1. Belanjawan 2011 telah dibentangkan oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak pada bulan lepas. Pelbagai pujian dilambungkan dan tidak kurang juga kritikan bernas dibuat bagi memperbaiki belanjawan yang telah dibentangkan.
2. Pada kali ini antara isu yang berbangkit adalah Menara Warisan PNB, dana RM111 untuk Permata, ketiadaan peruntukan untuk pembangunan projek ECER dan SDC, ketiadaan bonus untuk kakitangan awam dan pelbagai lagi.
3. Rentetan daripada belanjawan itu, Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) turut dikritik hebat kerana merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai Hub Hiburan Malam. Dalam dokumen RMK-10 pula, hutang negara yang semakin meningkat turut menjadi sasaran kritikan rakyat. Dianggarkan bahawa pada tahun 2015, hutang negara adalah sebanyak setengah trillion.
4. Namun di sebalik kritikan terhadap negara, angka peratus hutang isi rumah sebanyak 76.6 peratus daripada KDNK kemudiannya membuatkan rakyat pula yang terpukul. Angka itu melebihi hutang negara semasa.
5. Hutang isi rumah adalah hutang yang ditanggung oleh rakyat mencakupi hutang rumah dan hartanah (50 peratus), pinjaman kereta (27 peratus), pinjaman peribadi (8.9 peratus) dan hutang kad kredit (6.3 peratus). Angka ini perlu dipandang serius oleh semua isi rumah di Malaysia. Sebagai rakyat, kita juga memainkan peranan besar dalam memastikan kesihatan ekonomi kita terjaga.
6. Kita boleh menyalahkan kerajaan dalam banyak perkara, namun apa yang mampu kita (rakyat) dilakukan hanyalah sekadar bersuara menyatakan pandangan.
7. Apa yang lebih penting adalah apa yang perlu kita mainkan sebagai salah satu pemain dalam ekonomi.Adakah kita punyai Belanjawan peribadi?
8. Adakah kita berbelanja berdasarkan kemampuan? Adakah peratus hutang kita lebih daripada separuh jumlah pendapatan? Adakah kita sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang mendatang? Adakah kewangan boleh menampung perbelanjaan untuk tempoh setahun akan datang?
9. Banyak persoalan yang dibangkitkan ini kemudiannya memberikan jawapan yang tidak sedap didengari.
10. Saya ada memulakan ucapan saya dalam forum Sembang Kopi-O di Universiti Malaya beberapa minggu lepas dengan menyebut “Setiap negara, organisasi dan individu yang normal mempunyai belanjawan masing-masing. Hanya negara, organisasi dan individu yang tidak normal sahaja yang berbelanja tanpa sebarang perancangan”.
11. Adakah anda individu normal?
Ya,saya individu normal…
Abe Ma,
Ye ke ada belanjawan?
Ingat mcm takde?
haha~