Pemilihan YDP MPMUM

1. Pro Mahasiswa Universiti Malaya membolot 8 daripada 9 kerusi umum dalam PRK kali ini. Sama seperti tahun lepas. Bezanya hanya pada jumlah kerusi fakulti yang merosot kepada 9 kerusi.

2. Kerusi umum ibarat Parlimen manakala kerusi fakulti ibarat DUN. Namun disebabkan ia tidak termaktub dalam statut universiti, AUKU mahupun peraturan kecil PRK maka nilai kerusi bagi kedua-dua jenis adalah sama.

3. Sistem demokrasi sebegini adalah tidak matang dan tepat kerana ia tidak mencerminkan kehendak sebenar mahasiswa. Undi sebanyak 5888 bagi seorang calon umum yang menang adalah sama dengan undi sebanyak 156 bagi seorang calon fakulti yang menang. Adakah ia wajar?

4. Aspirasi (Penggerak Mahasiswa) belum lagi boleh dianggap menguasai MPMUM kerana penentuannya adalah dalam mesyuarat pertama MPMUM untuk membentuk kabinet. 41 ahli MPMUM akan mengundi untuk memilih Yang DiPertua dan semua ahli Majlis Tertinggi yang lain. Belum tentu ahli-ahli MPMUM Aspirasi akan mengundi calon dari kem mereka sepenuhnya.

5. Pada tahun 2007, Pro M hanya menang 7 dari 41 kerusi. Namun apabila membuat undian untuk memilih Yang DiPertua, calon Pro M iaitu saudara Shahir Aziz memperolehi tambahan 8 kerusi!

6. Pada tahun itu undian dibuat secara sulit iaitu di atas kertas.

7. Pada tahun 2009, tiada undi tambahan diperolehi oleh calon Pro M untuk kerusi YDP iaitu saudara Ridzuan Mohammad. Beliau disokong oleh ahli MPMUM Pro M (dan bebas) sebanyak 21 undi. Ahli-ahli dari Aspirasi ada yang mahu mengundi beliau namun tidak mampu berbuat demikian kerana undian dibuat secara mengangkat tangan. Ia tidak lagi sulit.

8. Persoalannya, kaedah undian manakah yang  lebih baik, telus dan selari dengan prinsip demokrasi? Undian sulit pada kertas atau undian tidak sulit dengan mengangkat tangan?

9. Apapun tahniah kepada semua calon yang menang, baik Pro M atau Aspirasi (Penggerak). Selamat memimpin!

3 thoughts on “Pemilihan YDP MPMUM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s