Masa membuat tuntutan

1. Undi kaum Cina telah menyelamatkan Umno/BN dalam pilihanraya umum 1999. Waktu itu, orang Melayu mengundi PAS secara besar-besaran namun PAS/Barisan Alternatif gagal menguasai kerusi Dewan Rakyat kerana undi Cina mutlak milik Barisan Nasional. Buat pertama kalinya DAP termasuk Lim Kit Siang tersungkur teruk.

2. Kemudian Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (SUQIU) muncul sebagai ketumbukan suara kaum cina dan membuat 83 tuntutan penting kepada kerajaan BN.

3. Kerajaan terpaksa akur dengan beberapa tuntutan SUQIU kerana ‘terhutang budi’ dengan undi kaum Cina yang memenangkan mereka. Antara tuntutan yang diterima adalah penghapusan sistem kuota dan digantikan dengan sistem meritokrasi.

4. Kerajaan boleh sahaja mengabaikan tuntutan-tuntutan itu, tetapi mereka mungkin terpaksa membayar dengan kekalahan dalam piliharaya penggal seterusnya.

5. Pada masa ini, harapan kembali cerah untuk orang muda dan mahasiswa yang seringkali dipinggirkan di Malaysia. Kemenangan Pro-Mahasiswa (yang seringkali dilabelkan sebagai anti-establishment) di banyak kampus utama menyebabkan pimpinan utama kerajaan mulai tidak senang duduk di Putrajaya. Kemenangan Pro-M membawa isyarat merah kepada mereka dalam carta analisis kecenderungan pengundi muda.

6. Kuasa tawar-menawar orang muda dan mahasiswa agak mahal pada masa ini. Bercakaplah apa sahaja dan suara anda akan didengari. Tuntutlah apa sahaja dan tuntutan anda akan dipertimbangkan.

7. Masa emas ini tidak akan datang selalu. Isu pengangguran, PTPTN, AUKU, harga kereta yang mahal di Malaysia, yuran universiti, kebebasan berpersatuan, kebebasan bersuara dan pelbagai lagi isu-isu yang belum selesai.

8. Benar, kerajaan boleh sahaja untuk tidak melayan tuntutan-tuntutan anak muda dan mahasiswa, tetapi mereka pasti membayar harga yang mahal dalam PRU-13 nanti!

2 thoughts on “Masa membuat tuntutan

  1. pd pndpt sy, mahasiswa yg mngundi pro-m dlm PRK ini tmasuk sy xsmstnya akan mngundi pakatan rakyat dlm PRU-13 nnt. PRK dan PRU perlu dilihat dlm konteks bbeza. rmai mngundi pro-m di kampus kerana tidak bpuas hati dgn penyelewengan yg dilakukan pihak HEP selama ini seperti sekatan utk calon pro-m berkempen. tetapi di luar situasinya mgkn bbeza. dtmbh pula prestasi pakatan rakyat yg tidak mmuaskan setakat ini..tempoh 2 tahun sblm penggal ini berakhir akan mnjadi penentu..

    1. saya lihat ia sebagai kemenangan kelompok muda, bukannya kemenangan pakatan rakyat. saya sebutkan soal bargaining power org muda & mahasiswa.. bukannya pakatan rakyat.. namun, jika suara dan tuntutan org muda/mahasiswa tidak dipenuhi, undi mungkin akan beralih dr barisan nasional kepada pakatan atau calon2 bebas yg bertanding..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s