Keluar Parti Bukan Perkara Baru

1. Pada tahun 1951, Yang Dipertua UMNO Datuk Onn Jaafar telah bertindak keluar parti kerana berkecil hati di atas penolakan ahli-ahli UMNO terhadap cadangan beliau untuk membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu. Langkah beliau turut diikuti oleh anakanda beliau Kapten Hussein Onn yang merupakan Setiausaha Agung UMNO pada ketika itu.

2. Pada tahun 1953, Yang DiPertua Agung PAS Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan telah meletakkan jawatan dan mengumumkan penyertaannya beliau ke dalam Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pimpinan Datuk Onn Jaafar. Beliau bertindak sedemikian apabila cadangannya untuk menyokong gagasan National Conference anjuran IMP ditolak oleh ahli-ahli PAS.

3. Selain mereka, ramai lagi pemimpin-pemimpin utama parti politik di Malaysia telah bertindak keluar atau lompat parti.

4. Tindakan keluar atau lompat parti bukanlah suatu yang baru dalam landskap politik Malaysia.

5. Walaupun kehilangan tokoh utamanya Datuk Onn Jaafar, UMNO telah muncul sebagai parti terkuat pada ketika itu di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak.

6. Begitu juga dengan PAS. Penganti Ustaz Fuad, Dr. Abbas Alias walaupun sibuk sebagai pegawai perubatan tetap mampu menjadikan PAS menjadi parti yang lebih tersusun berbanding sebelumnya. Kemudian PAS di bawah pimpinan Dr Burhanuddin Helmy dan Professor Zulkiflee Mohammed telah muncul sebagai parti pembangkang terkuat di Tanah Melayu pada era 60-an. Dalam PRU 1959, PAS mendapat 13 kerusi berbanding satu kerusi pada Pilihanraya Persekutuan Tanah Melayu 1955.

7. Apabila Zahrain dan beberapa kerat pemimpin PKR terlibat melompat atau keluar parti, ramai yang muram dan marah-marah.

8. Mengapa perlu bermuram dan marah-marah? Mereka hanyalah pemimpin kecil yang hanya ibarat ‘melukut di tepian gantang’. Masuk tak bertambah, keluar tak berkurang.

9. Ahli-ahli PKR seharusnya bersyukur kerana ia telah memudahkan parti mereka untuk menjadi lebih bersih dan kuat.

10. Kesimpulannya, tindakan keluar atau lompat parti bukanlah suatu perkara baru dan janggal. Lainlah kalau Anwar Ibrahim yang keluar PKR!

6 thoughts on “Keluar Parti Bukan Perkara Baru

  1. memang keluar masuk parti sudah jadi adat resam politik namun kita kena ingat bahawa adalah tidak molek sekiranya kita keluar tanpa memikirkan keadaan parti ketika itu yang memerlukan sokongan dan dokongan dari ahlinya

  2. Kalau anwar ibrahim keluar PKR, juga tiada apa yang perlu di hairankan. Onn Jaafar juga keluar UMNO, Razaleigh Hamzah juga bubarkan S46 apatah lagi Anwar Ibrahim!🙂

    1. Salam..
      Mmg tida masalah, Sif. Cuma janggal sikit sbb PKR dah sinonim sebagai parti Anwar Ibrahim. Tiba2 dia tubik. Mmg nk kena gelak kat ore la. haha~

    1. Setuju..
      Sdr Weber, yg letak jawatan tu mmg better letak jawatan.
      Walaupun dia diundi sbg individu, tp sy yakin faktor parti adalah faktor utama kemenangan depa..Lagipun siapa la yg kenal dgn nama-nama seperti Zahrain, Fadzli Mohsin dll..

  3. setuju dengan pandanga saudara hasbie..melompat parti bukan perkara baru di dalam areana politik Malaysia. jika kita lihat di era 70 an-80 an dahulu..melompat parti merupakan perkara yang bukan luar biasa. bahkan mereka yang terlibat itu diantara tokoh-tokoh besar di dalam parti tidak terkecuali PAS. contohnya ustaz Othman Abdullah, Datuk Mohammad Nasir (Menteri Besar Kelantan ketika PAS bergabung bersama BN) di mana selepas PAS dipecat dari kompenan BN pada tahun 1978, beliau menubuhkan BERJASA, Tan Sri Asri Muda (bekas presiden PAS yang ketiga) yang menyertai UMNO selepas gagal menubuhkan HAMIN pada tahun 1988 , Dato’ Mohd Nakhaie Haji Ahmad (bekas Naib Presiden PAS) menyertai UMNO pada tahun 1989, beliau juga mengasaskan ABIM dan pengerusi YADIM dan banyak lagi para pimpinan pembangkang pada ketika itu. oleh itu, jikalau kita lihat kepada situasi pada masakini yang mana ahli-ahli pkr yang melompat parti adalah disebabkan kekuatan dasar dan matlamat PKR yang kurang jelas. selain itu, PKR merupakan parti yang menurut pandangan penulis sebagai parti yang baru belajar ‘bertatih’ dan baru hendak mengenal arena politik tanah air. mereka perlukan masa yang agak panjang untuk mengumpulkan kekuatan dan keteguhan seperti mana parti-parti yang boleh di gelar ‘remaja’ yang mampu untuk berlari dan juga berfikir sepertimana PAS dan DAP.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s