PRU 13: Mampukah PAS Rampas Terengganu?

images1. Dalam pilihanraya umum yang lalu, PAS telah gagal untuk merampas negeri Terengganu walaupun gelombang ‘Tsunami Politik’ melanda hampir seluruh Negara terutamanya Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak.

2. PAS hanya memenangi 8 daripada 32 kerusi DUN dan 1 daripada 8 kerusi Parlimen. Tambahan satu lagi kerusi Parlimen diperolehi menerusi PRK Kuala Terengganu.

3. Kerusi Parlimen yang memperlihatkan penguasaan PAS hanyalah di Kuala Terengganu dan Marang dengan kelebihan undi majoriti sebanyak 2631 dan 2747 undi sahaja.

4. Parlimen yang dikuasai oleh UMNO adalah dengan kelebihan undi majoriti yang jauh lebih tinggi. Kemaman (12,683 undi), Besut (10590 undi), Hulu Terengganu (10,460 undi), Setiu (7232 undi), Dungun (4994 undi) dan Kuala Nerus (1341 undi).

5. 8 DUN yang PAS kuasai terletak di Parlimen Kuala Terengganu (3 daripada 4 DUN), Marang (2 daripada 4 DUN), Dungun (1 daripada 4 DUN), Hulu Terengganu (1 daripada 4 DUN) dan Kuala Nerus (1 daripada 4 DUN).

6. Dapat disimpulkan bahawa UMNO memang benar-benar dominan dan perkasa di Terengganu pada PRU 12, 2008. PAS yang dibarisi oleh tokoh-tokoh utama PAS seperti Presiden Tuan Guru Haji Hadi Awang, Ketua Dewan Ulama’ Dato’ Harun Taib, mantan Naib Presiden Dato’ Mustafa Ali, mantan Ketua Pemuda Dato’ Abu Bakar Chik serta beberapa lagi pimpinan utama parti gagal memanfaat gelombang kesedaran rakyat dalam mencipta kemenangan di negeri Terengganu.

7. Apa puncanya?

8. Pada PRU 2008, PAS telah gagal membaca mood rakyat negeri Terengganu. Kenyataan-kenyataan pimpinan negeri kelihatan terlalu yakin bahawa rakyat mahukan PAS dalam pilihanraya pada waktu itu, sebagaimana juga mereka yakin PAS tidak akan tumbang dalam pilihanraya 2004.Yakin yang tidak membawa sebarang inovasi dalam strategi serta kesungguhan dalam bertindak.

9. Ini jauh berbeza dengan PAS Kelantan yang luarbiasa usaha mereka walaupun PAS hampir pasti kekal menguasai Kelantan.

10. Paling utama adalah berkenaan penggunaan media dan medium sebaran maklumat yang tidak dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan menyeluruh. Berbeza dengan UMNO Terengganu, PAS Terengganu nyata jauh ketinggalan.

11. UMNO menggunakan segala jenis media dan medium serta segenap penjuru ruang dalam menyebarluaskan propaganda mereka. Billboard raksasa di sepanjang jalan utama, kain pemidang doktrin  di seluruh ceruk negeri, SMS Bulk yang disebarkan ke hampir semua nombor talian telefon bimbit rakyat Terengganu, risalah parti, laman web, blog, radio RTM negeri, serta poster yang ditampal diseluruh negeri Terengganu.

12. PAS hanya counter semua itu dengan dua medium sahaja : ceramah dan poster parti yang langsung tidak menarik!

13. Belumpun keputusan diumumkan, kita sudah mampu meneka bahawa PAS akan bungkus dalam PRU 12 yang lalu.

14. PAS sebenarnya berupaya memenangi banyak kerusi di Terenganu tetapi dengan syarat soal media dan medium sebaran maklumat dibereskan.

15. Jika itu tidak berlaku, usahlah terus bermimpi di siang hari!

2 thoughts on “PRU 13: Mampukah PAS Rampas Terengganu?

  1. 1. ubah kepimpinan di peringkat negeri, keseluruhan…reformasi pada keseluruhan kepimpinan PAS di terengganu

    2. bagi peluang kepada anak muda di terengganu

    3. ubah persepsi hanya golongan ustaz yang mampu bertanding utk PAS

    4. tampilkan calon muslimat

    5. perkasakan media (seperti di sebut oleh hasbie)

    6. tampilkan jentera PAS dan PKR, sama-sama dalam kempen. terutama di Kemaman, masih kurang petugas di kalangan kaum cina. banyak peti undi kaum cina di kemaman

    7. pastikan satu dun di terengganu juga di tandingi dari PKR yang berbangsa cina. hari tu kita bagi Dr Abdul Manaf bertanding di dun bandar. ini kerusi status quo, kaum cina juga mahu di kalangan mereka ada suara di dun terengganu

  2. salam
    buat ore gannu rasanya pilahanraya yg PRU13 ni tak dapat lagi ..
    sbb puak puak hok ada penyakit tua masih ada di ganu tu hok PAS tua tua kuda tu hbis baru boleh ambik ganu gan Umno itu pun kalu kuda tua pas dah insaf awal boleh dikatakan wojid bolehlah separuh negeri …kena ingat wei..kuda tua tua tu masih bisa dan mampu lawan tapi setakat mano jah …
    dia bagi peluang kat pemuda pulaklah buat teraju ganu..
    salam
    sayangkan ganu jgn jadi 2004 lagi
    sayangkan ganu kite..
    anti pada hikpokrit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s