Dr. Burhanuddin Al-Helmi

1. Dr. Burhanuddin bin Muhammad Nor Al-Helmi dilahirkan pada tahun 1911 di Kampung Changkat Tualang, Mukim Kota Bharu, Gopeng, Perak.

2. Beliau adalah Yang DiPertua Agong PAS ketiga selepas Haji Ahmad Fuad Hassan (1951 – 1953) dan Dr. Haji Abbas Alias (1953 – 1956).

3. Dr. Burhanuddin telah memimpin PAS dari tahun 1956 sehingga 1969. Sepanjang tahun kepimpinannya, PAS telah melonjak sebagai sebuah parti politik yang signifikan di arus perdana. Kerusi Dewan Rakyat yang dimenangi oleh PAS juga telah meningkat secara mendadak dalam Pilihanraya Umum 1959 iaitu sebanyak 13 kerusi. Sebelum itu (1955), PAS hanya memenangi 1 kerusi dalam Dewan Rakyat.

4. Pada tahun 1959 juga, PAS telah berjaya menawan dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu.

5. Dr. Burhanuddin telah dipilih sebagai Yang DiPetua Agong PAS selepas hanya 11 hari beliau menjadi ahli PAS. Dr Burhanuddin mendaftar sebagai ahli pada 14 Disember 1956 dan diangkat menjadi Yang DiPertua Agong PAS pada 25 Disember 1956. Perlantikan beliau walaupun mendapat tentangan kecil daripada ahli, namun akhirnya diterima dengan hati yang terbuka.

6. Tentangan kecil itu wujud kerana Dr Burhanuddin Al Helmi dikenali sebagai tokoh aliran kiri yang dilihat turut sama memperjuangkan semangat Nasionalisme. Beliau juga rapat dengan tokoh aliran Sosialis seperti Ahmad Boestamam dan Mokhtaruddin Lasso. Sebelum dipecat dalam perhimpunan parti PKMM, Dr Burhanuddin adalah Pengerusi parti tersebut. Oleh sebab itu, segelintir ahli PAS bimbang jika Dr Burhanuddin menerajui PAS dengan dasar yang menyimpang daripada dasar sedia ada – iaitu Islam.

7. Perlantikan seorang ketua parti dari kalangan ahli yang belum pun cukup setahun tempoh menjadi ahli adalah suatu yang sangat aneh pada masa ini. Apatah lagi 11 hari!

8. Ia jelas merupakah keterbukaan yang luarbiasa yang diamalkan oleh ahli-ahli parti PAS pada setengah abad yang lalu.

9. Malangnya, pada hari ini keterbukaan sebegitu sudah lama terkubur.

10. Kerana dihantui bayang-bayang sendiri, PAS telah beransur-ansur menjadi sebuah parti yang semakin tertutup.

11. Melantik seorang yang baru menjadi ahli sebagai Presiden parti adalah perkara yang mustahil pada hari ini. Lebih parah, melantik seseorang yang di luar lajur konservatisme parti juga adalah perkara mustahil pada masa ini.

12. Amatlah malang jika individu berpotensi dicantas dan dibuang manakala parti dibiarkan terpimpin oleh individu yang kurang berkebolehan.

13. Pada tahun 1956, ahli-ahli PAS telah membuat suatu keputusan yang sangat pragmatik walaupun berisiko. Telahan bahawa Dr Burhanuddin akan menyebabkan PAS punah-ranah nyata meleset. Sebaliknya, PAS menjadi sebuah parti pembangkang yang paling kuat untuk menyaingi Perikatan. Lebih kuat berbanding Parti Negara pimpinan Dato’ Onn Jaafar.

14. Pada hari ini, ahli PAS sudah menjadi sangat takut untuk membiarkan seorang yang berkebolehan untuk menerajui parti hanya semata-mata orang itu bukanlah dari jalur ulama’ yang berserban dan berjubah. Ahli PAS akan hanya selesa jika parti dipimpin oleh golongan yang diterima sebagai ulama’. Ahli PAS hanya akan selesa jika parti diurus dengan cara yang konservatif.

15. Rasa selesa itu sememangnya akan menjadikan ahli-ahli PAS tersebut tidur malam dengan nyenyak.

16. Tidur malam yang nyenyak adalah sangat penting walaupun parti akan terus berada di takuk yang lama.

17. Jika semua ini terus berlaku, PAS dijangka akan tetap kekal menjadi pembangkang beberapa tahun yang akan datang, walaupun pada ketika itu parti UMNO mungkin sudah terkubur.

18. Segala-galanya adalah bergantung kepada ahli parti. Untuk menang, kita mesti berani membuat perubahan. Perubahan adalah milik pejuang yang melihat maju ke hadapan, bukan bagi ahli parti yang masih berpaling ke belakang.

19.Al Fatihah buat Allahyarham Dr. Burhanuddin Al Helmi.

(Artikel ini ini ditulis pada September 2009. Ada beberapa pandangan yg tidak lagi releven pada masa ini khususnya apabila Timbalan Presiden kini dilantik dari jalur aktivis).

3 thoughts on “Dr. Burhanuddin Al-Helmi

  1. salam,

    boleh baca di kiaskan kepada siapa. datuk husam pastinya. tapi harus di pastikan ianya bersih terlebih dahulu.

    jauh dari itu, kalau mahu berjaya, PAS sebenarnya harus bersedia melihat kepimpinan di isi dari calon bukan dari kelantan atau pantai timur.

    hal ini mungkin remeh pada saudara, tapi saya berani katakan kalau UMNO selalu dituduh perkauman di kalangan Cina dan India sebaliknya orang melayu Kelantan seringkali dilihat mempunyai semangat bangga diri dan perpuakan melampau di kalangan masyarakat Melayu negeri-negeri lain di mana-mana ceruk di malaysia pun.

    1. Salam.
      Selain Datuk Husam, ramai juga lg yg dicantas walaupun berkelayakan.

      Soal dari Kelantan atau mana-mana negeri bukanlah soal yg harus diambilkira..Yang penting adalah kelayakan/keupayaan utk berkhidmat.

      Namun, sy tidak menafikan budaya berpuak-puak yg keterlaluan wajar dielakkan..

      terima kasih atas komentar Cik Kiah.

  2. itulah masalahnya jika ada antara pemimpin PAS sendiri yang terlalu menjaga kepentingan mereka. sehingga lupa ada lagi ahli lain yang lebih berpotensi daripada mereka. mereka lupa pepatah “patah tumbuh hilang berganti”. menyekat kebebasan seseorang utk memimpin sehingga PAS mengalami pergolakan. yang mendapat untung adalah UMNO. adakah mereka berjuang utk kemusnahan parti kesayangan mereka? sebelum masalah makin melarat, buatlah sesuatu yg boleh menjernihkan kembali kepercayaan rakyat terhadap PAS ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s