Strategi UMNO Sebelum PRU 13

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya di persimpangan. Dato’ Sri Mohd Najib boleh mengumumkan bila-bila masa pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan PRU 13 diadakan.

2. Pada masa ini, Najib belum mendapat mandat daripada rakyat untuk menjadi Perdana Menteri. Beliau hanya menumpang mandat Tun Abdullah yang disingkirkan secara sistematik oleh ahli-ahli partinya sendiri selepas PRU ke12 yang lalu.

3. Seorang PM yang bermaruah tidak akan menumpang mandat orang lain dalam tempoh yang lama. Tun Mahathir misalnya hanya mengambil masa lapan bulan untuk mengadakan pilihanraya yang baru.

4. Perkara paling penting bagi Najib sebelum membubarkan Dewan Rakyat adalah mood sokongan rakyat mestilah beralih pada UMNO/BN. Oleh itu, segala gerak kerja mestilah berorientasikan kepada matlamat tersebut.

5. Ia sedang dilakukan secara sistematik pada masa ini.

6. [Langkah 1] Bermula dengan penyingkiran imej negatif yang membelenggu UMNO/BN. Najib mengumumkan beberapa langkah popular – umpamanya membatalkan arahan pengantungan permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan, kemudian membebaskan tahanan ISA termasuk beberapa orang pemimpin HINDRAF, seterusnya memansuhkan MeCD, kemudian juga menghukum segelintir pengamal politik wang dalam parti. Imej UMNO yang asalnya kelihatan racist, pilih-kasih, korup, tidak demokratik, politik wang dan sebagainya akan beransur-ansur kelabu dan hilang.

7. [Langkah 2] Apabila imej negatif beransur hilang, Najib akan membina pula imej positif. Imej kerajaan yang mendahulukan rakyat, kerajaan yang sentiasa hampir dengan rakyat, kerajaan yang tidak pilih kasih, kerajaan yang bla bla bla.. Semuanya muluk-muluk dan baik-baik sahaja.

8. Kedua-dua langkah itu dipakejkan dalam bentuk 1 Malaysia. Sebenarnya, 1 Malaysia bukanlah prinsip yang mendasari polisi kerajaan. Ia juga bukanlah slogan. Ia hanyalah gula-gula. Gula-gula untuk memikat hati rakyat.

9. Apabila gula-gula 1 Malaysia berjaya memikat rakyat, UMNO/BN akan mula agresif menyerang negeri-negeri yang dikuasai oleh parti lawan [Langkah 3].

10. Perak dirampas melui pintu belakang. Kemudian isu 3R (Pace, Royalty, Religion) diputar sehabis daya. Hasilnya, sokongan orang Melayu semakin condong kepada UMNO sebagaimana hasil tinjauan oleh Merdeka Centre.

11. Selangor juga dipalitkan dengan isu 3R pelbagai isu moral para pemimpinnya. Isu bina kuil, kandang khinzir gergasi, gambar bogel Elizabeth Wong, demonstrasi kepala lembu, arak di 7Eleven, YB Badrul si pemalas, SELCAT dan sebagainya. Hasilnya, sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat mulai goyah sedikit demi sedikit.

13. Kelantan sebagai kubu kuat PAS tidak mampu digoyahkan dengan isu yang sama sebagaimana di Perak atau Selangor. Menyerang batang tubuh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat adalah resepi terbaik bagi UMNO. Maka sekonyong-konyong pelbagai isu yang boleh menjatuhkan Tok Guru diputar sebaiknya. Isu rasuah haji, tuhan mencarut, doa bala, menantu di PMBK dan sebagainya. Walhasil balik asal, rakyat Kelantan tidak banyak terkesan dengan propaganda tersebut. Lebih memeningkan bila anak raja bernama Ku Li mula beralih arah menyokong PAS Kelantan dalam isu royalti minyak.

14. Penat serang Kelantan, UMNO terjah pula Pulau Pinang. Lim Guan Eng pula menjadi sasaran. Isu perarakan Maulidur Rasul yang tak seberapa pun menjadi peluru emas buat UMNO.

15. Sedikit masa lagi, Kedah akan diserang bertubi-tubi. Walaupun imej bersahaja Datuk Seri Azizan dalam menjawab isu-isu di Kedah menyukarkan usaha UMNO, mereka tetap akan menyerang dengan segenap kudrat. Isu air, balak, dan ladang khinzir akan diputar-putar bagi menarik semula undi Melayu yang terpesong kepada pakatan dalam PRU yang lepas.

16. [Langkah 4] Pergolakan parti-parti dalam Pakatan juga akan diperbesar-besarkan seolah-olah Pakatan akan runtuh sedikit masa lagi. Ia belum lagi mengambil kira kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

17. Apabila kebencian rakyat kepada parti lawan sudah memuncak, Najib akan mengumumkan bahawa Dewan Rakyat dibubarkan.Pada waktu itu, segala-galanya telah terlambat bagi Pakatan Rakyat untuk mengubah keputusan PRU 13!

One thought on “Strategi UMNO Sebelum PRU 13

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s