Maktabah Ash-Sharif, Masjid Bulat PJ

1. Masjid adalah pusat kecemerlangan Ummah. Ia bukan sekadar tempat ibadat atau tempat untuk menjalankan ritual-ritual keagamaan sebaliknya tempat untuk orang islam berkumpul, bersatu dan menjana kekuatan.

2. Jika difikirkan, ada hikmah dan maksud tertentu apabila Allah mensyariatkan solat Jumaat di masjid kepada semua umat Islam (lelaki).

3. Adakah sekadar untuk berkumpul, mendengar khutbah/kuliah, bersolat dan pulang?

4. Lebih malang apabila khutbah yang disampaikan tidak mampu menjana kesedaran. Pada masa ini, ramai khatib memilih untuk membaca khutbah dan bukannya berkhutbah. Hasilnya, orang yang mendengar hanya sekadar mendengar dan tidak ramai yang mendapat hikmah. Umpama masuk ke telinga dan bukan ke hati.

5. Sepanjang pemerhatian saya samada sewaktu berkunjung ke masjid ataupun bertugas selama 16 bulan sebagai pengurus yayasan sebuah masjid di PJ, masjid masih menjadi sebuah tempat yang membosankan dan skema. Selain bersolat, kita tidak ada banyak pilihan perkara untuk dilakukan di masjid. Masjid pada masa ini masih gagal untuk menarik golongan remaja dan golongan dewasa yang belum pencen.

6. Walaubagaimanapun, sudah wujud beberapa masjid yang kreatif dan inovatif dalam menarik orang awam. Idea-idea ini perlu dikongsi dan dilaksanakan di masjid-masjid yang lain.

7. Alhamdulillah, pagi tadi sempurnalah Majlis Pelancaran Maktabah Ash-Sharif di Masjid Tun Abdul Aziz (MTAA/Masjid Bulat) , Petaling Jaya. Majlis dirasmikan oleh Prof Madya Syed Ghazali Wafa selaku Timbalan Nazir MTAA merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Semesta.

8. Selain menempatkan buku-buku pelbagai bidang ilmu, Maktabah Ash Sharif juga menyediakan ruang untuk slot tayangan bahan-bahan yang bermanfaat. Beberapa puluh VCD/DVD dakwah dan dokumentari menarik ditempatkan untuk mengisi ruang masa senggang di Masjid Bulat. Antaranya dokumentari Harun Yahya, debat Allahyarham Ahmad Deedat, panduan ibadah, dan pelbagai lagi.

9. Semoga kita sama-sama dapat memanfaatkannya.

One thought on “Maktabah Ash-Sharif, Masjid Bulat PJ

  1. The ” Tun Abdul Aziz Mosque ”
    in Petaling Jaya (PJ) district,
    should SERIOUSLY consider,
    to stop playing
    Qur’anic recitation MP3’s,
    on the loud-speaker system
    (for approximately a quarter of an hour;
    by 4 times a day),
    prior to the Call to Prayer (‘ Aadhan ‘).

    Just do a Quick Search, on the Internet,
    about the Mosque,
    & the following search items
    will appear :

    ” masjid bulat pj bising ”
    ” tun abdul aziz mosque is noisy ”
    ” masjid tun abdul aziz bising ”
    ” masjid tun abdul aziz pj bising ”
    ” masjid bulat bising ”

    – – –

    [Q # 1] What special ‘ authority ‘ do they
    ( ‘ the management ‘ ) think they have,
    to force every man, woman & child
    (regard-less of creed),
    to listen to Qur’anic recitation,
    coming from their own mouths ?

    [Q # 2] Shouldn’t Qur’anic recitation
    be an act of worship
    by an individual Muslim;
    & not a source of public ‘ nuisance ‘
    to the surrounding communities ?

    – – –

    Numerous Qur’anic verses &
    Prophetic narrations can be found,
    reminding the Muslims,
    against un-justly treatments
    to his / her neighbors.

    Please, stop depriving Us,
    of Our in-disputable rights,
    to enjoy some peace & tranquility,
    in the comfort, & luxury
    of Our OWN homes.

    Just a ” soft reminder ” to You.

    Sincerely,

    – Thy Dis-concerted Neighbor ·

    .
    .
    .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s