PKR Tipu Jumlah Ahli?

1. Saya jarang bersetuju dengan portal Umno (baru), Agendadaily. Namun pendedahan berkenaan jumlah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedikit sebanyak boleh diterima dan dikaji dengan lebih mendalam. Klik di sini.

2. PKR mendakwa punyai ahli seramai 400,000 orang. Namun jumlah peratusan yang keluar mengundi dalam Pemilihan PKR mutakhir ini amat-amat mengejutkan. Rata-rata yang keluar mengundi adalah sekitar 4 hingga 11 peratus sahaja. Ia jauh lebih rendah daripada peratusan undi dalam mana-mana pilihanraya di Malaysia.

3. Ahli-ahli PKR kebanyakkannya bukan dari spesies manusia apolitical. Mereka peka dan celik terhadap perkembangan politik. Jika tidak, mana mungkin mereka akan memilih parti pembangkang yang sedang diserang hebat oleh media-media arus perdana. Mereka sudah tentu punyai kesedaran politik yang tinggi.

4. Pemilihan PKR yang melibatkan semua ahli di seluruh negara seolah-olah ‘perangkap makan tuan’ untuk PKR. Selain daripada pelbagai dakwaan penyelewengan dan manipulasi undi, PKR juga terdedah kepada pembongkaran jumlah sebenar ahli partinya.

5. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution perlu jujur dalam hal ini. Jika benar keahlian partinya hampir setengah juta, sila buktikan.

6. PKR tidak boleh berterusan menjadi parti yang bergantung pada kekuatan jentera PAS dan DAP. Sepanjang penglibatan saya dalam kempen-kempen pilihanraya, majoriti daripada jentera Pakatan Rakyat adalah daripada parti PAS. Manakala DAP di kawasan-kawasan yang agak ramai pengundi Cina.

7. PKR hanya bergantung pada barisan hadapan pimpinan partinya khususnya DSAI.

8. Sebenarnya ramai yang hairan apabila apabila PKR kelihatan begitu mudah untuk menamakan (kini memilih) ketua-ketua Cabangnya dari kalangan ahli-ahli parti yang masih muda. Ketua cabang dari kalangan wanita juga agak ramai. Kebiasaannya dalam sebuah parti yang besar, persaingan untuk jawatan-jawatan tertinggi adalah sangat tinggi. PKR bukanlah parti nyamuk seperti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) ataupun PPP.

9. PKR mestilah agresif menarik keahlian di setiap bahagian bagi memastikan survival partinya akan dapat diteruskan walaupun tanpa DSAI pada masa hadapan.

10. PKR juga mestilah jujur pada rakan gabungannya dalam Pakatan Rakyat jika tidak mahu dikhianati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s