Budaya ‘mark-up’ dan Laporan Ketua Audit Negara 2010

1. Laporan Ketua Audit Negara 2010 akhirnya diedarkan kepada umum walaupun setelah hampir sebulan Belanjawan 2012 dibentangkan. Amalan kebiasaan, ia diedar sebelum Bajet 2012 dibentangkan bagi memberikan maklumat kepada rakyat tentang ketelusan dan kecekapan kerajaan dalam menguruskan peruntukan terdahulu.

2. Apapun, tahniah kepada Ketua Audit Negara dan kakitangan pejabat beliau yang telah menyediakan suatu laporan audit yang cukup telus dan komprehensif.

3. Saya hanya sempat meneliti sepintas lalu kerana keterbatasan waktu yang ada. Namun intipati laporan ini menampakkan masalah yang sama terus berlaku berulang-kali.

4. Antaranya adalah budaya ‘mark-up’ dalam pejabat-pejabat agensi kerajaan. MARA yang pernah menggemparkan negara dalam laporan Katua Audit Negara 2008 yang lalu masih melakukan kesalahan yang sama. Dulu dua buah laptop dibeli dengan harga RM84,640. Kini, seunit ketuhar dibeli pada harga RM1,200 sedangkan harga pasaran hanya RM419 sahaja. Hal ini juga dikesan berlaku dalam jabatan-jabatan kerajaan serta agensi kerajaan yang lain.

5. Salah satu punca utama Allah menghancurkan penduduk Madyan (kaum Nabi Syuaib) adalah kerana mereka menipu dalam perniagaan iaitu mengurangi timbangan dan sukatan. Dalam konteks zaman moden kini, ia mirip budaya ‘mark-up’ pada sebut harga yang berleluasa di agensi kerajaan mahupun swasta.

6. ‘Mark-up’ adalah tindakan salah guna kuasa yan dilakukan oleh pegawai yang mewakili sesebuah agensi untuk mendapatkan sebut-harga daripada pembekal sesuatu barangan. Pegawai tersebut menaikkan harga bagi sebut-harga untuk mendapatkan untung atas angin secara mudah. Perbuatan ini adalah haram di dalam Islam kerana memperolehi wang secara tidak sah.

7. Budaya ‘mark-up’ ini adalah salah satu bentuk rompakan wang rakyat secara terhormat. Suatu jenayah kolar putih. Ia mesti diperangi secara serius.

8. Di Indonesia, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono tegas dan terbuka membanteras budaya ‘mark-up’ dalam sektor awam di Indonesia. Diharapkan pemerintah di Malaysia mengambil langkah yang serupa.

9. Seperkara lagi yang lebih penting, hasil ‘keuntungan’ daripada perbuatan ini adalah haram. Daging yang terbentuk dari hasil yang haram adalah layak untuk api neraka.

10. Moga Allah menjauhkan kita daripada melakukannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s