Matawang Syariah: Konflik Baru Kelantan dan Pusat?

1. Semalam (12 Ogos), Kelantan telah melancarkan matawang syariah berupa Dinar Emas Kelantan dan Dirham Perak Kelantan. Ia diwujudkan berfungsi sebagai alat simpanan nilai, medium pertukaran, mas kahwin, pembayaran zakat dan urusan perniagaan.

2. Timbalan Menteri Kewangan (yang juga merupakan mantan calon Menteri Besar Kelantan pada PRU 12 yang lepas), Datuk Dr. Awang Adek Hussein kemudiannya menyelar tindakan tersebut kerana bercanggah dengan peraturan pusat. Beliau mengancam untuk mengkaji tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap kerajaan negeri Kelantan.

3. Dalam akta Bank Negara Malaysia 2009, pada seksyen 62 memang jelas menyatakan bahawa;

(1) Bank hendaklah menjadi pihak berkuasa tunggal untuk mengeluarkan mata wang kertas dan syiling di Malaysia dan wang kertas dan syiling itu hanya boleh dicetak atau ditempa oleh atau di bawah kuasa Bank.

(2) Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri, pihak berkuasa awam, institusi kewangan, institusi atau orang lain tidak boleh mengeluarkan, mencetak, menempa atau memberi kuasa untuk mencetak atau menempa mata wang atau apa-apa dokumen atau token yang boleh dibayar kepada pembawa atas tuntutan yang merupakan token dokumen, yang pada pendapat Bank, berkemungkinan dikatakan sebagai sah diperlakukan.

4. Pagi tadi, Datuk Husam Musa yang juga exco kanan negeri Kelantan menafikan bahawa Dinar dan Dirham Kelantan akan digunakan sebagai matawang. Tetapi menurutnya, ia sememangnya boleh dianggap matawang dari sudut syariah.

5. Awang Adek memang mempunyai alasan yang kukuh untuk menyelar tindakan kerajaan Kelantan itu. Tetapi sebagai seorang Islam yang sedar tentang kepentingan untuk memartabatkan semula emas sebagai elemen penting dalam sistem kewangan Islam, beliau sepatutnya memilih untuk berunding dan berlapang dada. Bukankah Tun Mahathir juga komited memperjuangkan emas sebagai matawang?

6. Awang Adek perlu memilih samada untuk berjiwa negarawan (statesman) atau opportunist. Ia memanglah isu yang besar jika mahu dijadikan modal untuk mencipta krisis. Tetapi adakah ia baik untuk rakyat khususnya umat Islam di negara ini?

7. Saya berdoa mudah-mudahan Awang Adek mencontohi Ku Li dalam pertimbangan sebegini.

5 thoughts on “Matawang Syariah: Konflik Baru Kelantan dan Pusat?

  1. Jika kes di bawa ke mahkamah sekalipun, kerajaan persekutuan belum tentu menang kes ini kerana sekiranya terbukti tiada sebarang urusan jual beli yang melibatkan dinar emas sebagai mata wang oleh kerajaan negeri, maka, kerajaan negeri tetap ada hak.
    Walaubagaimanapun, dlm isu ini, kerajaan negeri perlu ada alasan yang kukuh utk menjadikannya sebagai satu kaedah baru memartabatkan ekonomi ummah.

    1. Salam,
      Ana tgh cari tafsiran undang-undang bagi definisi ‘matawang’.
      sbb dinar emas n dirham perak kelantan x leh berfungsi sbg simpanan nilai sbb nilai dia boleh turun atau naik, macam harga timun cina (tembikai), tahun ni mungkin 5/kg tahun depan mungkin naik 6/kg.

      sama jgk mcm emas.

      kalu matawang (duit), nilai dia tak berubah. kalu seringgit tahun lepas, maka 10 tahun akan dtg pun ia seringgit juga, nilai x berubah. yg berubah cuma nilai benar (yg disebabkan oleh inflasi/IHP).

      menarik bncg isu ni. tggu komen kawan2 dr jurusan undang2 pulak.

  2. sudah menjadi kebiasaan apabila pihak PR cuba melaksanakan sesuatu yang baru UMNO/BN akan cuba menghalang dengan mengeluarkan kenyataan pedas dan bersifat jahat. tiada ruang untuk perundingan bagi kedua2 belah pihak.

  3. from what i and you guys know, this idea first invented by tun dr. mahathir; second by kelantanese government recently.

    for those who know… during his tenure, the dinar trade almost become reality between few islamic countries such as Iran. unfortunately, since bank negara lead by tan sri zeti did not agree with tun’s idea, it did not materialize.

    today, the idea was picked up by husam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s