Tangisan Seorang Sahabat

1. Sekali lagi bulan Jun menjadi bulan dukacita bagi rakyat khususnya penyokong dan pendokong gerakan Islam di Malaysia.

2. Pada 23 Jun, lapan tahun yang lalu, Presiden PAS Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Nor menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semalam, 15 Jun, mantan Timbalan Presiden PAS Allahyarham Ustaz Hassan Shukri pula yang pergi meninggalkan kita.

3. Tangisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi merakamkan kenangan separuh abad berjuang bersama-sama sahabatnya itu. Sahabat yang bukan sembarangan pendokong. Dialah khutub khanah PAS, dialah perlembagaan bernyawa PAS, dialah pentadbir parti paling zuhud dan bijaksana, dialah ahli paling setia dan dialah penyumbang parti paling bersungguh.

4. Ustaz Hassan Shukri adalah pemimpin PAS yang berpeluang melalui zaman kepimpinan hampir kesemua Yang DiPertua/Presiden PAS. Beliau telah menjadi pemimpin kanan parti seawal zaman kepimpinan Ustaz Asri Muda, kemudian Ustaz Yusuf Abdullah Ar Rawa , Ustaz Fadzil Nor dan terakhir Ustaz Abdul Hadi Awang.

5. Melalui pelbagai zaman turun naik perjuangan, adakalanya PAS berdepan dengan pelbagai krisis dalam parti. Bergelut dengan ahli-ahli yang kemudiannya menjadi pisau dalam lipatan. Berhadapan dengan parti lawan yang mengamalkan prinsip Machiavellian, dan pelbagai lagi mehnah dalam perjuangan. Ia bukanlah semudah yang disangka.

6. Ada beberapa krisis dalaman parti yang telah menyebabkan beberapa kepimpinan utama meninggalkan parti kerana tidak puas hati.

7. Benar, ada seribu alasan untuk tidak berpuas hati. Tetapi, Ustaz Hassan Shukri memilih untuk mengutamakan parti. Beliau yakin bahawa inilah wadah yang bukan hanya mampu memimpin beliau di dunia malahan juga menunjukkan jalannya di akhirat.

8. Hari ini, semakin sukar untuk bertemu dengan ahli parti sebaik beliau.

9. Parti politik bukanlah tempat untuk kita berfikir siang dan malam bagaimana mahu naik dan diangkat tinggi. Bukan bagaimana mahu ditonjolkan dan dianggap wira dalam masyarakat. Bukan bagaimana mahu menjadi senang dan kaya dengan menggunakan jalan belakang. Bukan bagaimana untuk dipandang cemerlang, gemilang dan terbilang.

10. Tetapi parti politik adalah ruang untuk menyumbang budi dan jasa dengan kadar yang paling banyak.

11. Memikirkan tentang himpunan budi sebagai bekalan kita di hari esok.

Kredit
Gambar : Topeng Perak
Tajuk asal : Blog Hafizan Mazuki

2 thoughts on “Tangisan Seorang Sahabat

  1. Pemergiannya yang sejurus sahaja selepas pejuang-penjuang agama berhari raya, bagaikan membawa petanda:

    1. Allah mahu segala bicara dan janji setia di pentas PUTIK itu tidak segera hilang di balik letih. Ready, Fire, Aim! Ramai orang sudah bersedia dan meletak arah untuk menembak, tapi masih belum melepaskan tembak.

    Maka lebih baik tembak, andai tersasar, aim kembali, dan tembak!

    2. Allah mahu insan yang banyak berjasa ini diraikan beramai-ramai pada hari akhirnya.

    Melihat gambar-gambar sepanjang pengebumian Almarhum, pelbagai jenis orang datang. Termasuk orang yang tak sangka-sangka akan turut menyokong perjuangan yang diwajahkan terlalu buruk oleh media.

    Maka saya terfikir, kenapa agaknya orang yang menggayakan hidup secara tidak Islami, masih memilih parti ini? Pada saya :

    1. Rata-rata rakyat nampak apa yang dilakukan kerajaan pada mereka. Hatta mat pit sekali pun, andai buka mata akan nampak segala-galanya

    2. Ada kemungkinan mereka tidak menyokong, tapi oleh kerana akhlaq pejuang Islam, dan kerana parti inilah yang benar-benar mengiktiraf ulama, maka sedikit sebanyak fitrah mereka terpikat.

    Dan inilah yang sebenar-benarnya dakwah, membawa mereka kembali ke fitrah.

    Benarlah, Baginda terlalu benar. Akhlaq itu adalah kuncinya

    Moga semua pejuang agama sentiasa menang dalam akhlaq. Semoga Allah meredhai pemergian Almarhum dan barisan pejuang-pejuang yang lalu.

  2. tidak sempat bersama menyokong perjuangan arwah ustaz fadzil noor…. ana baru darjah satu ketika tu…sekarang da berusia 22 tahun…inshaallah ana akan sentiasa menyokong perjuangan Islam..sentiasa sokong mana2 pihak yang nak akan Islam…. inshaallah boleh,,,,,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s