Politik Perak

1. Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak rayuan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sekaligus mengesahkan bahawa Datuk Seri  Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

2. Keputusan mahkamah ini akan menjadi duluan kehakiman (stare dicisis) atau judicial precedent untuk kes-kes yang akan datang. Oleh itu, kita dapat menjangkakan bahawa kaedah menumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui kudeta (Coup d’Etat) akan diterima sebagai amalan politik yang sah pada masa yang akan datang.

3. Praktis ini akan menjadikan demokrasi di Malaysia semakin tidak dihormati.

4. Walaubagaimanapun, menjadi tanggungjawab rakyat untuk menghormati keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah. Ia terkandung dalam prinsip Rukun Negara iaitu ‘Kedaulatan Undang-Undang’.

5. Menjadi tanggungjawab rakyat juga untuk menghormati Raja sebagai payung negara. Ia juga terkandung dalam prinsip Rukun Negara iaitu ‘Kesetiaan kepada Raja dan Negara’.

6. Sesebuah sistem dan institusi mestilah dihormati walaupun pemain di dalamnya tidak layak dihormati. Merosakkan sistem dan institusi adalah jalan pintas yang akan merugikan masa depan semua pihak.

7. Apa yang terbaik untuk dilakukan adalah memperbaiki ruang-ruang yang boleh diperbaiki. PAS misalnya sebagai parti saingan UMNO perlulah melipat-gandakan usaha untuk menawan kerusi-kerusi majori Melayu di Perak.

8. Dalam PRU ke12, PAS hanya memenangi 6 kerusi DUN yang majoritinya adalah penduduk Melayu. 3 daripada 9 kerusi DUN milik PKR juga adalah kerusi majoriti Melayu termasuk 2 DUN milik Jamaluddin Radzi dan Osman Jailu. Selebihnya 27 kerusi majoriti Melayu adalah milik UMNO.

9. Jika senario dan isu-isu semasa diambil kira, Perak tetap akan menjadi milik UMNO/BN andai pilihanraya diadakan semula. Kerusi DAP dan PKR dijangka tidak banyak berubah namun PAS mungkin akan kehilangan semua kerusi kecuali DUN Pasir Panjang milik DS Nizar Jamaluddin.

10. Apa yang mustahak dan urgent untuk dilakukan adalah PAS mesti memastikan pengundi muda yang masih belum mendaftar untuk segera mendaftar. Golongan muda khususnya yang terpelajar lebih terbuka dalam menilai sesuatu isu. Mereka kurang terikut dengan sentimen sebaliknya rasional yang membuat pilihan. Oleh itu, kebarangkali untuk mereka memilih PAS adalah lebih tinggi berbanding golongan dewasa atau tua.

11. Kunci utama kekalahan UMNO/BN adalah penolakan orang Melayu kepada UMNO. Maka, apakah isu atau sebab untuk orang Melayu menolak UMNO?

12. Saya yakin sebab-sebab itu memang wujud malah banyak. Namun, persoalannya bagaimana ia disampaikan kepada rakyat Perak untuk diterima dan dipercayai?

13. Satu-satunya sumber kekuatan utama UMNO adalah Utusan, TV3 dan RTM. PAS ada apa?

One thought on “Politik Perak

  1. Salam sdr MHM,
    Syabas kerana punya semangat dlm perjuangan. Tentunya utk Ugama & bangsa. Inilah yg sepatutnya ada pd setiap jiwa anak muda kita. Tetapi dlm ghairah meniti hidup, berhati-hatilah pd setiap gerak. Silap selangkah, tersadung arah, musnah akidah.
    Ada beberapa perkara dlm pemikiran sdr perihal Politik Perak yg agak merunsingkan sya akan halatuju sdr. Memang keputusan mahkamah ini akan menjadi Judicial precedence pd setiap kes berkaitan soon. Tetapi, mengatakan bahawa demokrasi d M’sia ni akan d tertawakan amat mengelirukan sya. Yg pasti, pihak yg ketawa besar tika ini adalah UMNO/BN, kerana melihat akan kebodohan, kejahilan dan kegelojohan PR berpolitik.
    Jelasnya d sini, ialah walaupun sya adalah pengundi bg calon PAS d kaw sya, tetapi secara jujur sya mengatakan bahawa PRlah yg menyerahkan tengkuknya sendiri secara sukarela unk d sembelih. Tiada satu kesalahanpun bagi UMNO/BN d segi undang2. PR hilang majority, apahal pulak pi mintak BUBARKAN DUN ! DUN hanya blih sah d bubarkan olih kerajaan yg memerintah dgn seat majority. DYMM tentu akan beri restu. Yg dok pi melalak suruh UMNO/BN bubarkan tu buat apa? Hampa ingat depa bodo ka !
    Dlm hal d Perak ni, PR asyik megah dgn slogan SUARA RAKYAT konon. Perlu d ingat, kuasa undi saja belum tentu & tak cukup utk dpt menentukan siapa yg akan jadi MB apabila DUN sendiri tak mampu menewaskan struktur perlembagaan negeri seluruhnya. D sinilah terserlahnya kelemahan PR apabila menggunakan teory politik rimba yg d bawa DAP. Percayalah, d hati mereka ini, perlembagaan yg ada kini tidak blih d guna lagi, malang nya ianya tidak mampu d ubah selagi kedaulatan negeri2 d naungi DYMM Kesultanan Melayu.
    Ada kwn2 dr UMNO bertanya, kenapa masa PR ada majority dulu, tak bubarkan DUN jika kita benar2 yakin rakyat menyebelahi kita. Jika kita bijak berpolitik, itulah masanya utk buktikan kemenangan kita pd GE12 benar2 mutlak. Damak, adik saya jawab…dah depa bodo…!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s