PAS dan Dasar Affirmatif

Di Malaysia, dasar affirmatif dikaitkan dengan dasar-dasar yang condong kepada pembelaan nasib kaum Bumiputera khususnya Melayu. Ia bermula secara jelas melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan di zaman Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak seawal 1970.

DEB, walaupun telah berakhir pada tahun 1990 tetap dilaung-laungkan oleh pemimpin parti UMNO sabagai suatu prinsip yang mendasari polisi kerajaan dalam mengutamakan kaum Melayu khsusnya dalam pengagihan peruntukan kerajaan dan kontrak awam.

PAS sehingga ke saat ini belum lagi membuat pendirian yang jelas dan komprehensif terhadap dasar affirmatif (affirmative action) khususnya yang diamalkan di Negara ini. Kenyataan yang komprehensif hanya dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin PAS tertentu secara individu dan bukannya mewakili parti. Sebagai contoh di dalam suatu forum di Universiti Malaya pada tahun 2009, Datuk Husam Musa pernah membuat kenyataan yang agak jelas mengenai dasar affirmatif. Beliau menyebut:

“Pada pendapat saya, dasar affirmatif tidak salah. Kita harus menolong orang yang miskin. Kita harus menolong sektor yang tertinggal. Kita harus menolong keluarga yang tertindas. Tetapi janganlah bantuan itu berasaskan kaum. Tetapi berasaskan merit mereka, kedudukan mereka samada mereka miskin, mereka tertinggal walau dari kaum manapun mereka. Negara harus membatu mereka.”[1]

Pandangan beliau berupaya meletakkan PAS pada suatu posisi yang paling selamat di dalam polemik isu ini, namun malangnya ia belum boleh dianggap mewakili pendirian parti. Beliau yang sebelum itu adalah Naib Presiden PAS paling kanan walaubagaimanapun telah tewas di dalam pertandingan merebut jawatan timbalan Presiden PAS di dalam Muktamar PAS ke55 pada Julai 2009. Kapasiti sebagai Pengerusi Lajnah Politik belum cukup melayakkan beliau. Kenyataan itu sewajarnya keluar dari mulut Presiden parti selaku individu paling kanan dari segi hierarki parti.

Pimpinan PAS kelihatan terlalu cermat dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan soal ini. Dalam masa yang sama, dasar affirmatif telah dijadikan umpan oleh UMNO bagi menampakkan bahawa mereka benar-benar juara rakyat khususnya kepada orang Melayu.

Oleh kerana terlalu cermat dan berhati-hati, rakyat terbanyak menjadi tertanya-tanya dan keliru tentang apakah sebenarnya pendirian pemimpin parti PAS berkenaan dengan isu ini.


[1] Ucapan Datuk Husam Musa di dalam Forum Wacana Perdana Ekonomi Festival Konvokesyen Universiti Malaya pada 18 Ogos 2009

Petikan Video Berforum Bersama Datuk Husam Musa 2009 (Klik di sini)

2 thoughts on “PAS dan Dasar Affirmatif

  1. Pimpinan PAS kelihatan terlalu cermat dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan soal ini. Dalam masa yang sama, dasar affirmatif telah dijadikan umpan oleh UMNO bagi menampakkan bahawa mereka benar-benar juara rakyat khususnya kepada orang Melayu.

  2. seharusnya apa yang disuarakan oleh Datuk Husam itu menjadi dasar yang dipegang oleh PAS. semangat yang dibawa oleh DEB adalah untuk semua rakyat Malaysia, bukan untuk orang Melayu sahaja.

    DEB bukan hak Melayu. hak-hak Melayu adalah sepertimana yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia. Kenapa orang Melayu tak tuntut balik biasiswa dan tanah rezab?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s