Kekuatan Mahasiswa Malaysia

1. Pada masa ini, sejuta orang pelajar sedang menuntut di menara gading dalam negara. Dengan andaian bahawa jumlah pelajar asing adalah kecil dan angkanya tidak bererti (signifikan), 1 juta pelajar IPT daripada 28 juta rakyat adalah angka yang besar dan bererti.

2. Seramai 478,221 orang sedang bergelar mahasiswa peringkat Ijazah Sarjana Muda. Jumlah ini adalah sangat bermakna jika digembleng dengan sebaiknya.

3. Menggembleng kekuatan mahasiswa pada hari tidak sama dengan menggembleng kekuatan mahasiswa pada masa lampau. Sekitar tahun 1960-an, jumlah mahasiswa hanya sekitar 5 hingga 7 ribu sahaja. Kebanyakkannya tertumpu di kampus Universiti Malaya. Maka, orientasi aktivisme aksi banyak mendominasi penggemblengan kekuatan mahasiswa ketika itu. Kerana mereka adalah ‘cream of the society’, maka sebarang aksi mereka akan diteropong oleh masyarakat yang majoritinya masih berpendidikan rendah.

4. Pada masa ini, keadaan telah banyak berubah. Mahasiswa sudah tidak lagi menjadi entiti yang diiktiraf sebagai satu ‘pressure group’ oleh masyarakat. Ini diburukkan apabila mahasiswa masih mengunakan method aktivisme yang lama untuk berperanan kepada masyarakat.

5. Untuk kembali berpengaruh, mahasiswa perlu kembali aktif dan bergiat cergas dalam persatuan-persatuan mahasiswa peringkat nasional misalnya GAMIS dan PKPIM. Jika 10% daripada 0.5 juta mahasiswa peringkat Sarjana Muda terlibat dengan pertubuhan mahasiswa peringkat nasional, ia sudah mampu meletakkan mahasiswa sebagai entiti berpengaruh dalam masyarakat. Pada masa ini, majoriti mahasiswa hanya gemar terlibat dengan pertubuhan mahasiswa peringkat universiti, kolej kediaman dan fakulti semata-mata.

6. Bilakan sasaran ini boleh tercapai?

One thought on “Kekuatan Mahasiswa Malaysia

  1. Menarik.
    1. Orientasi perjuangan berasaskan demonstrasi dan budaya extremism kini sudah di anggap lapuk. maka, orientasi baru berasaskan aktivisme terpimpin perlu di wujudkan. Cth : kaedah berpersatuan tidak boleh lagi tertumpu kepada hanya 2 atau 3 buah universiti sahaja, malah mesti merangkumi IPTA dan IPTS dan haruslah bersifat holistik.

    2. Kaedah yang di gunakan mestilah kreatif. Wacana biasa, Seminar pemikiran dgn tajuk yg umum, Syarahan umum, Diskusi, Bicara Siswa bagi ana tidak lagi relevan dalam konteks Malaysia sbg negara 37 terbaik dunia. Cth : Menggunaan daya inovasi negara sbg alat oleh mahasiswa utk membuka mata masyarakat.

    3. Competitiveness : persaingan dari mahasiswa luar negara. Jumlah yang semakin meningkat ini menjadikan mahasiswa tempatan seolah2 “second class” di mata masyarakat biasa. Justeru, program berimpak tinggi mesti di gerakkan supaya mahasiswa tempatan akan lebih berdaya saing. cth : Rekaan/Inovasi bertaraf dunia atau Jurnal dan Penerbitan bertaraf ISI.

    sekadar pandangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s