Muhyiddin yang mengecewakan bapanya

1. Saya tidak pasti apa perasaan Allahyarham Tuan Guru Mohd Yassin Muhammad (gambar) jika beliau masih hidup dan mendengar ucapan anakandanya berkenaan negara Islam.

2. Kenyataan TS Muhyiddin Yassin semalam benar-benar mengejutkan. Sebelum ini saya masih punyai sedikit harapan pada beliau. Sekurang-kurangnya, Muhyiddin atas sifat sebagai anak seorang ulama’ tersohor tidak akan membuat kenyataan atau melakukan apa-apa tindakan yang boleh merugikan Islam.

3. Tetapi kenyataan beliau di PRK Tenang telah menghancurkan segala harapan yang masih bersisa. Dalam sidang media selepas penamaan calon dalam pilihan raya DUN Tenang, Muhyiddin berkata ” Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka… Itu (membentuk negara Islam) masih ada. Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina,”

4. Saya tidak pasti apa yang Muhyiddin faham tentang negara Islam.

5. Saya tidak pasti apa yang Muhyiddin faham tentang negara yang di dalamnya memperjuangkan wujudnya sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah. (Fasal 5.1 Perlembagaan PAS)

6. Saya juga tidak pasti sejauh mana keadaan aqidah Muhyiddin selepas mengucapkan perkataan sedemikian.

7. Al Fatihah buat Allahyarham Tuan Guru Mohd Yassin Muhammad.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s