Strategi UMNO Zaman-Berzaman

1. Pada tahun 1959, PAS memenangi 13 kerusi Dewan Rakyat di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Muhammad. Ia adalah kejayaan yang sangat memberangsangkan bagi sebuah parti kerdil seperti PAS pada ketika itu.

2. Kekuatan kedua-dua sosok pimpinan utama PAS itu menyebabkan pimpinan UMNO tidak senang duduk. Kunci untuk melumpuhkan/melemahkan PAS adalah dengan melumpuhkan Dr. Burhanuddin dan Dr. Zulkifli.

3. Pelbagai cubaan dilakukan untuk mematikan karier politik kedua-duanya.

4. Dr. Burhanuddin ditahan di bawah ISA pada tahun 1964 hingga 1966. Walaupun dibebaskan pada 1966, beliau dikenakan tahanan terhad. Pada tahun 1969, beliau meninggal dunia akibat penyakit lelah dan kesan seksaan yang diterima sepanjang meringkuk dalam tahanan.

5. Perkara yang berlaku kepada Dr. Zulkifli juga menyayat hati. Beliau terlibat dalam kemalangan di Kuantan sewaktu dalam perjalanan dari Kelantan ke Perak. Peliknya, Tunku Abdul Rahman terpaksa membuat kenyataan penafian bahawa kemalangan yang meragut nyawa Dr. Zulkifli dan isteri itu didalangi oleh UMNO.

6. Samada benar UMNO terlibat atau tidak hanya Allah yang lebih tahu.

7. Pada tahun 1999, PAS memenangi kerusi 27 Dewan Rakyat. Undi Melayu jelas memihak kepada PAS dan Barisan Alternatif. Kegusaran itu adalah antara punca yang memaksa Dr. Mahathir meletakkan jawatan secara mengejut pada tahun 2002.

8. Sepanjang penggal 1999 – 2004, bukan sedikit usaha dilakukan untuk melemahkan PAS. Melaga-lagakan PAS dengan DAP melalui isu Negara Islam, menafikan hak rakyat Royalti Minyak untuk rakyat Terengganu serta paling utama – memburuk-burukkan pimpinan utama PAS secara agresif.

9. Dua pemimpin utama PAS yang diburuk-burukkan oleh UMNO pasca PRU 1999 adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

10. Amanat Haji Hadi yang disunting dari satu ucapan Ustaz Hadi pada pada 7 April 1981 diangkat menjadi suatu amanat semata-mata untuk memburuk-burukkan pimpinan PAS tersebut bagi melemahkan PAS. Peranan Ustaz Hadi selaku Menteri Besar Terengganu juga dilumpuhkan melalui penafian hak royalti minyak Terenganu yang merupakan sumber utama kewangan kerajaan negeri. Hasilnya, PAS tumbang di Terengganu pada tahun 2004.

11. Serangan terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga dilancarkan secara agresif. Ucapan-ucapan Ustaz Nik Aziz disunting dan diolah semata-mata untuk menimbulkan kekeliruan dan kebencian di kalangan rakyat terhadap sosok utama PAS itu.

12. Untuk mengaitkan Ustaz Nik Aziz dengan isu rasuah, penyalahgunaan kuasa, isu ‘komisen Kapal Selam’,isu Liwat’ atau isu ‘Bawa Lari Anak Raja’ sudah tentu rakyat tak akan percaya. Oleh itu, UMNO berusaha menimbulkan keraguan di kalangan rakyat terhadap peribadi Ustaz Nik Aziz sebagai seorang Ulama’.

13. Isu ‘Tuhan Samseng’, ‘Undi Pas Masuk Syurga’, ‘Sanggup Berkawan dengan Syaitan’, ‘Tuhan Mencarut’ sebagainya digunakan untuk menggambarkan Ustaz Nik Aziz sebagai seorang Ulama’ yang sesat lagi menyesatkan. Terbaru, isu ‘Doa Bala Untuk PM’ pula dimainkan.

14. Semua itu akan terus dilakukan oleh UMNO selagi mana Ustaz Nik Aziz masih bernyawa.

15. Walaupun tidak semua termakan dengan dengan propaganda itu, tidak dinafikan bahawa ada juga yang percaya. Bukan sedikit anak muda, belia, kaum ibu dan orang tua yang memandang serong Ustaz Nik Aziz. Bukan sedikit manusia yang tergamak melabelkan beliau sebagai ‘Ulama’ Sesat’, ‘Kambing Tua’, ‘Tok Guru Sesat’ dan sebagainya. Dan tidak sedikit yang membenci beliau.

16. Namun itulah asam garam perjuangan yang sedang ditanggung oleh seorang insan yang sudah berusia 78 tahun itu.

17. Semoga Tok Guru terus diberikan kekuatan oleh Allah dalam meniti usia yang masih bersisa. Mudah-mudahan.

8 thoughts on “Strategi UMNO Zaman-Berzaman

    1. salam
      sdr Pale,
      selagi TV3, Berita Harian, Utusan terus-menerus dikuasai UMNO, apa-apa fitnah pun org akan termakan.

      1. agak r, tp dulu bace sinar, dia mcm x bias, dia hentam je 2-2, tp skrng ni tgk2 sinar pn ckp yg nik aziz ade doa binase kat najib dgn kerajaannye, isyh3

  1. Nice analysis!
    Anyway Jentera PR terlalu lembab dalam menangkis seranagn bertali arus BN!
    Sekarang patu ditubuhkan Taskforce khusus untuk menangkis serangan atau meneutralkan apa2 propaganda!
    Ni tidak tunggu je macam orang DUNGU!
    Yang lebih teruk….terpedaya dengan diayah musuh!

    1. setuju,
      Harakah
      Siasah
      Suara Keadilan
      dll

      masih di takuk lama..akhbar utk bacaan ahli parti semata-mata.

      siapa nak baca kalau jarang update, berita tak ada nilai.

  2. by the way…

    semua fakta aku setuju…

    tp kita x leh nak nafikan sesuatu bahwa TGNA masih relevan utk masa depan PAS.

    menamakan pengganti beliau atau menyerahkan tampuk pemerintahan adalah perkara yang patut PAS kelantan dan pusat fikirkan.

    sebab dulu kita pun pernah guna isu yg sama nak suruh che det(mahathir) berhenti. lim keng yeik dan samy vellu.

    beliau mmg patut diangkat mengetuai Pakatan Rakyat. dan Kelantan harus di serahkan kepada yang lain.

    mungkin ahmad yaakob/husam/nik amar.

    kalau x byk menda akan jatuh dekat batang hidung sendiri

    contoh isu kampung buah pala. adun DAP masa kempen kawasan tu janji nak selesaikan masalah ini. hanya utk kempen. tp dari segi undang2 adun DAP x leh nak tolong. sebab masalah dari pemerintahan lama. kalau mmg x leh tolong kena realistik dlm buat manifesto. jgn ikut sedap nak dpt sokongan rakyat je. sat gi rakyat argue. mana janji itu dan ini

    lagi, kerajaan pinang nak angkat pilihanraya majlis tempatan. nak mulakan di pinang katanya. tp x leh buat. sbb undang2. malaysia masih dikuasai oleh BN. kena ubah perlembagaan. sebab PBT betul2 di bawah KPKT. jadi menda yg sama kalau x leh berjuang di peringkat negeri jgn buat utk manifesto utk raih undi. skang org akan blame PR x tunai janji

    isu UMNO dulu kita kata pak lah lantik menantu utk itu dan ini. PR lagi macam parti anak beranak

    DAP- lim kit siang dan lim guan eng
    DAP-karpal-gobind- jagdeep
    PKR-anwar-izzah
    semua di atas menjadi wakil rakyat. jadi jgn kata umno politik anak beranak kalau PR pun buat macam tu

    sekian, sekadar pandangan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s