Tips Untuk Calon PRK

1. Universiti Malaya akan mengadakan Pilihan Raya Kampus (PRK) pada hujung bulan ini. Saya tidak pasti sejauh mana persiapan jentera kedua-dua belah pihak yang dominan iaitu Pro Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa.

2. Selain kekuatan jentera dan keberkesanan media, personaliti calon adalah antara faktor yang menentukan menang-kalah pertarungan ini. Saya mahu menulis serba sedikit tentang bagaimana calon (khususnya calon Umum) memainkan peranan untuk menang.

3. Pertamanya, apabila dipilih sebagai calon, seseorang individu mestilah bersedia dari sudut mental dan fizikal. Stamina kedua-dua aspek ini amat penting khususnya dalam tempoh berkempen.

4. Apabila bersetuju untuk menawarkan diri, calon mestilah yakin dengan keupayaan diri. Keyakinan adalah amat penting kerana ia menentukan kesungguhan seseorang calon untuk bertanding. Jika gagal meyakinkan diri sendiri, bagaimana mahu meyakinkan orang lain. Lebih baik tarik diri dari bertanding!

5. Sewaktu saya saya dipilih untuk bertanding di kawasan Umum dalam PRK UM 2007, ramai yang memberi nasihat agar saya hanya bertanding di kawasan fakulti. Hujah mereka, calon Pro Mahasiswa tajaan PMIUM sukar untuk menang kerana ‘padang’ masih berat sebelah. Jika diukur dari sudut kekuatan undi ‘grass root’ sekalipun, memang kebarangkalian untuk menang agak kecil. Kolej saya merupakan kolej kubu kuat pihak lawan manakala fakulti saya pula bukanlah fakulti yang punyai ramai pelajar untuk menyumbangkan banyak undi ‘kawan-kawan sendiri’.

6. Namun saya tiada pilihan lain melainkan perlu yakin bahawa saya akan menang.

7. Keyakinan akan melahirkan usaha yang bersungguh-sungguh selain strategi yang berkesan.

8. Calon mestilah sedar bahawa daripada 17 ribu mahasiswa UM, yang akan turun mengundi hanyalah sekitar 10 hingga 12 ribu sahaja. Dari jumlah itu, sekitar 3 ribu adalah penyokong tegar kem masing-masing yang akan mengundi kita kerana faktor kem yang kita wakili. Untuk menang, calon memerlukan tambahan sebanyak 3 ribu undi lagi untuk meraih sekurang-kurangnya 6 ribu undi. Dari mana undi itu akan diperolehi?

9. Sekitar 1 ribu undi akan diraih berdasarkan penampilan calon samada di atas kertas (poster kempen, menifesto dll) atau sewaktu berkempen. Diakui bahawa pengundi cenderung mengundi calon yang memiliki ketampanan fizikal iaitu hensem atau lawa wajahnya. Pastikan gambar yang digunakan dalam sebarang bahan kempen adalah gambar terbaik yang anda miliki. Wajah senyuman ikhlas serta menawan amat mustahak pada ketika ini.

10. Bagi calon yang tidak/kurang memiliki ketampanan fizikal, Ketampanan sosial mestilah diperkasakan. Ketampanan sosial adalah bagaimana seseorang masuk bergaul, berjabat tangan, senyum, menyapa dan sebagainya. Calon yang baik mestilah kelihatan bersederhana dalam bergaul. Tidak terlalu pasif dan tidak terlalu mahu menonjol-nonjolkan diri. Jika tidak, ia akan membuatkan pengundi merasa tidak yakin atau merasa jengkel.

11. Sangat penting adalah bagaimana calon mahu pastikan bakal pengundi mereka mengingati namanya. Perlu diingat bahawa pengundi bukanlah berminat sangat untuk menghafal nama-nama calon apatah lagi yang tidak menarik perhatiannya. Persoalannya, bagaimanakah mahu menarik perhatian pengundi?

12. Pemilihan isu sangat mustahak. Jika calon bijak memilih isu yang dekat dengan hati pengundi, undi akan berpihak padanya. Pada peringkat ini, calon mestilah mengkaji sedikit sebanyak latar belakang kelompok pengundi yang ditemuinya.

14. Calon yang baik mampu meraih tambahan undi sekitar 1.5 ribu hingga 2 ribu. Sekitar 1.5 ribu lagi diraih daripada keberkesanan media dan kekuatan jentera kempen dalam memobilisasi sokongan daripada pengundi atas pagar.

15. Sesudah usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan, bertawakkal kepada Allah.

16. Kepada calon yang bakal bertanding, selamat maju jaya diucapkan. Yakinlah bahawa anda akan menang!

9 thoughts on “Tips Untuk Calon PRK

    1. jang
      ~bukan mengungkit kisah lama,
      hanya mengulit kenangan~
      (petikan lagu sape ntah)
      hahahaha~

      ntah la..ak tak sure apa jd ngan web mahasiswakini.

  1. Aloh, pok bi…terharunya kawe bila membaco tulise demo…siap ada gambar kawe lagi…teringat pulak zaman mudo2 dulu…waktu tu jang masih lagi main tarik tali…hehe…apa pun semoga pengalaman kito bertanding dale ”pilihanrayo” tidak terhenti di kampus ja…tq atas perkongsian berguna…gud luck n sirru ‘ala barokatillah… =)

    1. salam..
      hehe.. jang mmg jogho tarik tali..
      insyaAllah mudah-mudahan.
      Abg nazree dah masuk PKR, pok hir kito-seore lagi bekas aktivis mahasiswa akan masuk parti mana pula?
      hehe~

  2. oloh….pok hir royak aku tarik tali…huhu

    fakta dia masa pengumuman keputusan pilihanraya kampus 2006…kawe duduk betul2 dekan mohd nur hafiz roslan:-),,,,

    masa tu kawe segan nak dekat ngan sek demo…
    lagi pun sbb kawe aktif kolej…hehe….tu yg tarik tali. bukan tarik tali gantung tali

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s