Ulasan Bajet 2012

1. Saya mengikuti dengan tekun pembentangan Bajet 2012 yang disampaikan oleh Menteri Kewangan 1 merangkap Perdana Menteri petang semalam.

2. Seawal Dato’ Sri Najib Razak memasuki Dewan Rakyat, saya teruja melihat warna baju melayu beliau dan timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin yang serupa. Seakan signal bahawa mereka bersatu hati, sekaligus menafikan dakwaan bahawa mereka sedang bertelingkah. Geliga juga Najib jika beliau memang berniat begitu.

3. Pada hemat saya, bajet kali ini sangat berbeza berbanding dengan sebelumnya. Beberapa tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat telah diumumkan oleh beliau. Juga beberapa polisi yang berbau ‘Negara Berkebajikan PAS’ juga telah diumumkan dengan begitu baik oleh Najib.

4. Pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah dan menengah, elaun RM100 untuk pelajar, voucer buku RM200, bantuan one off RM500 untuk isirumah berpendapatan bawah RM3000 sebulan adalah suatu yang layak dipuji.

5. Walaubagaimanapun, bajet kali ini juga tidak terlepas daripada kritikan.

6. Antaranya, kenaikan gaji di sektor awam hanya bagi manfaat 10% gunatenaga (awam) di Malaysia, sebaliknya bawa mudharat kepada 90% guna tenaga (swasta). Harga barang akan terus meningkat kerana duit bertambah dalam pasaran sedangkan penawaran tidak banyak bertambah.

7. Pemberian tunai dan sebarang bantuan secara one off bukanlah amalan seorang ayah atau suami yang baik. Kata kawan saya, ia mirip tunai yang dihulur pelanggan kepada pelacur yang dinikmatinya semalaman. Bantuan one off (sekali bagi) sebagaimana diumumkan semalam tidak melibatkan komitmen kewangan yang tinggi oleh kerajaan kerana bukan dibuat secara berterusan samada bulanan atau tahunan. Jadi jelas ia umpan pilihanraya. Apapun, daripada langsung tiada lebih elok ada.

8. Pengumuman bonus setengah bulan gaji pada Disember nanti untuk kakitangan awam juga agak aneh kerana ia bukanlah intipati Bajet 2012 sebaliknya ia menggunakan peruntukan dalam tahun 2011. Walaupun bukanlah kesalahan untuk mengumumkannya pada sebarang masa, namun tindakan populis sebegini boleh mengelirukan rakyat.

9. Apapun, pada keseluruhannya saya gembira dengan Bajet 2012 yang diumumkan.

10. Oh ya, kerajaan wajar mengiktiraf peranan pembangkang di negara ini kerana Buku Jingga Pakatan Rakyat dan gagasan Negara Berkebajikan PAS banyak memberikan kesan dan mempengaruhi Bajet 2012.

11. Jangan terus berlagak sombong, bimbang rakyat meluat.

3 thoughts on “Ulasan Bajet 2012

  1. saya bersetuju dgn anda tentang kehebatan bajet 2012 ini tetapi tuan cuba lihat peruntukan kpd sek. kebangsaan,sjk cina,sjk tamil dan sek. mubaligh yg diumum dgn penuh bergaya oleh pm.kita tak kesah pun.buah pengetahuan tuan sekolah mubaligh tu untuk mengajar ajaran kristian,yg menjadi masalah saya kenapa tiada peruntukan untuk sekolah agama rakyat?pm kita ni orang berugama apa?macamana pm kita cuba menghalang perkembangan pembelajaran islam?tuan tolong jelaskan,mungkin saya keliru!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s