1. Tindakan menjenamakan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan adalah tindakan yang tepat dan kena pada masanya. Selagi Fasal 5 Perlembagaan PAS masih kekal, apa nama sekalipun yang diguna tidak akan menimbulkan masalah kepada PAS. Yang akan bermasalah hanya Umno, Utusan dan Perkasa.
2. Menawarkan Negara Berkebajikan kepada 28,541,832 orang rakyat Malaysia pada masa negara dibelenggu kegawatan ekonomi dan agihan kekayaaan yang tidak seimbang adalah wajar dipuji. PAS sudah melangkah ke hadapan dalam menampilkan manifesto yang lebih berjejak dan selari dengan keperluan rakyat.
3. Masa semakin suntuk. Maka PAS perlu segera menerbitkan blueprint Negara Berkebajikan yang ingin dilaksanakan itu. Tawaran semasa PRU12 dahulu perlu diperkemaskan semua agar lebih terkini dan menyeluruh.
4. Saya yakin penekanan akan dibuat dalam membersihkan ekonomi daripada riba. Rakyat tertunggu-tunggu apa polisi PAS mengenai perbankan Islam serta sistem kewangan Islam. Apa polisi PAS dalam soal pembiayaan rakyat khususnya dalam pembelian kereta dan rumah. Semakin ketat atau longgar peraturannya?
5. Juga soal pendidikan. Adakah PAS mahu terus idealis apabila mahu menawarkan biasiswa kepada semua mahasiswa? Adakah PTPTN akan diubah kepada biasiswa? Dari mana sumber untuk peruntukan yang banyak itu? Juga bagaimana penerapan pendidikan Rabbani yang diimpikan PAS?
6. Soal Akta Gaji Minimum, FTA, GST, dasar perlindungan industri automotif negara serta royalti 5% petroleum antara isu yang menjadi perhatian. Dalam Buku Jingga, royalti 5% akan dinaikkan kepada 20% tetapi hanya melibatkan Sabah dan Sarawak.
7. Apapun, pelbagai persoalan sedang berlegar-legar di benak kebanyakan rakyat. Ramai mahu tahu apa program dan projek PAS dalam menawarkan Negara Berkebajikan ini.
8. Yang pasti, PAS tidak akan meniru kaedah ‘Negara Berkebajikan’ Umno yang pernah melaksanakan Loteri Kebajikan.
Banyak persoalan menarik.Harap,dapat jumpa di himpunan profesional di kediaman menteri besar selangor, 11 ogos,insyaAllah. Salam ukhuwah.