Husam wajar bertanding Naib Presiden

1. Saya bukanlah pengkagum tegar YB Husam Musa. Namun keupayaan beliau selaku pemain utama politik nasional wajar diberikan tempat yang strategik dalam parti.

2. Pada tahun 2003, beliau diiktiraf oleh Malaysiakini sebagai Newsmaker of the year. Peranan berkesan beliau sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian penggal 1999-2004 telah membantu meletakkan PAS sebagai pembangkang utama penggal tersebut.

3. Populariti beliau yang memuncak sewaktu dipilih penjawat Naib Presiden PAS 2005-2009 benar-benar menggusarkan Umno samada di Kelantan mahupun pusat.

4. Malangnya, langkah politik beliau seakan terhenti seketika apabila tewas dalam pertandingan Timbalan Presiden sewaktu AGM 2009. Peranan sebagai AJK PAS tidak membekalkan beliau kapasiti yang cukup untuk menjadi jurucakap parti dalam isu-isu nasional. Tanpa berniat memperkecilkan keberkesanan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden dan Setiausaha Agung yang ada, kehadiran beliau pada kedudukan utama diyakini mampu memperkasakan lagi kepimpinan utama PAS.

5. Pada kali ini, beliau layak untuk bertanding Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS. Namun, kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini membayangkan untuk tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden.

6. Bukanlah jawatan Timbalan Presiden atau Presiden menjadi keutamaan bagi tokoh-tokoh yang berjuang dalam parti Islam seperti PAS. Namun, bagi tokoh yang punyai keupayaan sebagai figure utama parti, kedudukan yang strategik dan penting banyak memberikan ruang yang luas untuk membantu mengukuhkan parti.

7. Selain kedua-dua jawatan tersebut, Naib Presiden dan Setiausaha Agung juga adalah posisi berpengaruh.

8. Pejuang Islam diajar untuk tidak mengejar jawatan. Namun menawarkan diri untuk berperanan yang lebih besar adalah amat digalakkan bagi mereka yang punyai keupayaan.

9. Saya mencadangkan agar YB Husam Musa menerima pencalonan untuk bertanding Naib Presiden PAS penggal 2011-2013.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s