Jangan melampau

1. Saya kurang selesa dengan beberapa ucapan para pemimpin PAS yang terlalu keras dalam menghukum Umno. Terbaru ucapan seorang pemimpin pemuda di Perak yang menyelar sikap ‘bias’ Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dalam beberapa isu yang berbangkit. Antaranya isu ‘Ancak’, ‘UG’ dan beberapa lagi.

2. Pemimpin tersebut menyebut bahawa TS Harussani tidak berani untuk komen isu ‘Wang Judi’ di Pulau Pinang kerana dia sendiri dibayar oleh kerajaan Perak menggunakan ‘wang pelacur’. Katanya wang kerajaan negeri Perak adalah bercampur antara sumber halal dan haram. Oleh kerana itu, TS Harussani hanya mendiamkan diri.

3. Banyak lagi kecaman yang keras-keras dilakukannya terhadap TS Harussani.

4. Saya fikir kita wajar memilih sifat bersederhana dalam setiap perkara yang kita lakukan, termasuk berpolitik. Kecenderungan menghukum, melabel, memaki-hamun dan mengecam keras lawan politik kita adalah tindakan yang sudah tidak boleh diterima pada hari ini.

5. Ahli-ahli dan para pimpinan seharusnya mengambil iktibar di atas keceluparan bekas-bekas pemidato berapi PAS yang melampau seperti Ustaz Mustafa Taib, Ustaz Noor Deris, Ustaz Nakhaei Ahmad, Ustaz Wan Ismail Machang dan beberapa lagi nama. Sewaktu dalam PAS, kesemua mereka kuat memaki hamun Umno malahan mengkafirkan ahli-ahli Umno.

6. Hari ini mereka semua berada dalam Umno. Umpama meludah ke langit.

7. Apabila kita terlalu mudah menghamburkan kata-kata terhadap parti lawan, ahli-ahli yang lain samada pada zaman ini ataupun generasi hadapan terpaksa membayar harga yang mahal untuk menjawab kembali isu-isu ini.

8. Pilihlah jalan wasatiyyah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s