Merotan anak

1. Orang Melayu zaman sekarang sudah tidak ramai yang merotan anak-anak yang melakukan kesalahan. Takut cedera katanya.

2. Anak-anak Melayu makin hari makin lemah, lembik dan manja. Lebih teruk, semakin malas.

3. Saya masih percaya bahawa rotan ada peranan besar dalam membina tamadun Melayu. Zaman ayah dan nenek moyang kita dulu dididik dengan ketegasan termasuk dirotan jika gagal dalam peperiksaan atau melakukan kesalahan.

4. Zaman sekarang, guru disiplin jentik sikit dah sampai ke tahap saman-menyaman.

5. Terlalu memanjakan anak bermakna merosakkannya. Anda bersetuju?

Sumber gambar: Ihsan Kazim

2 thoughts on “Merotan anak

  1. salam..

    sy punye seorang guru.. beliau merupakan guru disiplin di sek men sy dulu..

    masa aidilfitri yg lalu sy menziarahi beliau.. beliau bercakap agak lama tntang perihal ini,

    walaupon beliau seorang guru, beliau tak boleh berbuat apa dan sekadar mengikut kehendak kmterian..

    dan akhirnya guru sy ni, mghntar sebatang rotan dan surat ke sekolah-sekolah anak-anaknya. surat memberi kebenaran untuk merotan sekiranya anak-anaknya ade berbuat kesalahan di sekolah..

    He is a teacher who know what is the best method to build a good student. jadi saya juga, jika punya anak satu hari nanti pasti akan berbuat demikian.

    kerana sangat bersetuju, memanjakan itu akan membawa kepada ”merosakkan”…

    waallahualam~

    1. Setuju
      Mmg tepat tindakan guru tersebut.
      Memang dia tahu apa yg terbaik.

      Peringkat sekolah adalah masa kritikal utk bentuk peribadi seseorg. Kalau yg degil/malas/nakal tidak dirotan, lama-kelamaan dia akan makin menjadi-jadi sikap itu. Bila dh jd buluh, buat apa pun dah tak leh ubah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s