Galaslah Ku Li

1. Tahniah Umno/BN kerana menang besar di Galas dan Batu Sapi. Beberapa PRK mutakhir ini nampaknya menyebelahi mereka.

2. Ku Li wajar dipuji lebat kerana berjaya merampas DUN Galas daripada parti pemerintah negeri Kelantan, PAS. Ternyata strategi meletakkan Ku Li sebagai pengarah pilihanraya membawa impak positif yang maksimum kepada Umno.

3. Walaupun Ku Li berjaya merampas Galas dengan majoriti yang meningkat, jasa itu tetap tidak akan mengubah nasib Ku Li dalam partinya sendiri, Umno. Ku Li tetap terpinggir dan tidak mahu digalas oleh pemimpin parti sendiri.

4. Ku Li hebat tapi di dalam Umno beliau merempat.

5. Ku Li cerdik tapi di dalam Umno beliau diherdik.

6. Ku Li tokoh tapi dalam Umno beliau hanya duduk tercokoh.

7. Ku Li berdarah istana tapi dalam Umno beliau merana.

8. Siapa yang tidak kagum dengan arkitek ekonomi negara ini. Penubuhan Petronas, Pernas (kini PNB), Bank Bumiputera, hubungan diplomatik Malaysia- China adalah antara buah tangan beliau yang sangat dihargai. Ku Li menjadi tulang belakang kepimpinan Umno seawal era Tun Abdul Razak lagi. Tun Hussein Onn pula pernah berhasrat untuk melantik Ku Li sebagai Perdana Menteri menggantikannya.

9. Malangnya sewaktu beliau menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno pada tahun 2000,2004 dan 2009, tiada bahagian Umno yang sudi mencalonkannya melainkan bahagian Umno Gua Musang. Ahli-ahli Umno melayan Ku Li umpama pendatang tanpa izin yang merempat di negara orang. Ahli-ahli Umno hanya membiarkan Ku Li terkial-kial menagih simpati untuk dicalonkan.

10. Pada malam tadi, ahli-ahli dan para pemimpin Umno bersorak riang kerana menang di Galas. Mereka gembira kerana Galas akhirnya berjaya digalas. Mereka gembira kerana Umno semakin diterima di hati rakyat.

11. Namun kebanyakkan daripada mereka tidak sedar bahawa ada satu jiwa yang masih tetap berduka. Ada hati yang masih merintih sepi. Hati seorang negarawan yang perjuangannya tidak lagi mahu digalas ahli parti sendiri.

12. Galaslah Ku Li selagi nadinya masih berdenyut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s