Bacaan semasa politik nasional

1. Jika dilihat pada keputusan beberapa pilihan raya kecil serta penerimaan rakyat terhadap program Transformasi kerajaan, trend sokongan jelas semakin condong kepada parti pemerintah Umno/BN.

2. Undi Melayu akan terus berpihak kepada Umno jika strategi PAS dan PKR masih di takuk yang lama. Kempen PAS ganti Umno (PGU)  serta Anak Muda Geng Kite juga belum mampu memberikan jaminan bahawa undi atas pagar akan beralih arah. Keadaan ini diburukkan dengan kegagalan media alternatif menyaingi media arus perdana yang giat menanam propaganda saban hari tentang isu survival bangsa Melayu.

3. Masyarakat Cina dan Melayu di bandar akan kekal bersama Pakatan Rakyat. Ia diperkuatkan dengan Buku Jingga.

4. Sabah dan Sarawak akan kekal menjadi fixed deposit Umno/BN. Isu ‘projek IC’ dan ‘Taib Mahmud’ belum dimainkan secara optimum.

5. Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor akan kekal milik Pakatan Rakyat. Kedah kemungkinan besar terlepas manakala Perak akan kembali dikuasai Pakatan Rakyat. Ura-ura bahawa Johor, Melaka dan Negeri Sembilan akan ditawan Pakatan juga tidak akan berlaku namun Pakatan Rakyat dijangkakan menjadi pembangkang yang lebih kuat di negeri-negeri ini.

7. Perlis, Pahang dan Wilayah Persekutuan akan kekal status quo.

8. Terengganu pula akan memperlihatkan senario politik yang menarik. Jika MB Ahmad Said dikekalkan sebagai calon MB, kemungkinan besar Terengganu akan jatuh ke tangan PAS. Namun, jika strategi Umno menukarkan beliau dengan calon lain yang lebih berkredibiliti umpamanya Ahmad Shabery Cheek, laluan PAS akan lebih sukar.

9. Pilihanraya Umum ke13 adalah medan sukar buat Pakatan Rakyat khususnya PAS. Namun, jika PAS dan Pakatan Rakyat memiliki beberapa senjata rahsia, keputusan di PRU13 akan memihak kepadanya.

10. Persoalannya, apa senjata rahsia untuk menumbangkan Umno/BN?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s