Menang Kalah Adat Pertandingan

1. Kakak saya turut sama bertanding dalam Pilihan Raya Kampus di UPM. Dia bertanding sebagai calon Pro Mahasiswa untuk kerusi calon fakulti.

2. Sebentar tadi, dia baru sahaja memaklumkan bahawa dia tewas dan Pro M UPM hanya memperoleh 11 daripada 48 kerusi.

3. Tahniah buat Kakak saya, Kay @  Khadijah Muda.

4. Tahniah kerana telah memecahkan satu tembok yang sukar dipecahkan. Tahniah kerana telah berada pada tangga kehidupan yang lebih tinggi dari semalam. Tahniah kerana kalah dalam medan tempur, tidak rebah di luar gelanggang. Tahniah juga kerana telah menganjakkan paradigma dirimu sebagaimana slogan kempen “Challenge Yourself, Shitf Your Paradigm”.

5. Kakak saya bukanlah berminat sangat dengan politik kampus. Berulang kali saya memujuk agar peluang dan harapan digunakan sebaik mungkin. Apabila dia akhirnya mendaftar diri sebagai calon, saya teruja dan bersyukur. Saya sedar bahawa masih ramai teman-teman mahasiswa yang belum punyai keberanian yang cukup untuk layak bergelar mahasiswa yang merdeka! Ramai masih takut dan menikus! Ramai yang masih bersembunyi laksana tikus kecil walaupun fizikal sebesar gajah Siam!

6. Kakak saya tewas tapi sekurang-kurangnya jiwanya sudah merdeka.

7. Bukanlah menang yang paling penting, tapi kesempurnaan usaha untuk menang paling mustahak.

8. Seorang yang bertempur bukanlah sebagaimana orang berjudi. Menang kalah tidak bergantung pada nasib. Ia hampir sepenuhnya bergantung kepada usaha dan ketabahan dalam berjuang. Ia tentang soal kerja keras, strategi dan kebergantungan pada Al Malik.

9. Saya yakin, banyak yang dia belajar sepanjang melalui PRK di UPM. Ia bekalan yang baik untuk dibawa ke dalam masyarakat yang jauh lebih mencabar penjajahannya.

10. Kay, Tahniah!

One thought on “Menang Kalah Adat Pertandingan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s