Kempen ‘PAS ganti Umno’ retorik?

1. PAS menyedari undi Melayu mulai kembali kepada Umno, hasil propaganda berterusan media milik kerajaan dalam menakut-nakutkan kaum Melayu dengan isu 3R (Royal, Race, Religion).

2. Menghadapi media Umno (TV3, RTM, Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo dan segala macam media arus perdana) bukan semudah yang disangka. Tambah memburukkan keadaan, minat rakyat terhadap media baru seperti blog, Twitter dan Facebook kian pudar.

3. Beberapa program dan kempen diadakan PAS untuk meraih kembali sokongan Melayu. Antaranya kempen ‘PAS ganti Umno’.

4. Saya optimis kempen ini boleh membawa impak yang besar. Namun beberapa aspek perlu diperbaiki. Antaranya pada medium hebahan atau ‘pemasaran’ yang paling luas digunakan iaitu ‘banner’.

5. Saya sempat meninjau banner-banner yang dipasang di sepanjang jalan Terengganu. Banner ‘PAS ganti Umno’ itu menampilkan gambar 4 orang pemimpin utama iaitu Presiden, Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am dan Pesuruhjaya negeri.

6. Apabila kita menawarkan jaminan bahawa PAS mampu menggantikan Umno, aspek-aspek tumpuan perlu diberikan keutamaan pada sebarang medium pemasaran kita. Apakah aspek tumpuan pada masa ini?

7. Wajah pemimpin utama bukan aspek tumpuan. Logo bulan besar-besar pun bukan tumpuan.

8. Sepintas lalu, rakyat mahu tahu apa tawaran PAS apabila beria-ria benar untuk menggantikan Umno. Rakyat mahu tahu apa rancangan besar PAS untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat di bawah pemerintahan Umno. Rakyat mahu tahu apa pelan PAS untuk memperbanyakkan peluang pekerjaan, mengatasi inflasi, mempertingkatkan tahap keselamatan dalam negeri dan pelbagai lagi. Rakyat mahu tahu adakah PAS benar-benar lebih baik daripada Umno.

9. Maka, apabila wajah para pimpinan utama yang menjadi latar belakang banner kempen ini, apa yang rakyat nampak lebihnya PAS berbanding Umno hanyalah pada ramai pemimpin utamanya yang bergelar ulama’. Tiada lebih.

10. PAS perlu memasarkan dengan berkesan produknya. Soal siapa ‘CEO’ atau ‘chairmain’nya bukanlah suatu yang penting dalam soal pemasaran.

11. Tekankan apa kelebihan PAS berbanding pesaingnya.

One thought on “Kempen ‘PAS ganti Umno’ retorik?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s