Hulu Selangor dan Sibu

1. Kerusi Hulu Selangor dan Sibu masih kosong berikutan kematian penyandangnya, Dr Zainal Abidin Ahmad serta Robert Lau Hoi Chew.

2. Barisan Nasional akan mewakilkan MIC dan SUPP manakala Pakatan Rakyat pula dijangka akan mewakilkan PKR dan DAP di kedua-dua kerusi tersebut. Berdasarkan rekod PRU 2008, kedua-dua kerusi boleh dianggap seimbang dan bakal memperlihatkan persaingan yang sengit.

3. Di Hulu Selangor, PKR dijangka sukar untuk mempertahankan kerusi tersebut melainkan calon yang dipilih benar-benar menepati selera rakyat. Calon yang kuat di kawasan Hulu Selangor adalah calon anak tempatan yang dikenali berjasa kepada penduduk tempatan. Perlu diingat bahawa penyandang Datuk Zainal Abidin Ahmad bukan dipilih berdasarkan parti sebaliknya kerana kekuatan individu itu sendiri.

4. Di Sibu pula, DAP dijangka menghadapi laluan sukar memandangkan undi kaum Cina yang merupakan pengundi majoriti mulai merosot lantaran terpikat kepada agenda 1 Malaysia yang mempromosikan kesamarataan di kalangan rakyat. Undi Iban dan Melanau pula cenderung kepada Barisan Nasional.

5. Kesimpulannya, Pakatan Rakyat dijangka sukar untuk menang di kedua-dua kerusi. Namun keajaiban boleh terjadi kepada sesiapa yang percaya.

5 thoughts on “Hulu Selangor dan Sibu

  1. salam
    saya berpandangan, pada pru 2008, pakatan rakyat telah mendapat undi/sokongan daripada kaum india dan cina.itu antara faktor kemenangan besar pakatan di beberapa kawasan.

    namun setelah ds najib melancarkan 1 malaysia, mood bukan melayu mula beralih sedikit demi sedikit.

    walaupun belum sepenuhnya beralih, tapi ia tetap menyebabkan undi pakatan merosot.undi melayu mmg tak berpihak kpd pakatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s