Usah dicaci pengemis yang meminta

Seringkali kita berhadapan dengan pengemis yang meminta sedekah. Samada di kedai makan, tangga masjid, pintu masuk bank, pasar malam serta pelbagai lagi tempat yang biasa dikunjungi orang awam. Seringkali juga kita prejudis terhadap kelompok ini. Ramai di kalangan kita beranggapan bahawa golongan ini adalah pemalas, penipu ataupun dihantar oleh sindiket peminta sedekah.

Pelbagai andaian-andaian itu akhirnya menyebabkan kita tidak bersedekah kepada mereka.

Memang tidak dinafikan bahawa ada segelintir daripada pengemis ini diatur oleh sindiket. Kebiasaannya mereka ini bergerak dalam keadaan yang lebih tersusun serta menggunakan ‘modal’ yang berulang-ulang untuk menarik simpati. Bagi kes sebegini, dicadangkan agar kita tidak memberikan sumbangan dalam bentuk tunai sebaliknya mengajaknya makan atau membelikannya makanan.

Ada di kalangan peminta sedekah ini bertubuh sihat malahan sasa. Secara logiknya, mereka boleh berkerja tetapi mengapa memilih untuk meminta-minta?

Dalam kes sebegini, elok kita memilih untuk bersangka baik. Ada yang sihat fizikalnya tetapi mentalnya bermasalah atau intelektualnya agak rendah sehingga tidak diberikan peluang untuk berkerja. Golongan sebegini buntu untuk melakukan kerja sehingga memilih untuk meminta belas ihsan orang lain. Terpulanglah kepada kita bagaimana untuk membantu golongan sebegini.

Apa yang penting, jangan sesekali kita mengherdik golongan peminta sedekah. Jika kita tidak mahu membantu, cukuplah dengan menolaknya dengan baik. Ini bersesuaian dengan firman Allah;

(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. [Al-Baqarah : 263]

Kita harus menyedari bahawa dalam rezeki yang kita perolehi, di dalamnya terkandung hak orang-orang miskin samada orang miskin yang meminta atau pun yang tidak meminta. Ini bersesuaian dengan firman Allah;

Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta). [Al Dzaariyaat: 19]

Memang kebanyakan orang miskin malu untuk meminta-minta, tetapi ada juga yang sudah terlalu buntu ataupun sudah tidak mampu bertahan sehingga terpaksa keluar mengharapkan belas ihsan orang lain.

Apabila selesai bersedekah, usahlah kita mengungkit-ungkit sedekah yang kita berikan kerana ia akan menyakiti si penerima. Bersesuaian dengan firman Allah;

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti. [QS al-Baqarah : 264]

Selain bertujuan menyucikan harta serta bekalan di akhirat nanti, amalan bersedekah juga mampu menyucikan hati si pemberinya.

Marilah kita memurnikan budaya bersedekah dan mudah-mudahan amalan kita diterima oleh Allah.

3 thoughts on “Usah dicaci pengemis yang meminta

  1. Salam.
    ana setuju pkongsian tentang ini.malah ramai yang mula mempertikaikan kenapa peminta sedakah yang sihat walafiat boleh meminta sedekah.
    Pkongsian dari seorg ustaz yg begitu berbekas iaitu peminta sedekah yg datang pada kita bukanlah suatu kebetulan.
    Bak kata ustaz, “kalau peminta sedekah xmai kat kita, takpun kalau kita tak dihulurkan tabung kat majlis ceramah mana2,belum tentu kita nak pi sedekah walau kat tabung masjid”.
    nice sharing sheikh..

    1. W’salam.
      Kita mesti ubah pandangan kepada golongan lemah sebegini. Selain itu, ramai yg keliru samada bagi derma elok sembunyi-sembunyi atau terang-terangan. Dalam quran dua-dua digalakkan asalkan niat dijaga dr riak. Yg sembunyi mudah jaga hati, yg terang2 kemungkinan mahu ajak org lain juga tiru kebaikan itu.

      Apapun, syukran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s