Mee Lipas

lipas11. Satu pengalaman yang tidak mungkin akan saya lupakan sewaktu menjalani Latihan Industri di MATRADE beberapa bulan lalu adalah apabila menjumpai seekor anak lipas di dalam Mee Udang yang saya pesan. Anak lipas itu dijumpai sewaktu saya dan seorang kawan mahu makan tengahari di sebuah medan selera di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

2. Mee Udang di situ cukup terkenal. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa nama lain bagi Mee Udang di situ adalah Mee Lipas!

3. Semenjak itu, saya bersumpah tidak akan menjejakkan kaki ke gerai Mee Udang di situ lagi.

4. Di Segambut, saya juga mengalami pengalaman yang hampir sama. Sebuah  gerai yang menyediakan lauk-pauk yang beraneka jenis dan menyelerakan namun terdapat ketulan-ketulan tahi kucing yang bergelimpangan di tepi-tepi meja makan di situ. Baunya sudah cukup untuk mematikan selera makan untuk tempoh seminggu.

5. Di Pasir Puteh dua tahun yang lalu, saya sempat singgah di sebuah restoran sup tulang. Sup tulang di situ nampak menyelerakan. Namun malangnya, saya baru sedar bahawa sup tulang di situ direncahkan juga dengan serangga-serangga yang sangat unik. Dalam satu mangkuk sup tulang, ada hampir 5 ekor serangga berlainan spesies.

6. Di Kota Bharu beberapa bulan lalu, saya sempat menjamu selera di sebuah foodcourt yang tidak jauh di perhentian bas. Sedang asyik menikmati nasi campur berlaukkan udang galah masak lemak, saya sedari beberapa ekor tikus mondok sedang berlari-lari anak seolah-olah mahu menghiburkan kami para pengunjung.

7. Semua pengalaman ‘indah’ itu saya alami sendiri di kedai-kedai makan yang diuruskan oleh pengusaha Melayu.

8. Salah satu faktor mengapa ramai pengusaha kedai makan Melayu yang gulung tikar adalah kerana masalah isu kebersihan yang jarang dititikberatkan.

9. Hal ini berbeza dengan restoran francais khususnya dari luar negara yang cukup ambil berat soal kebersihan dalam urusan menyediakan makanan.

10. Walaupun, bukan semua pengusaha Melayu kurang menjaga kebersihan, namun nila setitik menyebabkan rosak susu sebelanga.

11. Perkara ini mungkin kecil atau bersifat mikro, namun ia menentukan banyak keputusan-keputusan perangkaan serta data statistik yang lebih besar dan bersifat makro.

7 thoughts on “Mee Lipas

  1. Sob,jgn mkn sgt mee tu..dok kira ah mee lipas ke, mi udang ke…mee kuning sgt bahaya ke buah pinggang…cuba buka lama emjay yg artikel pasal buah pinggang…
    satu lagi sekadar berkongsi info..masa i p melaka dulu ada satu tempat tu,lupe nama kat ladang klapa sawit gitu..kat kaunter, dia sedia satu papan putih n siap tulis komen pelanggan serta isu2 berkaitan setiap hari samada jupe rambut,lipas,taik tikus,taik tuang masak… kedai bersih tapi mknan tak best sgt…huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s