Benarkah Mahasiswa Tidak Matang?

1. Saya kecewa apabila mantan Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah menyifatkan mahasiswa Malaysia sebagai tidak matang. Lebih kecewa apabila melihat respon mahasiswa terhadap kenyataan itu. Diam tanpa bantahan yang keras di atas penghinaan yang dahsyat itu.

2. Saya tidak pasti apa definisi matang menurut Ibrahim Abu Shah. Adakah dengan memiliki beberapa buah banglo besar dan kereta mewah serta mampu menabur wang kepada para pengikut untuk memenangi sebarang jawatan parti baru layak dianggap matang?

3. Ataupun perlu bermisai tebal sepertinya baru boleh dianggap matang?

4. Walau apapun tafsiran beliau tentang tahap kematangan mahasiswa, kenyataan itu tetap keterlaluan dan menghina anak bangsa sendiri. Ibrahim Abu Shah secara sedar telah merumuskan bahawa anak-anak bangsa Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di peringkat yang tinggi (IPT) sebagai tidak matang dan tidak layak lagi berpolitik. Suatu rumusan yang tragis dan memilukan.

5. Mahasiswa khususnya yang mengaku aktivis perlu memandang serius penghinaan ini.

6. Petang semalam, kabinet telah bermesyuarat membincangkan tentang cadangan agar mahasiswa dibenarkan berpolitik. Keputusannya status quo. Mahasiswa tetap terlarang untuk terlibat dengan politik. Secara tersiratnya, kabinet turut mengakui bahawa mahasiswa masih tidak matang!

7. Untuk suatu tempoh yang sangat lama, mahasiswa di Malaysia telah dikhianati kerana dinafikan hak untuk membesar secara fitrah sebagaimana mahasiswa-mahasiswa di luar negara. Kewujudan AUKU adalah hantu yang akan terus membelenggu.

8. Saya tidak berminat pada persoalan boleh berpolitik atau tidak. Saya juga tidak berminat untuk berhujah tentang mengapa AUKU perlu dimansuhkan. (Ia telah banyak dihujahkan. Sudah berkajang pandangan diluahkan)

9. Tetapi isu yang paling mustahak adalah pandangan golongan dewasa terhadap golongan mahasiswa perlu diperbetulkan. Golongan dewasa telah dan sedang melihat mahasiswa sebagai sekelompok manusia yang mentah dan perlu dikekang daripada banyak perkara. Tidak boleh berpolitik, perlu mendapatkan tandatangan pentadbiran untuk berwacana, perlu itu dan perlu ini. Segala-galanya diatur seolah-olah mahasiswa golongan cacat yang tidak mampu membuat keputusan terbaik untuk diri mereka.

10. Walaupun peraturan adalah perlu dalam beberapa perkara, namun kekangan terhadap mahasiswa di Malaysia adalah keterlaluan dan melampau. Orang muda di Malaysia pada hari ini tidak berpeluang untuk menjadi policy maker sebagaimana teman seusia mereka di negara maju umpamanya Jhon Thyler Hammons, Datuk Bandar US yang dipilih pada usia lewat belasan tahun. Sam Juhl, Datuk Bandar Roland pula lebih muda daripada Jhon Tyler Hammons. Beliau menjadi Datuk Bandar pada usia 18 tahun (lahir pada 1987). Mereka punyai ruang yang luas untuk berperanan membangunkan negara.

11. Selagi mana kita menganggap bahawa mahasiswa sebagai kelompok yang tidak matang, selagi itulah kita akan melayan mereka dengan layanan yang salah. Untuk suatu jangka masa yang panjang, kita sebenarnya sedang membina sebuah masa depan yang kelam kerana orang muda khususnya mahasiswa tidak diberikan ruang yang cukup untuk menjadi orang dewasa secara fitrah dan sempurna.

12. Telah lama wacana dan rencana mengupas tentang isu ini. Namun dalam tempoh yang lama, tiada perubahan berlaku.

13. Saya yakin bahawa ahli politik (UMNO-BN) sedar bahawa layanan mereka terhadap mahasiswa pada hari ini adalah tidak wajar dan menyalahi fitrah, namun mereka tidak mahu menggunakan banyak masa untuk berhadapan dengan satu lagi pressure group yang kuat. Mereka tidak mahu desakan mahasiswa 1969 terhadap Tunku berulang lagi.

14. Saya berharap agar ada perubahan dilakukan dalam dekad ini.

15. Kita mungkin kecewa tentang hal ini. Namun suatu masa nanti, kita akan merasa berdosa yang amat sangat kepada generasi hari esok jika tiada apa mampu kita lakukan.

9 thoughts on “Benarkah Mahasiswa Tidak Matang?

  1. setuju dengan ni sebie.. kerajaan memandang mahasiswa macam kanak-kanak yang baru belajar berjalan. Sedangkan di luar negara mahasiswa yang bergerak aktif dalam politik. Sepatutnya buah fikiran mahasiswa kena di ambil tahu sebab pemikiran orang muda dan orang “lama” ada lah berbeza. Sekadar pandangan je. Kalau salah silap, minta maaf.

    1. itu lah masalahnya mie.
      budak u dilayan macam skolah menengah.
      budak skolah menengan dilayan macam budak skolah rendah.

      aduhai~

  2. bekas pemimpin belajar, sila konsisten utk membantu perubahan negara di based masing2. moga semua dapat kenalpasti dimana saudara2 sekalian dpt membantu. sedikti sebanyak usaha itu akan melebarkan sayap kemenangan. supaya apa yang berlaku dpt kita ubah ke arah lebih baik…

    1. Setuju dgn Mat jang.
      kita tak tahu bila akan dijemput malaikat Izrail.
      so, selagi berdenyut nadi, berbaktilah seoptimum mungkin.
      dengan apa jua cara.
      kerana esok belum pasti tiba.

  3. Saya ada menulis tentang mahasiswa berpolitik dalam blog saya. Sila berkunjung ke blog saya. Saya memang berminat berkongsi pendapat dengan generasi saudara. Baca juga komen saya terhadap kenyataan Chua Soi Lek, tidak sependapat bukan bererti musuh.

    1. Salam.
      terima kasih atas kunjungan Tuan.
      saya seronok membaca kupasan tuan ttg isu Soi Lek.
      perbezaan hujah membolehkan kita memahami isu dgn lebih baik.
      t kasih

  4. perjuangan untuk mendapatkan kehormatan bagi mahasiswa akan sentiasa terus diperjuangkan hanya Allah yang tahu sama ada kami menang atau kami gugur dalam perjuangan ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s