Buang Bayi dan Merdeka

1. Ramadhan dan Hari Kemerdekaan pada kali ini adalah ruang yang sesuai untuk kita bermuhasabah dengan jujur dan ikhlas tentang keadaan umat Islam di negara kita.

2. Isu buang bayi adalah sangat menggerunkan. Ia bukan sekadar masalah sosial semata-mata sebaliknya suatu masalah negara yang mesti dipandang serius. Kegagalan menangani masalah ini umpama membiarkan negara kita diruntuhkan daripada dalam. Kemerdekaan akan semakin tidak bererti. Kita bebas tapi belum tentu bermaruah.

3. Buang bayi bukanlah isu kecil. Ia mencerminkan tahap moraliti remaja kita. Ia mencerminkan sebagaimana mudahnya perlakuan zina berlaku secara berleluasa dalam masyarakat kita. Ia mencerminkan bagaimana mudahnya maruah dan kehormatan anak-anak gadis bangsa kita diragut oleh teman-teman sendiri.

4. Semua ini memerlukan respons dan peranan masyarakat secara meluas. Melihat dengan sepi fenomena ini akan membawa kita ke arah sebuah masyarakat yang ‘kalis rasa’ pada masalah sebegini. Lama-kelamaan, ia sudah tidak lagi dianggap sebagai isu atau masalah.

5. Melahirkan kegusaran, menimbulkan kebimbangan, memikirkan langkah dan kaedah mengatasi, mengambil tindakan wajar dan membanteras secara bersungguh-sungguh adalah antara tindakan yang perlu digerakkan di semua peringkat. Apa jua cadangan selagi tidak bertentangan dengan agama tidak boleh diperlekeh. Ia perlu dikaji dan dinilai dengan cermat.

6. Malam ini sambutan kemerdekaan akan diadakan di banyak tempat. Golongan remaja dan anak muda adalah antara peserta yang akan memeriahkan sambutan pada malam ini.

7. Saya berdoa agar pasangan remaja tidak menggunakan malam ini untuk melakukan perbuatan zina yang telah dikeji berulang kali oleh Allah dan Rasulullah.

8. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-53.

2 thoughts on “Buang Bayi dan Merdeka

  1. salam akhi..
    alhamdulillah syukur pdnya hingga saat ini masih diberi peluang nikmat iman dan islam.cuma ana terpanggil untuk berkongsi sedikit.Teringat pada 1 artikel,kita kecilkanlah masalah2 remeh yang kita hadapi sehari2..besar2kanlah masalah umat hari ini.Contohnya,para sahabat kecil2 kan masalah hendak terasa hati atau salah faham kalangan kawan2.suami isteri kecilkanlah masalah rasa tak puas hati dan hal rumah tangga yang remeh temeh.besarkanlah masalah umat hari ini untuk difikirkan cara penyelesaian bersama.ia bukan hanya masalah kepada jabatan agama islam,bukan masalah ustaz ustazah..tapi ia masalah umat islam.Memerdekakanlah pemikiran kita dari memikirkan perkara2 yang kurang membawa manfaat kepada diri kita.
    wallahu’alam..

    1. Salam
      Setuju. Kita tak boleh biarkan isu remeh melengahkan/membuang masa kita utk fokus kpd isu2 besar.

      Misalnya dlm bab membaca Al-Quran, org kita seolah-olah mempercayai bahawa belajar tajwid adalah lebih penting drp memahami dan mendalami Al Quran. Ibarat percaya bahawa belajar ttg tayar kereta lebih mustahak drp belajar memandu. =)

      Marilah kita sama-sama perbetulkan kekeliruan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s