DUN Kerdau medan penentuan kelapan PAS

1. ADUN Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kasim dilaporkan meninggal dunia pada jam 6.30 petang tadi. Al Fatihah dan takziah diucapkan buat ahli keluarga beliau.

2. DUN Kerdau adalah salah satu DUN di bawah Parlimen Kuala Krau, Pahang. Pada PRU 2008, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kasim mengalahkan calon PAS Hasanuddin Salim dengan majoriti 1615 undi. Allahyarham mendapat 4135 undi berbanding Hasanuddin 2520 undi. Jumlah pengundi pada tahun 2008 adalah 8451 orang sahaja.

3. Oleh kerana Pakatan Rakyat menetapkan calon PRK berasaskan status quo, maka kerusi Kerdau akan ditandingi oleh PAS selaku wakil Pakatan Rakyat. Tuan Ibrahim Tuan Man yang merupakan Yang DiPertua PAS Kuala Krau dijangka akan menjadi pengarah pilihanraya DUN tersebut sesudah PRK Merlimau.

4. Berdasarkan rekod PRU yang lepas, PAS telah bertanding di 6 kerusi iaitu Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Manek Urai, Permatang Pasir, Galas dan Tenang. PAS menang di 4 kerusi terawal dan tewas di 2 kerusi terakhir yang ditandingi. Trend sokongan Melayu dilihat semakin kembali condong kepada UMNO.

5. Merlimau dan Kerdau adalah medan yang sangat penting buat PAS.

6. PAS hanya punyai dua pilihan sebelum PRU ke13 berlangsung. Samada menang atau tewas dengan majoriti berkurangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s