adakah najib begitu fobia jika ada perkataan islam ini?. 50 tahun merdeka rupa-rupanya kerajaan masih lagi menggunakan kaedah pecah dan perintah. Sebab itulah perpaduan tidak dapat dicapai dengan jayanya. buktinya adanya hindraf, merdeka stetament dan macam-macam lagi. namun selepas kemenangan pakatan rakyat sinar perpaduan mula terserlah!. hormat menghormati antara kaum dan budaya, perselisihan diselesaikan melalui cara baik. Adakah 1 MAlaysia yang diadun oleh barisan pakatan lebih mantap? Maka dengan ini ayuh kita pakat pangkah barisan pakatan. Walaupun beberapa tahun memerintah, tetapi perpaduan mula terserlah. Tidak perlu slogan 1MALAYSIA

    1. salam wan..
      payah juga nk jangka..
      pakatan rakyat pun nampak ‘masih’ belum bersedia..
      bimbang juga jika mereka lebih lemah jika sudah berkuasa di pusat nnt..

      yg penting , pakatan mesti progresif dlm tindakan dan idea2 untuk majukan malaysia dlm segenap segi.

  6. salam
    tq atas kempen zakwan..tp di sini kita tidak menumpukan parti mana yg perlu dipangkah..byk juga org melayu yg tidak berpuas hati dgn kerajaan pakatan rakyat terutama di s’ngor dan p.pinang..diharap saudara hasbie dapat mengulas isu pemindahan kuil ke sksyn 23 shah alam yg mendapat tantangan hebat masyarakat melayu dlm mjls perbincangan smlm. sorg wakil penduduk india menyamakan toleransi pembinaan kuil 2 dgn azan? patutkah? demonstrasi tempoh hari, umno dituduh mnjadi dalang. ttp smlm tidak lagi kedengaran tuduhan 2..persoalannya adakah pakatan rakyat terlalu ingin mendapatkan undi bukan melayu sehingga sensitiviti org melayu xdiambil kira?
    wassalam

    1. Salam.
      saya kurang ikut secara mendalam perkembangan isu kuil di shah alam, namun tindakan demo kepala lembu adalah tindakan yg sgt tidak bertamadun.

      masyarakat india akan makin benci kepada BN khususnya UMNO. MIC juga akan terpalit sama. MIC nampaknya tidak agresif dalam membuat bantahan. Pelik juga..

      saya difahamkan bahawa isu itu mmg sedang digunakan sebaik mungkin oleh UMNO Selangor untuk memburuk-burukkan kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim. Perasan tak akhabar dan berita hari ini (6 sept)

      apapun, paling mustahak adalah kebijaksanaan pakatan rakyat dalam menyelesaikan isu dan kelemahan!

      1. 1Malaysia ni akan gagal. tujuan sebenarnya konsepnya hanyalah sama seperti konsep-konsep toleransi kaum yang dulu. bezanya penekanan kepada “penerimaan” berbanding “toleransi”.

        ia kononnya mahu “merawat” perpecahan kaum yang dikelola dan diapi-apikan Anwar Ibrahim akan tetapi nak dirawat apanya lagi kaduk dah naik junjung dan cacing naik ke mata?

        Tahap tidak menghormati sensitiviti Islam dan masyarakat Islam oleh orang Cina dan India sudah boleh dikatakan melampau.

        Dalam hal insiden kepala lembu ini kita lihat UMNO dan PAS terkial-kial saling mahu menjustifikasi diri masing-masing sebagai juara Malaysia. PKR kita tidak usah bicara kerana dasarnya bukan Islam dan Melayu.

        Kita lihat dalam hal ini, PAS terus-terusan menuduh UMNO dalang perkauman bagi menjaga hati “partner” dalam PR. Sementara UMNO demi menunjukkan mereka juga johan toleransi; 12 orang UMNO-PAS-PKR yang terlibat tempohari telah sesegeranya didakwa oleh AG.

        Biarpun insiden kepala lembu itu tidaklah cerdik, yang malangnya di sini, masyarakat telah gagal memahami masalah sebenar penduduk Islam di S19 dan S23. Sesetengah lebih terpengaruh dengan apa yang difahamkan dari sebelah pihak sahaja dan enggan menggali kebenaran yang hakiki. Termasuklah sdr Hasbie sendiri ! Sungguh mengecewakan !

        Bak kata Zulkifli Noordin (Parlimen Kulim, PKR) dalam suatu tulisan diblognya (http://zul4kulim.blogspot.com/2009/09/albaqarah-alahai-sang-lembu.html), polemik pertikaian UMNO dan PAS ibarat Pak Keris bertemu Pak Janggut; gajah sama berjuang, lembu juga yang menang !

        Mohon dibaca di sini http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2009/09/kerajaan-selangor-hasut-kuil-samseng.html berkenaan masalah sebenar di S19 yang enggan di warisi oleh penduduk S23 tetapi telah tidak diendah dan disemak oleh YB Rodziah dan YB Khalid yang terlalu “sibuk” memainkan isu perkauman.

        Kata orang tulisan mungkin menipu, tetapi mata tidak. Maka perhati dan telitilah gambar-gambar di dalam link ini…. insya Allah, ada banyak kebenaran yang tak terungkai tersebut di situ.

        Mungkin telah tiba masanya umat Islam menyedari kepentingan bersatu tanpa terlalu mengira perihal dendam, berniat keji dan politik semata.

  7. Salam..
    saudari cik kiah yang dihormati..
    berkenaan isu pembinaan kuil di shah alam itu, saya akui bahawa saya kurang ikuti dengan lebih mendalam..

    bukan tidak mahu peka dgn perkembangan, namun lebih baik ia diselesaikan oleh pihak yg berwajib..kita hanya mampu memberikan pandangan..namun malangnya, jika pandangan kita tidak tepat, ia akan akan membawa kerugian dan salah faham yg lebih teruk.

    sy tidak tahu isu itu secara mndalam, sbb itu sy tak banyak komen..namun yg jelas demonstrasi membawa kepala lembu bukanlah jalan keluar masalah yg terbaik..

    apapun, sy bersetuju bahawa masanya sudah tiba utk kita bersatu khususnya dalam soal kepentingan agama dan bangsa..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s