Yang DiPertua MPMUM

1. Sepanjang 10 tahun dalam dekad pertama era Millenium, MPMUM menyaksikan penguasaan yang agak seimbang antara kelompok mahasiswa yang condong kepada kerajaan (MGMUM – Aspirasi – Penggerak Mahasiswa) dengan kelompok mahasiswa yang kritikal kepada kerajaan (GMUM – Gagasan – Pro Mahasiswa), walaupun seringkali berpencak di atas padang yang tidak sama rata.

2. Setiap kelompok ini memiliki kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Dalam persaingan merebut kerusi MPMUM serta perjuangan mengisi kemenangannya, tiada sesiapa yang boleh mendakwa bahawa perjuangan mereka sempurna. Masing-masing harus mengakui bahawa ada ruang dan lompong yang perlu diperbaiki. Dalam proses belajar dan menimba pengalaman, keterbukaan adalah attitude yang sangat mustahak.

3. Namun perkara paling asas iaitu maruah serta kewibawaan MPMUM mesti dipertahankan. Jangan sesekali persatuan mahasiswa yang punyai legasi sejarah yang cukup panjang ini dirosakkan dengan kewujudan pimpinan yang mentah, tidak matang dan mudah dicucuk hidung. Lebih malang apabila ada pimpinan yang terlibat dengan penyelewangan dan salah guna kuasa.

4. Saban tahun, expectation warga Universiti Malaya termasuk para alumnus terhadap badan induk ini cukup tinggi. Oleh itu, mana-mana Yang DiPertua MPMUM yang gagal  memimpin MPMUM dengan cemerlang akan selama-lamanya dikenang sebagai YDP yang mengotorkan sejarah keramat MPMUM.

5. Tidak semua manusia mampu menjadi pemimpin yang baik. Ada yang lebih sesuai menjadi penasihat dan ada yang lebih layak menjadi pengikut.

6. Sebelum terlambat, undurlah diri secara terhormat.

5 thoughts on “Yang DiPertua MPMUM

  1. erm..knapa tdk dberikan peluang dan sokongan dahulu..apa yang tidak betul tegurlah..nasihat menasihati sesama saudara muslim.sekadar pandangan =)

    1. Salam.
      saya sentiasa menyokong adik2 dan teman2 tanpa mengira kelompok.
      tapi kadang-kadang kita pun boleh tahu had dan upaya seseorang.

      mudah-mudahan diberikan kekuatan oleh Allah.

  2. salam..mgkn terkeluar topik..sya merupakan lepsan matk jurusan sains hayat.,,,namun inhgin mgikuti jurusan ekonomi..mgkn disbbkan saya x tahu mmemilh kursus @ tercilap x tahu la..dlm bidangn sains rasa mcm ssh bwk sdgkan saya studi bsungguh2,,adakah pluang pegi amik eco..pluang kerja?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s