1. Tanda-tanda bahawa PRU13 semakin hampir sedang kelihatan. Beberapa tindakan DS Najib Razak serta Umno/BN mutakhir ini memberikan isyarat bahawa PRU 13 mungkin akan diadakan dalam separuh tahun pertama 2011. Penggantian DS Samy Vellu adalah isyarat kubra (besar) selain isyarat-isyarat sughra (kecil) yang lain.
2. Kemungkinan pada bulan Mac ataupun Mei.
3. Pada masa ini, para blogger Umno/BN kelihatan sudah bersedia. Cybertrooper upahan mereka juga sedang ghairah menyusun langkah. Blog, laman web serta FB/twitter sedang digunakan sehabis penjuru untuk memperlihatkan bahawa Umno/BN sedang memiliki mood rakyat.
4. Malangnya pada masa yang sama, para blogger/cybertrooper PAS pula sedang bercakaran sesama sendiri tentang beberapa isu remeh. Umpamanya isu UG (kerajaan perpaduan) dan kepimpinan ulama’.
5. Kritikan dalam terhadap parti dan pucuk pimpinan juga masih berleluasa. Rahsia parti pula sedang diselak kepada khalayak.
6. Para blogger/cybertrooper itu lupa bahawa tindakan sedemikian membawa impak yang cukup besar kepada keyakinan rakyat terhadap parti PAS. Di saat pucuk pimpinan merangka strategi untuk mengembalikan pengaruh di kalangan masyarakat Melayu-Islam, para blogger/cybertrooper itu memilih untuk berkelahi sesama sendiri.
7. Saya teringat nasihat Allahyarham Ustaz Fadzil Nor “Kita perlu tahu bila masanya untuk bersatu, dan bila masanya untuk berkelahi”.