1. Pilihan Raya Kampus (PRK) tidaklah sepenting Pilihan Raya Umum (PRU). Walaubagaimanapun, ia tetap penting.
2. PRK adalah medan untuk melatih mahasiswa tentang perjuangan dan demokrasi. PRK berperanan membantu mahasiswa dalam memperkasakan kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi, pengucapan awam, pengurusan, media, pembinaan integriti dan berbagai lagi.
3. Melatih mahasiswa untuk menjadi pemimpin amatlah mustahak sebagai persiapan awal kerana mereka bakal menjadi pemimpin negara dan masyarakat suatu masa nanti.
4. Malangnya, masih ada kampus-kampus yang memberikan ‘sillibus yang salah’ dalam melatih segelintir mahasiswa.
5. Ada yang dilatih untuk menjadi penjaga pintu pagar kolej kediaman. Adakah mahasiswa akan dipersiapkan untuk menjadi pengawal keselamatan?
6. Tahun lepas, saya sempat memberikan ‘syarahan pendek’ kepada beberapa orang adik-adik tahun pertama di Kolej Kediaman Keempat UM kerana begitu bersungguh menjaga pagar kolej mereka. Saya hairan, mengapa manusia yang punyai akal seperti mereka masih rela dibiarkan menjadi ‘Pak Guard Jadian’ sekadar menjaga pagar. Apakah serendah itu taraf mereka? Tak boleh berfikirkah mereka?
7. Saban tahun perkara yang sama berlaku. Tahun ini juga masih berlaku.
8. Mahasiswa tahun pertama diperbodohkan oleh mahasiswa tahun dua dan ke atas. Yang paling banyak diperbodohkan adalah anak-anak bangsa Melayu. Yang memperbodohkan juga adalah anak-anak bangsa Melayu. Pihak pentadbiran pula hanya membiarkan malah menggalakkan ia terus berlaku saban tahun.
9. Bertanding biarlah secara matang. Jangan memperbodohkan orang lain atau membiarkan diri diperbodohkan!
teringat masa kita bg tazkirah dekan 4th taun lepas
salam
mu ada jgk kan masa tu..
kecewa aku
budak2 tu mcm x leh fikir apa yg diorg buat.
haishh~
sah2 aku ada…kan kita naik kereta lecture aku…cik tuan,,,dia org x tahu apa. hanya follow je
selalu salah ejaan. sebab kalut nak taip.
masa bagi tazkirah pada pak guard jadian di 4th college
bakpe nak jd pak guard?..nak guard ape?
salam
mmg dah jd ‘lumrah’ bagi budak2 aspirasi/penggerak mahasiswa utk jaga kolej sbb tak mau bg budak2 pro m (pmium) masuk berkempen ke kolej mereka.
diorg takut kalah.so segala taktik bodoh/kotor digunakan walaupun benda2 menampakkan kebodohan mereka. sayang la, budak universiti blaja tinggi2 tp kerja jaga pagar kolej.
haha~