Ekonomi Malaysia masih milik asing?

1. Malaysia adalah sebuah negara membangun. Salah satu sifat negara membangun adalah kebergantungan yang tinggi pada pelaburan langsung asing (FDI).

2. FDI yang datang ke negara ini mampu merancakkan aktiviti ekonomi domestik dengan pembinaan kilang-kilang industri yang berupaya membangunkan sesuatu kawasan, penggunaan tenaga buruh yang ramai serta pulangan cukai yang tinggi kepada negara. Memang diakui, banyak manfaat yang dibawa ke negara yang dikunjungi FDI.

3. Namun FDI juga membawa bersama kesan yang tidak baik. Ekonomi yang terlalu bergantung kepada FDI adalah ekonomi yang dinikmati oleh warga asing.

4. Pada tahun 2008, jumlah pegangan hak milik modal saham syarikat berhad oleh warga asing di malaysia adalah sebanyak RM220,530.8 juta bersamaan 37.9 peratus dari jumlah keseluruhan. Manakala individu Bumiputera hanya menguasai RM109,982.6 juta bersamaan 18.9 peratus. Peratusan hak milik modal saham oleh warga asing sebenarnya meningkat jika dilihat dalam tempoh 2004 hingga 2008, era pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

5. Kita boleh bersetuju dengan pandangan Tun Mahathir berkenaan FDI. Memang FDI mencipta banyak peluang pekerjaan dalam negara kita, namun peluang pekerjaan ‘low pay jobs’ sebenarnya banyak dilakukan oleh pekerja asing. Wang yang dibayar akan kembali ke negara asal pekerja asing tersebut.  Dari sudut manfaat penciptaan kerja, ia sudah boleh mulai dipertikaikan.

6. Dari sudut pembinaan kilang pula, pelabur asing masing ragu-ragu untuk membangunkan kawasan-kawasan industri yang jauh daripada Lembah Kelang, Johor dan Pulau Pinang. Negeri selain daripada tiga tempat ini meraih nilai pelaburan yang rendah. Penumpuan industri di kawasan yang telah maju adalah amat tidak baik untuk kualiti hidup rakyat. Kesesakan lalulintas, kepadatan penduduk serta peningkatan kadar jenayah yang tinggi khususnya angkara warga asing.

7. Benar, perkara ini telah cuba diatasi melalui pelancaran beberapa koridor era Tun Abdullah. Namun, jumlah pelaburan yang diterima oleh koridor ECER, NCER dan SCORE amatlah menyedihkan. Di ECER misalnya, walaupun sasaran pelaburan adalah sebanyak RM20 billion namun jumlah pelaburan sebenar yang berjaya diraih hanyalah sebanyak RM2.06 billion.

8. FDI membawa manfaat dan keburukannya sendiri. Kerajaan mesti memikirkan secara teliti bagaimana untuk meningkatkan manfaat dan mengurangkan mudharat daripada FDI yang singgah di negara kita.

9. Yang pasti, nilai 37.9 peratus nilai hak milik ekuiti warga asing bukanlah suatu data yang boleh menyenyakkan tidur malam rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s