PRU13 milik siapa?

1. AGM Umno telah melabuhkan tirainya. Gendang pilihanraya telah dipalu menandakan isyarat jelas bahawa parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat.

2. Saya harus jujur mengakui bahawa mood rakyat pada masa ini milik Umno/BN melainkan di beberapa segmen masyarakat. Melayu Kelantan serta Melayu bandar, Cina dan India masih melihat Umno/BN sebagai perompak harta rakyat. Selainnya masih percaya bahawa Umno/BN adalah satu-satunya harapan.

3. Sehingga ke saat ini, Umno/BN telah melakukan segala perkara untuk memenangi hati rakyat. Liberalisasi ekonomi, sosial dan politik serta idea-idea terbaik telah digunakan sebaiknya tanpa menghiraukan samada ia ciplak ataupun kitar semula. Semuanya telah dipropagandakan dengan begitu baik oleh media mereka menyebabkan majoriti rakyat percaya bahawa Umno/BN telah benar-benar berubah menjadi lebih baik.

4. Saya percaya penasihat-penasihat DS Najib yang dibayar mahal telah melakukan tugas mereka dengan baik.

5. Walaubagaimanapun, rakyat mesti bijak menanggapi perkara ini. Kemenangan Barisan Nasional belum tentu memberikan manfaat kepada rakyat. Kemenangan Pakatan Rakyat juga belum tentu memberikan manfaat kepada mereka.

6. Kemenangan rakyat adalah kemenangan yang menatijahkan manfaat optimum kepada rakyat. Contoh mudah adalah hasil PRU12 yang lalu apabila Barisan Nasional menang tipis kepada Pakatan Rakyat. Tekanan menyebabkan Barisan Nasional berusaha bersungguh-sungguh memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. Pada masa yang sama, Pakatan Rakyat yang memenangi beberapa buah negeri juga sedaya upaya mempamerkan mutu pentadbiran terbaiki sebagai tawaran kepada rakyat.

7. Saya sendiri tidak pernah terfikir bahawa Umno/BN akan memansuhkan ISA. Bajet 2012 yang lari dari kebiasaan. Seksyen 15 AUKU yang mahu dimansuhkan. Serta pelbagai lagi usaha Transformasi.

8. Ini jelas berbeza apabila Barisan Nasional menang besar pada tahun 2004 yang lalu. Kemenangan yang terlalu besar menyebabkan keselesaan kepada parti itu sekaligus suara rakyat tidak terlalu didengari dalam setiap keputusan yang diambil.

9. Saya sangat berharap agar rakyat menggunakan sebaik mungkin kuasa undi untuk memilih bukan hanya parti terbaik untuk memerintah, tetapi juga memilih kombinasi terbaik parti-parti yang bakal memerintah.

10. Saya berdoa moga-moga Umno/BN tidak mendapat majoriti 2/3 dalam PRU13.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s