Perpaduan Melayu?

1. Saya bersetuju dengan Khairy Jamaluddin. UMNO sudah benar-benar terdesak untuk bersatu dengan PAS. Headline Utusan tempohari telah menjelaskan segala-galanya.

2. Kita tahu bahawa kesatuan PAS – DAP – PKR adalah malapetaka besar buat UMNO/BN. Satu-satunya cara untuk memisahkan pakatan tiga parti ini adalah dengan menarik keluar PAS dari Pakatan Rakyat. Sekiranya berjaya, PRU 13 terjamin milik mereka.

3. Untuk mencantikkan usaha ini, agenda ‘Perpaduan Melayu’ dicanang-canangkan.

4. Perpaduan Melayu kononnya menjadi asas utama untuk membela Melayu. Tetapi benarkah UMNO bela Melayu?

5. Adakah tindakan menarik royalti petroleum milik Terengganu, sebuah negeri majoriti Melayu yang jatuh ke tangan pembangkang pada tahun 1999 boleh dianggap sebagai membela Melayu? (Saya tidak dapat membayangkan bagaimana cadangan bodoh Dato’ Haji Awang Jabar , Ketua Bahagian UMNO Dungun waktu itu boleh diterima pucuk pimpinan UMNO khususnya Dr Mahathir Mohamad yang pernah dilabel ultra-Melayu)

6. Apakah tindakan menghentikan bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat boleh dianggap bela Melayu?

7. Apakah tindakan menutup MRSM-YT di Dungun dan Besut semata-mata terletak dalam negeri pembangkang boleh dianggap bela Melayu?

8. Apakah tindakan menafikan hak royalti minyak Kelantan juga dianggap bela Melayu?

7. Ada banyak tindakan UMNO yang menjadi bukti bahawa parti itu bukanlah sebuah parti yang benar-benar membela Melayu. Ramai yang sedar perkara ini namun masih keberatan untuk menolak UMNO.

8. Ramai rakyat Malaysia masih keberatan untuk menolak parti Melayu itu kerana terkenangkan pembangunan Malaysia selama 53 tahun ini. Rakyat senang hati kerana Malaysia hari ini bukanlah sebuah negara miskin seperti Bangladesh atau seteruk Myammar. Sebab itu, masih ramai yang merasa terhutang budi kepada UMNO.

9. Sebenarnya, negara ini tidak dibangunkan oleh UMNO. Hanya segelintir sahaja ahli (dibaca pemimpin) mereka yang menduduki kerusi eksekutif pemberi arahan. Selebihnya adalah ahli perniagaan jadian yang menunggu projek-projek kerajaan untuk ditelan.

10. Hakikatnya, negara ini dibangunkan oleh kakitangan-kakitangan kerajaan yang bertungkus-lumus melaksanakan arahan. Tugas memberi arahan bukanlah suatu yang sukar jika dibandingkan dengan tugas melaksanakan arahan. Sebab itu janganlah bimbang sangat jika kerajaan bertukar tangan. Janganlah terlalu memandang rendah pada 1.3 juta kakitangan awam kita yang cekap dan berkebolehan. Mereka ini sesetengahnya jauh lebih cerdik daripada kebanyakan Pak-Pak Menteri kita.

11. Menukar kerajaan hanyalah bermaksud menukar beberapa orang manusia yang menjawat jawatan Menteri ataupun Timbalan Menteri. Ia bukanlah susah sangat.

12. Kita perlu membuat suatu keputusan yang tekal demi masa depan anak-cucu kita. Keruntuhan sesebuah bangsa bukan diukur pada nilai FDI yang diterima ataupun jumlah KDNK perkapita setiap tahun. Namun ia jelas terlihat apabila moral dan akhlak masyarakat berada pada tahap yang menyedihkan. Isu anak luar nikah, buang bayi, pelacuran berleluasa, judi, arak dan sebagainya jelas menakutkan.

13. Isu moral inilah isu yang sebenar-benarnya isu.

14. Manakala isu Perpaduan Melayu; hanyalah isu yang direkayasa oleh segelintir ahli politik yang sayangkan kerusi dan kuasa semata-mata.

One thought on “Perpaduan Melayu?

  1. Mengapa segelintir masyarakat kita begitu melenting dan memandang sinis apabila diperkatakan dengan kerajaan peraduan?adakah mereka mengetahui definasi dan konsep kerajaan perpaduan yang “sebenar”?ataupun mereka hanya mengetahui kerajaan perpaduan membawa kemudaratan besar kepada PR khususnya PAS tanpa menilai dan menganalisis baik dan buruknya?ataupun mereka hanya tahu taksud kepada statement/ulasan pemimpin atasan sahaja?walhal,di dalam kepimpinan parti PAS terdapat 2 kelompok pemimpin yang bersetuju dan sebaliknya…maka dari sini kita dapati kerajaan perpaduan haruslah dinilai semula dari pelbagai aspek demi kemaslahatan kita bersama khusus umat Islam di Malaysia.

    Tidak dinafikan sejarah silam lampau yang terjadi pada tahun 1978 menjadi salah satu punca PAS lebih berhati-hati untuk menerima pelawaan UMNO untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bersama. Peristiwa ini terjadi apabila Kelantan telah dirampas oleh UMNO ketika mana PAS turut berada setaraf bersama MIC,MCA,Gerakan dan SUPP iaitu duduk sebumbung dan semeja di bawah payung berjenama BN (Kerajaan Perpaduan). Dinilai dan dicongak pada tika itu sudah hampir 4 tahun PAS bersama BN bermula pada 1 Jun 1974.

    Tetapi sayangnya ramai dikalangan masyarakat kini dan ahli-ahli parti yang aktif berpolitik tidak mengetahui mahupun seakan melupakan sejarah lalu berkenaan “Kerajaan Campuran”(KC) yang berlaku pada 1 Januari 1973. Sesetengah orang tidak dapat membezakan diantara Kerajaan Perpaduan dengan Kerajaan Campuran yang diterajui oleh Ustaz Abu Bakar Hamzah pada tika itu. Walaupun pada zahirnya mempunyai persamaan tetapi pada konsepnya amat berbeza. Jika dilihat pada aspek kesamaratan kuasa, KC lebih memihak kepada PAS yang mana ketika itu gabungan antara Perikatan(UMNO, MIC, MCA) dengan PAS. Kesamarataan taraf ketika di dalam Kerajaan Campuran boleh di lihat di dalam keanggotaan Badan Penyelaras yang terdiri daripada 12 orang anggota, 6 anggota terdiri daripada Perikatan dan 6 anggota terdiri daripada PAS. Perikatan mewakili beberapa buah parti manakala PAS hanya sebuah parti sahaja. Ini menunjukkan PAS bukan tunduk kepada Perikatan dan juga bukan ahli Perikatan. Manakala ketika penggabungan di dalam BN, PAS turut bergabung dan duduk satu rumah bersama parti-parti di dalam kompenan BN.

    Pada pendapat penulis kerajaan campuran pada tahun 1973 boleh dijadikan role model kepada PAS untuk bersatu dengan UMNO tetapi dengan bersyarat yang mana syarat itu menguntungkan kedua pihak amnya dan khususnya rakyat Malaysia…wallaualam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s